Lepas Subuh aku tak tidur dah, 6-15 am aje terus aku bersiap. C.O tuh kasi razor (untuk bercukur) and stuff. By 6-30, sebelum breakfast, aku dah siap bersiap. Rupanya pukul 7-15 am barulah aku dipanggil untuk diescort. Tunggu kat lokap kat Processing Department tuh pun sampai lapan lebih. Lepas tuh aku dikasi bekal (brown bag yang ada makanan untuk lunch, biasalah, epal sebijik, potato chips, carrot stick, fruit juice), then aku digari kaki, tangan dan perut. Ada dua orang yang escort aku. Sampai kat Court di Buffalo yang 45 minit perjalanan tuh pun ngam-ngam pukul 9. Aku dah tak kisah malu dah walaupun dari tempat jeep dipark nak masuk ke Court tuh ramai orang yang tengok. Aku buat senyum-senyum gitu aje lah.
Aku punya proceeding pukul 9-30 pagi, kejap aje, tak sampai 5 minit pun. Attorney Kimberly kasi aku a copy of plea agreement, dia kata yang dia tak free sehingga 8 June untuk sama-sama go thru the agreement. So dia tanya aku kalau-kalau aku nak buat agreement tuh, nak discuss pasal semuanya trhu phone aje. Aku kata ok, so besok aku akan talipun dia. Malaslah nak tunggu sampai 8 June baru dia datang ke Detention Center kat Batavia tuh untuk discuss sama aku. Dia bukannya tahu yang aku tak suka kat Detention Center tuh.
Then Judge setkan date 20 July untuk hearing. Ha? 20 Julai? Lagi 2 bulan? Mak oiii, sempatlah aku mampos dulu kot. Betul-betul aku disappointed bila tahu yang aku akan berada di sini at least 2 bulan lagi. Sah lah akan berlarutan sampai 4 lima bulan kot sebab nak settlekan pasal Immigration lagi. Tunggu esok ajelah baru tahu details nya pasal aku mana faham sangat apa yang diaorang discusskan tadi tuh.
Dekat 5 jam aku kat lokap kat Court tuh menunggu diaorang datang untuk jemput aku balik ke Detention Center di Batavia. Sembang-sembang dengan gagak kat lokap tuh ajelah sementara tunggu diaorang datang.
Sampai Batavia dah 4 lebih, pundek betul, disuruh bogel, selak kote, menonggeng etc, sebijik macam masa mula masuk Detention Center nih dulu tuh. Sementara nak tunggu C.O datang untuk escort aku ke Unit, aku guna talipun kat lokap tuh kejap, beli another $25 worth of call time.
Patutnya barang-barang Commisary yang aku order Ahad lepas tiba harinih tapi sebab tadi aku ada Court hearing, esok ajelah barang tuh akan dikasi kat aku.
Masa tengah melepak kat rec-yard lepas dinner tadi sama Yousef-Somali, nampak ImamKhan-Pakistan kat Unit B2 tuh, so dia panggil kitaorang ke pagar sebab nak sembang. Then Nasir-Iran datang. Tak lama lepas tuh ImamKhan-Pakistan “Islamkan” Nasir-Iran, dia mengucap Kalimah Sahadah. Aku tak sure apa pasal tapi Imam tuh kata yang Nasir-Iran tuh Syiah, dia nak jadi Sunni. Patutlah dia nih kalau sembahyang tuh, banyak yang ditambah-tambah, bang ditambah ayat, masa sembahyang ditambah baca itu ini.
Malam nih ada budak baru masuk, dari England. Kat area bunk aku jugak London Boy nih. Muka dia bengkak, ada kesan hitam kena tumbuk, rupanya dia dari Unit lain, dipindahkan ke C1 nih pasal itulah, for his safety. Dia kata ada orang tumbuk dia. Dia nih sempat dua bulan aje kat US tapi dah 5 bulan dipenjara/ditahan kat Detention Center nih. Pasal hisap dadah ker apa, aku kurang pasti. Yang buat lamanya dia di sini sebab dia ada 2 identities, itu yang ambik masa sikit tuh. So malam tuh sembang dengan LondonBoy ajelah, cerita-cerita pasal UK.