Wednesday

Hari Ke 13 (Selasa 4/5)

Pukul 5-30 pagi aku dibangunkan oleh C.O sebab nak pergi buat finger-stick kat Medical Department. Biasanya aku bangun dalam pukul 6-30 for Subuh sebab masa tuh bebas kalau nak mandi. Iyalah manalah tahu kalau-kalu terpaksa mandi, kan? Sebelum 6-15 tak boleh guna bilikair, kecuali untuk kencing dan berak sebab ada head count pukul 6.

Kejap jer kat Medical Room tuh, finger-stick untuk monitor sugar level. 92 readingnya. Pukul 9-30 pagi disuruh buat sekali lagi, kali ini readingnya 106. Doktor tuh kata yang dia nak monitor for a few more days, sebelum breakfast dan 3 hours lepas tbreakfast. Akan datang mungkin dimonitor late at night pulak.

Pedro-Congo komplen kata stokin aku busuk. Adalah sepasang stokin yang aku gantung kat birai bunk, tak adalah kotor sangat pun, tapi dia kata that socks stink. Selama kat sini aku belum hantar laundry stokin sama t-shirt pun lagi, dekat 2 minggu dah rupanya. Stokin yang aku pakai nih jauh lebih kotor dari stokin tuh, so itu yang aku sorok-sorok aje kaki aku dalam selimut bila nampak Pedro-Congo berkeliaran kat area bunks kitaorang.

Dia nih orang yang paling direspek kat Unit nih sebab dia nih Preacher. Dia yang conduct Bible study setiap malam. Kat bunk dia penuh buku-buku ugama, pendiam sangat orangnya, serious semacam macam aku aje (aku masa serious aku betul-betul serious tapi masa gelak tuh mengilai-ngilai) orangnya, most of his time dipenuhi dengan membaca. Tak ada sapa berani usik this one table yang dah jadi macam office dia, dia lepak kat situ sama-sama gang dia. Dia nih walaupun dari Congo tapi of Spanish descent, he speaks like 6 languages. Kawan-kawan dia semuanya Latinos dan diaorang biasanya makan ramai-ramai (sambil tengok tv Spanish channel yang penuh dengan pelakun seksi tuh hmmmm...) sebelum buat Bible Study. Diaorang nih kuat makan semuanya, gang-gang yang kerja bahagian serve makanan selalu limpahkan diaorang nih dengan extra foods sebab ini macam gang elite lah.

Nasir-Iran diberhentikan kerja di bahagian dapur sebab dia bergaduh. Payah dia nih, dah tua-tua gitu patutnya beralah aje lah. Ini tidak, kalau gaduh tuh asyik nak menang aje.

Sejuk petang nih so aku main chess dengan Parminder-India ajelah. Dengan dia ni jer lah aku ada peluang nak menang, main dengan orang lain tuh (Ky-Vietnam/US, Orlando-El Salvador) aku selalunya kalah.

Tak boleh tidur aku malam nih. Tak tahu tah pasal apa aku asyik fikir apa yang aku nak buat bila balik Malaysia nanti. I have to start somewhere and it has to be from the very scratch. From the very beginning. With not much money in hand, memang menakutkan. Tak adalah aku terfikir yang balik nanti aku nak terus cari kerja. Apa yang aku kena buat nanti, apply kad pengenalan, surat beranak etc. Then barulah check dengan mana-mana bank kalau-kalau account aku masih aktif. Tah-tah ada yang masih aktif, tah-tah ada yang dah beranak pinak. Dan aku teringat jugak aku ada jugak investment lain macam Sijil Simpanan Premium BSN, ASB pun ada rasanya, aku pun dah lupa sebab rasanya ada sekali dua aje aku buat transaction. Tapi selambak duitnya.

Pasal kerja pulak, aku rasa aku nak buat apa-apa kerja ajelah, kerja yang bila nak apply tuh tak payah guna CV. Sebab CV aku tebal sangat kan? Masa kat Philadelphia dulu tuh aje, more than 30 kerja kuli yang aku buat ekekekeke

Terfikir jugak aku yang entah-entah aku buat kerja sukarela kat mana-mana Rumah Kebajikan, Orphanage, Rumah orang Cacat, Pusat Pemulihan, places like that. Yang private lah kan? Lama dah aku terfikirnya, masa sejak jaga King Mongkut dulu lagi. And that cita-cita nak kerja sukarela tuh keeps getting stronger, with aku being detained dan cuba mengetuk pintu Tuhan nih, it's only fair lah kalau aku kata yang balik Malaysia nanti aku nak kerja kat Rumah Anak Yatim ish, my big mouth nih! aje lah. Takat diaorang kasi tempat tinggal/makan minum (sebab nak buat full time) that's good enough. Aku mungkin boleh buat Forex ker apa-apa online, dengan duit yang mungkin masih ada kat mana-mana investments aku dulu tuh, yang harus aku dapatkan semula sebelum aku start nak kerja.

