Adoi lah, tak boleh tidur langsung malam semalam sebab badan aku sengal-sengal, sakit-sakit. Banyak sangat berlari the last few days lah tuh. Bila mandi pagi, baru hilang sesikit kesengalan tuh. Dan bila aku nak cuba tidur lepas breakfast tuh, C.O datang bangunkan aku sebab katanya ada panggilan dari Medical Department.
Panik jugak aku dibuatnya, tapi bila aku ke sana, diaorang suruh datang besok sebab ada masalah sikit, tube untuk darah tak cukup. Dan bila aku tanya Doktor kat situ apa pasal aku dipanggil, dia kata yang dia nak check liver aku and stuff kalau-kalau ada effect dari ubat yang dikasi aku setiap malam tuh pasal itu ubat baru. Aik, sejak bila pulak aku jadi guinea pig nih?
Dah lewat baru lah dapat ke rec-yard, masa mula nak lari memang sakit-sakit tapi after a few rounds, rasa ok balik. Again, aku sinsing seluar kasi nampak betis, aku tahu itu memang pathetic tapi it makes me feel good bila ada orang kata kaki aku best, Chen-China sama LondonBoy siap pegang-pegang lagi, puas aku menepisnya ekekekeke.
Tengah sedap exercise tuh C.O DioGuardi kata ada pesan dari office Attorney Kimberly Schester. Lepas lunch baru aku cuba talipun balik sebab sebelum tuh dah tak sempat, what with talipun yang sentiasa dikerumuni gagak, dan masa untuk head count pun dah dekat.
The moment aku nak dail aje number, adalah this one gagak (yang memang aku benci sangat) suruh aku step out, dia kata dia nak guna phone tuh, sedangkan phone tuh tak ada siapa yang guna sebelumnya.
"These 2 are for Blacks and Muslims, right?", aku tanya dia, since aku Muslim so aku ada right nak guna phone tuh. Yang dua lagi tuh untuk Amigos, Asians dan Whites, aku pun ada right nak guna sebab aku Asian.
"Who told you that?", kata mamat tuh. "Now, just beat it!", kata dia lagi.
Bengang dan malu sebab a few gagaks lain gelakkan aku (sorang tuh gagak yang kawan baik Shaban-Palestine dulu tuh, even Nasir-Iran pun kata dia nih baik orangnya, aku selalu kata yang he's a dangerous human being, buat baik sama gang Islam tapi sebenarnya dia lah antara yang paling "alim" kat gang Bible Study tuh), terus aje lah aku tunggu turn untuk guna talipun yang 2 lagi tuh.Attorney Kimberly beritahu yang in a few hours akan ada dua orang nak interview aku untuk persiapan Court Hearing 4 Ogos nanti, sorang tuh dari office dia dan sorang lagi tuh Probation Officer.
First time aku dibawak ke visiting room yang macam maze aje kedudukannya, banyak pintu, banyak lorong yang kena lalu, sampai aje terus dicheck itu ini. Ada banyak cubicles/bilik-bilik kecik kat dalamnya, aku disuruh masuk ke satu bilik nih yang dah sedia menunggu 2 orang Officers tuh.
Sejam lebih aku ditanya itu ini, mostly by Probation Officer perempuan tuh, sambil dia catitkan every single word yang aku cakap, itu yang terpaksa aku cakap perlahan-lahan tuh. Baik kedua-duanya, diaorang kata yang diaorang will try their best to get me out of here as soon as possible. Yeah right, I've heard that before and yet I'm still here.
Yang lelaki tuh kata Attorney Kimberly akan bercuti selama 6 minggu sebab ada operation, so Court Hearing nanti akan diwakili oleh dia punya Partner. Dan Probation Officer tuh pun akan ada jugak nanti.
"You are a very good man and you don't deserve to be here but this is America", kata Probation Officer tuh akhirnya.
Balik dari interview tuh teruslah aku sembang sama Ky-Vietnam/US, dia suruh aku ceritakan step by step, apa yang diaorang tanya aku sebab kes dia lebihkurang sama dengan kes aku dan walaupun dia lebih lama dari aku tapi dia masih belum dipanggil untuk buat Plea Bargain sedangkan aku dah pun dipanggil untuk buat preparation untuk Court Hearing aku 4 Ogos nanti.
Ada 3 orang baru masuk Unit nih malam nih, satu tuh sama bunk sama Nasir-Iran, orang Afghanistan, nama pun nama Islam tapi dia kata dia bukan Islam and dia kata he wants nothing to do with us Muslims.
Aku sama Amir-Bosnia, sesambil main chess, sesambil tengok Salleh-Afghanistan tuh, dia cakap sorang-sorang, asyik melepak kat bunk aje sepanjang malam. Mungkin dia keletihan kot lepas kena tangkap, disiasat and all.