Sunday

Hari Ke 46 (Ahad 6/6)

Hujan lebat the whole morning so tak dapat lah nak jogging. Ahad pulak tuh, punyalah bosan sebab tak ada aktiviti lain. Yang lain tuh, bila hujan-hujan macam tuh, lagilah seronok diaorang tidur.

Talipun Deo pagi nih. Kat sini yang buat aku happy, yang buat aku tertunggu-tunggu, bila menalipun aje lah. Bila menalipun Deo especially. Menalipun orang lain tuh aku happy jugak tapi dengan Deo nih boleh sembang gaya bebas, boleh buat kuak lentang, boleh sembang aksi kupu-kupu. Dengan orang lain tuh kena tapis-tapis sikit, kena hati-hati sikit. So lama jugaklah sembangnya, dekat 45 minit gitu, macam-macamlah cerita, kisah artis (yang aku tak tahu pun sapa, tak kenal pun, tapi buat-buat kenal sebab Deo yang cerita. Kalau orang lain yang cerita, dah aku kata buang masa aje ekekekeke)

Towards the end bila dia tanya pasal family mulalah aku berada dalam mod mendung berlalu hujan tak jadi, so aku kata, "Dah lah Deo, aku talipun ko 2 minggu lagi"

Nasir-Iran masih tak join kitaorang sembahyang so berempat ajelah kitaorang berjemaah. Aku, Amir-Bosnia, Ahmed dan Yousef Somali. Yang lawaknya, kitaorang sembahyang kat corner kawasan lapang di depan Nasir-Iran punya bunk, dia pura-pura buat kerja lain masa kitaorang sembahyang tuh.

Masa melepak kat rec-yard, Amir-Bosnia asyik cerita pasal bekas awek sama anak dia aje kerjanya. Anak dia sekarang nih diambik oleh Child Care punya agency pasal bekas awek dia tuh asyik berganja aje kerjanya. Mak dia pulak tak boleh nak ambik anak dia tuh sebab nama anak dia tuh tak ada dia punya family name, bekas awek dia taruk her own family name, sebab tu lah mak Amir-Bosnia tak ada hak nak jaga budak tuh. Aku senyap ajelah, aku dengar aje cerita dia sebab bagi aku cerita-cerita kisah dia nih "advanced" sangat bagi aku.

Amir-Bosnia kata yang dia nak sign up untuk kerja di bahagian dapur sebab dapat makan best-best, banyak pulak tuh, walaupun gajinya cuma sedollar untuk 6 jam kerja. Dia kata yang dia nak gemukkan badan dia, nak mula buat work-out now that dia akan dibebaskan soon.

Akhirnya tercerita jugak kat Dexter-Jamaica, pasal Chris-Romania curi cookies tuh. I can never keep a secret daripada dia nih. So sembang-sembang gitulah dan bila tiba masa nak order barang Commisary, terus aje aku tanya dia, "So, what do you want me to get you?" Terus dia order cream cracker sekotak, dan a few Jalapeno Cheetos.

Aku kena marah dengan Rasta-Guyana tadi tuh, caught me by surprise sebenarnya. Adalah this one mamat Spanish yang baru masuk so bila dia nak makan, dia duduk kat kerusi yang Rasta-Guyana selalu duduk tuh, semeja dengan kitaorang. Aku sama Luis-Ecuador diamkan aje, tak ada pun beritahu dia yang kerusi tuh like belongs to Rasta-Guyana. So bila dia datang nak makan, dia marahkan aku sama Luis-Ecuador, dia kata aku kitaorang patutnya beritahu amigo tuh. Dengan Luis-Ecuador dia nih tak berani sangat marah, tambah-tambah Luis-Ecuador jenis yang kuat mencarut. Bila dia ceritakan kat orang lain (kat a few rastas lain yang dari Trinidad dan Jamaica) dan bila aku terperasan yang dia tengah ceritakan kat orang, aku pandanglah dia. Macam kasi signal gitu, yang aku tak suka dia bawak cerita. Benda kecik gitu pun nak cerita kat orang. Tapi kan dia kata dia Messiah?

"Mind your own business", kata dia kat aku. "I have nothing to do with you", dia kata lagi. Mulanya aku nak menjawab tapi takut jugak dimamah gagak-gagak tuh, so aku blah ajelah. Aku cerita kat Parminder-India (yang kebetulan makan kat meja lain), dia kata Luis-Ecuador tuh yang over-reacting, itu pasal jadi gitu. Dia pun macam tak berapa ngam aje dah dengan Luis-Ecuador, itu pasal dia cuba nak pindah meja tuh.

Sikit jer baca Quran/Terjemahan harinih, tulis blog pun malas, I'm like 3 weeks behind sekarang nih walaupun aku masih buat my daily jottings.