Wednesday

Hari Ke 12 (Isnin 3/5)

Tak boleh tidur jugak pagi nih, macam semalam tu lah. Pasal apa pun aku tak tahu. Mungkin sebab aku rasa tak comfortable kot pasal last aku berak pagi Jumaat lepas, Isnin petang aku masih belum berak. Itu yang rasa macam ada benda yang mengetuk-ngetuk, menyeru-nyeru tuh. So dalam pukul 2 lebih, masa kebanyakan orang keluar ke rec-yard, aku pun mandi. Tumbler (bekas air) yang orang kasi dulu tuh dulu came in handy. Wakakakakakkaka

Processing Department panggil aku lagi, diaorang kata diaorang dah cuba contact tuan rumah aku, Lily-NY sebab nak tanya samada dia nak terima atau tidak barang/bag aku tapi diaorang kata nombor tuh (yang diambil dari cellphone aku) salah. Diaorang mintak aku kasi nombor lain yang kat US. Boleh kalau aku nak suruh diaorang cuba contact AM atau NekRock tapi malaslah aku menyusahkan AM/NekRock, diaorang dah lah susah hati, tak kan nak menyusahkan diaorang lagi, kan?

Dari gaya Officer tuh cakap (on the phone dengan Officer kat Rainbow Bridge), aku tahu yang diaorang masih sentiasa check cellphone aku. Entah-entah laptop aku pun dibukak, aku pakai mobile G3, laptop tuh automatic akan connect ke internet. Diaorang boleh access email dan Forex accounts aku sebab passwordnya distored automatically. Mampos, habislah semua info-info aku, porak-perandalah accounts Forex aku nanti nih.

Itulah, sebab tak nak menyusahkan AM/NekRock yang terpaksa deal dengan diaorang yang banyak cekadak nih (dan kena bayar fees lagi), so aku kata destroykan ajelah barang aku tuh. Dulu lagi aku dah suruh diaorang destroy, dah signed form pun kasi kuasa kat diaorang, tapi itu lah, masih ada tangan-tangan yang gatal nak mengecheck barang aku. My life has long ended, I don't need that fucking laptop. Lagipun, let me start all over again, bila aku sampai Malaysia nanti aku rembatlah laptop lain, bukannya susah, kan? Payah diaorang nih, diaorang nih ingatkan my life is centered around laptop jer kot? My life is not about laptop jer lah wei. EKkekekekekeke As for now, benda-benda tuh, laptop, digital camera, itu semua dah tak ada harganya dah bagi aku. Sebijik lah macam diri aku nih yang dah tak ada harga nya sama sekali.

A few hours later diaorang panggil aku lagi, beritahu aku yang duit aku yang ditahan dulu tuh dah ada kat tangan Attorney Kimberly Schester, tunggu dia hantar ke Detention Center nih aje melalui Money oOder. Alhamdulillah, walaupun lambat tapi ada progressnya. C.O Frances yang baik hati tuh panggil aku, masa aku tengah melepak sorang-sorang sambil termenung, Dia kata yang masa Officer kat Rainbow Bridge check talipun aku, ada banyak missed calls dari satu nombor nih yang keluar nama AM.

Aku buat pura-pura cuba ingatkan siapa AM tuh sambil aku suruh dia tulis kat kertas. Masa dia tulis, aku suruh dia ulang-ulang nombor tuh, dan masa tuh jugak aku terus hafal nombor AM. Yes, soon bila duit dah masuk, boleh aku menalipun. Bijak jugak otak aku yang bodoh nih.