Pagi lepas breakfast masa detainees lain kebanyakannya tengah sambung tidur, terus aku ke talipun. Aku beli $25 call-time. Aku tak tahu pun yang kena tunggu 24 hours baru phone account tuh diactivatekan, Parminder-India tak ada pun beritahu aku semalam tuh masa dia mengajar aku macamana nak register account. Dekat setengah jam aku mencuba mulanya, frust jugak dibuatnya, dah 2 minggu aku kat sini tak ada siapa yang tahu khabar berita dari aku dan aku pun banyak sangat cerita yang nak diceritakan nih.
Tak baca Quran sangat pun pagi nih menyampaikan ke pukul 12. Sebab aku kurang melepak kat bunk. Lagipun Pedro-Congo asyik berkeliaran aje. Semalam dia kata, "too much writing and too much reading", sambil gelak-gelak. Dia perli ker apa ker aku pun tak pasti. Ker dia tak nak tengok orang yang kuat membaca sedari dia. And he caught me termenung masa menulis tuh, aku tengah tengok kat luar ke arah rec-yard melalui cermin dinding yang kat tepi bunk aku. Dia kata dia curios sangat nak tahu dan tengok apa yang aku tulis so aku kasilah draft yang aku tulis nih, dia sengih aje bila baca a few English words/sentences.
Laundry day untuk pakaian putih, t-shirt/stokin dan underwear harinih, lega rasanya sebab dah kotor sangat pakaian aku.
Harinih dah 2 minggu aku diditahan di sini dan walaupun perlahan masa berlalu tapi aku akan tetap tabah. Apa lagi yang boleh aku buat, kan? Nak meratap menangis pun tak guna jugak. Aku rasa kesan dari baca Quran/Terjemahan tuh yang buat aku selamba aje, tenang aje dan aku boleh terima hakikat yang aku akan terpaksa melalui hidup di tahanan nih for a few more months. Itu yang buat aku rasa seronok nak keep on baca Quran/Terjemahan.
Sekali-sekala aku ada rasa bersyukur yang aku berada dalam keadaan sebegini. Aku bersyukur sebab Tuhan kasi aku rasa insaf, sedar dan peluang untuk membersihkan diri aku . Sebab selama ini mungkin aku leka duduk di New York City (*jeling Awie*) dan takut untuk membuat keputusan untuk balik Malaysia. Aku tak tahu apa pasal tapi masa tu lah aku terbayang-bayang yang aku dulu "enjoy" sangat kononnya, menari sampai terlibas-libas perut orang bunting masa tengok konsert Bon Jovi kat Madison Square Garden. Teringat yang masa nak celebrate New Year, sanggup berasak-asak kat Times Square pasal nak tengok Anderson Cooper dari dekat. Macam-macam lagi lah. Selalu aku terfikir yang pengalaman duduk di tahanan nih tak ubah macam pengalaman yang dapat masa di Mekah - pengalaman dan kesedaran serta keinsafan yang sama tapi dari totally different perspectives at all.
Bengang aku kat this one Mexican sama Keita-Sierra Leone masa main chess tadi. Diaorang nih suka mengutuk, jenis yang tak ada manners, yang tak reti jaga hati orang. Aku nih, walaupun duduk kat tahanan tapi kesensitifan aku tetap tak hilang.
So aku main sama Parminder-India ajelah, lepas tuh sembang dengan detainee baru, Ray dari Trinidad-Tobago.