Monday

Hari Ke 50 (Khamis 10/6)

Only did 30 rounds aje pagi nih, malas sangat nak terus lari. Aku punya plan setiap hari nak tambahkan rounds pelarian aku, semalam dah 30 rounds patutnya harinih lebih lagi. Tapi sebab pagi nih Commisary punya barang nak sampai, itu yang jadi termalas tuh. Excited sebab nak dapat jajan yang banyak aku order tuh.

Aku ada order creamer Ahad lepas tapi little did I know yang aku terorder 100 packets, sedangkan aku cuma nak order 1 pack of 10 packets bukannya 10 packs (of 100 packets). Mamposlah nak menghabiskannya nanti tuh. So bertukar-tukar makananlah kitaorang, gave Dexter-Jamaica cream cracker sama Cheetos dia, Ky-Vietnam/US kasi aku sebungkus cookies, Amir-Bosnia kasi aku potato chips sama beef jerky (yang Amir-Bosnia tetap tak faham bila aku kata aku tak boleh makan things like that) yang aku kasi kat Nasir-Iran sebab dia nak. Kasi dia granola bars jugak untuk berbuka puasa nanti, riuh dia kata kat kitaorang yang dia Puasa.

Luis-Ecuador kata yang it's confirmed yang dia akan bebas in a few days sebab bond dia dah diturunkan ke $5000, cuma tunggu bini dia bayar aje. Walaupun I'm happy for him tapi aku tak akan terasa sangat pemergian dia sebab lately kitaorang dah tak berapa close sangat. Dia semakin annoying, Parminder-India terus jadi bosan dengan dia nih. Mungkin sebab dia happy bila tahu dia akan bebas, itu yang dia jadi macam lain sikit tuh.

C.O DioGuardi suruh aku kerja bersihkan lantai, sambil dia ambik perkakas membersih. Mulanya aku ingatkan dia saja-saja suruh sebab aku selalu jugak volunteer bersihkan rec-yard kalau waktu pagi (sebab aku orang pertama ke rec-yard biasanya, dia kata kalau nak guna yard tuh, kena bersihkan dulu, itu yang aku volunteer tuh).Tapi bila dia kata nama aku ada dalam list orang yang kerja, terus aku tak nak, terus aku kata yang ini mesti kerja mamat Honduras tuh, pandai-pandai aje dia registerkan nama aku untuk kerja. Ingatkan dia guna nama aku untuk kerja dapur aje, rupanya sementelah dia kerja di dapur waktu pagi, dia stand by guna nama aku untuk kerja-kerja lain sementara dia tak ada di Unit.

C.O DioGuardi nih, walaupun tak ramai orang suka dengan dia sebab dia macam sarcastic sikit, tapi aku boleh ngam pulak dengan dia. Sebab aku biasanya gelakkan aje lawakan sarcastic dia tuh, so jadi macam baik lah pulak dia dengan aku. Dia datang kat aku, dia kata yang baik aku slow talk dengan Mamat Honduras tuh pasal sejarah Mamat Honduras tuh tak baik, selalu perkenakan orang, dan dia tamak. Nanti aku jugak yang susah, baik settlekan awal-awal sebelum melarat jauh.


Ada Mamat Guatemala yang baru masuk tuh baik pulak dengan aku, dia nih senyap aje orangnya, English pun tak berapa bagus, susah aku nak faham. Tapi aku suka dia sebab dia selamba aje kata dia lapar dan tanya aku kalau-kalau aku ada makanan. Kasi dia noodle soup sama chips. Lepas tuh dia melepak dekat-dekat aku ajelah. Entah, dia macam tak ngam dengan Latinos lain, walaupun ada yang tegur dia tapi dia tak adalah nak berkerabat dengan diaorang.

CoolieBoy-Guyana tahu yang aku ada beli banyak jajan, so sambil buat gurau-gurau, dia kata dia nak granola bar, terus dia bukak box aku, ambil 2 pulak tuh.

Lepas lunch/Zohor, macam biasa, sessi sembang sama Amir-Bosnia, dia tanya aku apa aku nak buat bila balik Malaysia nanti. Tak nak lah aku sound macam bagus aje nak buat charity works so aku kata lah yang aku nak buat apa-apa kerja online lah. Memang itu plan aku pun, even kalau aku dapat kerja jaga anak yatim atau orang cacat pun nanti. Iyalah, perut kena isi jugak kan?

So lepas tuh sembang-sembang pasal life aje lah, again, bukan niat aku nak nampak macam bagus aje tapi aku anggap macam aku kasi nasihat kat diri aku sendiri aje.

Seriously, semakin lama semakin rapat aku jadinya dengan Amir-Bosnia nih. I'm just hoping yang dia nih sincere untuk jadi baik, sesincere aku yang kasi dia segala macam nasihat yang aku tahu. Even Dexter-Jamaica selalu kata yang aku sama Amir-Bosnia nih memang tak akan ada orang yang jangka akan boleh jadi ngam, jadi rapat. Sebab pembawakan kitaorang totally berbeza. Aku sempoi aje, pakai ketayap, muka toya jer. Amir-Bosnia pulak, badan penuh tattoo, selalu mencarut, selalu nak gaduh, mudah baran. Kira macam opposite attract lah gitu. Tapi aku beritahu Amir-Bosnia yang itulah besar nya kuasa Tuhan, sebab kalaulah aku terjumpa dia kat luar sana tuh, aku tak akan berani dekat dengan dia, dengan orang yang macam dia.

"Fuck you, I'm not that bad", kata dia sambil tumbuk aku. Tumbuk melawaklah. Aku gelak aje. Things like that buat kitaorang jadi makin rapat. Brothers lain suka aku berbaik sama Amir-Bosnia tuh sebab diaorang tak boleh ngam, tak boleh rapat dengan dia. Diaorang tuh bodoh! Ekekekeek

Masing-masing bengang kat Jihad-Morocco harinih pasal dia tak sembahyang sama kitaorang. Nak kata dia sembahyang sendiri-sendiri, tak nampak pulak, setiap masa dia ada depan tv. Iyalah kan, hari nih World Cup dah mula. Yang kitaorang bengang tuh bukan apa, semalam tuh beria sangat kasi ceramah pasal ugama, kan? Itulah, macam susah nak percaya tapi orang macam dia tuh does exist lah kat dunia nih.