Mungkin aku terpaksa approach a few individuals sambil kata (bukan nak mengungkit), "Cik, ingat tak yang a few years ago, ada orang dari New York kasi derma nih"?" atau "Cik, about 2 years ago saya sama kawan-kawan saya ada derma sambil meraikan Puasa kat sini?". Atau, "Cik, ini saya yang ituhari tuh, yang kat New York dulu tuh. Saya dah balik Malaysia for good"

Aku tak kisah dah, insaf dah aku nih, tak nak dah aku kejar keindahan dunia (sampai ke New york aku kejar, kan?) aku nak buat kerja sukarela ajelah kot. Entah-entah nanti ada orang kesian kat aku, entah-entah ada yang nak jodohkan aku dengan mana-mana ibu tunggal, aku akan rembat aje. Time's running out kan? Lagipun, boleh dapat anak express ekekekekee

Aku tahu yang balik Malaysia nanti aku akan jadi rendah diri sesangat, tambah pulak aku balik with nothing, baru lepas keluar penjara pulak tuh. Aku tak kisah, aku pun tak nak jumpa orang sangat pun nanti (takat jumpa VIPs RebanAyam dan yang high-ranking aje dah lah kan? ekekeke) sebab aku tahu yang aku nak sendiri-sendiri, merangkak membina kehidupan baru di negara sendiri. Aku tahu yang aku akan jadi macam Sudirman, Terasing Di Bumi Sendiri. Dah lah Dendam Perantau aku tak berbalas, kan?


Dan Subuh tuh (eh,ini dah masuk hari lain dah kan? tak apa lah, sambung kat sini sikit lagi), masa aku berdoa, for the very first time, aku bersyukur pada Tuhan yang aku ditangkap, dipenjara dan dimalukan sebegini. Sebab aku baru tersedar yang ini lah hikmah nya. Everything happens for a reason. Semoga cita-cita aku tercapai. Amin.

Dan lepas Subuh tuh aku sambung angan-angan/plan/ aku malam tadi tuh. Aku imagine yang aku kerja jadi Pembantu di Rumah Anak Yatim. Aku yang buat semuanya. Dan aku imagine juga yang malam-malam aku akan blog kan kisah kehidupan aku dan diaorang. Dan aku terus teringat Ted Miles *jeling kat MakAndeh yang cuma tau Ted Danson aje ekekekee*

Aku teringat yang sebelum aku ke US dulu, every Sunday aku akan tertunggu-tunggu untuk baca Sunday Times sebab ada sampai 2 pages dipublishkan journal dia. Dia nih dari Missouri kalau tak silap aku, jadi Pengetua Catholic School kat Malaysia. He fell in love with Malaysia so dia balik semula ke sini, dah jadi warganegara Malaysia pun lama dah. Masa dia jadi Pengetua tuh, dalam tahun 50an ke 70an kot, dia ada tulis aktiviti sekolah dan perangai anak murid jagaan dia tuh.

Dia tulis journal (pendek aje daily dose dia tapi bertahun punya cerita) tuh buat aku seronok baca sebab the whole stories really touched my heart sampai aku terfikir yang suatu masa nanti aku nak jadi macam dia.

Oh shit! See, aku masih ada childhood dream yang belum aku capai! Well, tak adalah childhood sangat sebab masa tuh aku dah tua pun ekekeke

-------------------------------
Note:

Ok, again, entry yang kat atas tuh ditulis bulan Mei yang lepas, cuma aku tulis balik semula sekarang, Okt 2010. Di sepanjang May sampailah
ke sekarang mungkin aku dah ubah fikiran, mungkin aku dah ada plan lain. Masa aku tulis tuh tuh I told myself yang balik Malaysia nanti aku akan berubah,Itu semua hasil keinsafan masa aku ditahan.

Itu pasal my new blog (tak ada isi pun pasal tak ada masa nak tulis, lagipun aku update my latest developments kat Twitter aje) sama Twitter aku tajuk dia A Changed Man. Daripada glitter of New York City to Orphanage kat Gombak. Itu contoh aje lah. Ayooooooo!!!!!!!!!!!!!!

So kita tengok ajelah nanti macamana, samada aku betul-betul berubah atau samada aku tak betul-betul berubah. Atau betul-betul tak berubah. So from now on, kalau sembang dengan aku kat YM ker, talipun ker, apa-apalah, mulakan ayat anda dengan soalan ini, "Eh, ko dah berubah ker?" Then aku boleh kasi hints.

Sekian, Terima Kasih

--------------------------------