Friday

Hari Ke 38 (Sabtu 29/5)

Masa tengah lepak kat bunk lepas breakfast, aku terdengar C.O DioGuardi sembang sama Pedro-Congo, dia kata yang Monday nanti 3 orang akan dibebaskan, salah sorang tuh nombor dia 370. Itu nombor Parminder-India tuh. Dua tiga kali dia ulang nombor tuh. Pelik jugak aku sebab semalam Parminder-India ada beritahu yang dia dapat news dari Lawyer dia yang dia akan berada kat sini, kat tahanan nih for a few more months, at least sampai Dec. Entah-entah dia akan dipindahkan ke penjara lain, atau dibebaskan terus pasal dia dah 8 bulan ditahan, di hantar dari satu pusat tahanan ke pusat tahanan yang lain. Dah rata dia menjelajah, dari Texas ke Louisiana.

Kejutkan Nasir-Iran untuk sama-sama jogging sebab semalam beria-ia dia suruh aku bangunkan dia. Tapi dia tak ada mood nak bangun sebab dia tengah marah, C.O Miss Fischer geledah bunk dia, ambik semua t-shirts yang dia sorok. 10 helai t-shirts yang dia sorok. Banyak cekadak Nasir-Iran nih, suka menipu orang, suka menyalahkan orang, tapi sebenarnya dia yang buat salah. Setiap tahanan hanya dikasi 4 helai t-shirts aje.

Barang yang aku requested ituhari dapat harinih, dapat slippers (pasal aku punya dah putus, dah koyak rabak. Barang murah-murah aje yang dikasi kat sini) dan 2 underwears. T-shirt tak dikasi pun sedangkan yang aku ada semuanya dah tukar kaler cokelat, pasal jarang dihantar laundry. Aku peduli apa sebab aku selalunya pakai uniform tuh, t-shirt pakai kat dalam.

Tak dapat exercise lama-lama kat rec-yard pasal Parminder-India datang bawak kopi untuk aku (baik dia nih), dia ajak melepak kat dalam Unit sambil main chess. Kalaulah betul dia akan bebas Monday nanti, akan hilanglah kawan aku yang paling rapat.

Alhamdulillah akhirnya aku khatam baca Quran/Terjemahan harinih, aku baca lepas head count pukul 11-15 pagi. Dan teruslah start baca untuk second round. Lepas lunch tuh aku melepak sama Amir-bosnia aje, kat dalam Unit sesambil ajar dia baca apa yang patut dibaca masa rukuk dan sujud. Puas dia nak menghafalnya sebab slang dia tuh lain sangat dari apa yang aku tulis.

Lepas dinner tuh puas Parminder-India menyuruh aku merisik-risik kat C.O sama Pedro-Congo pasal berita pasal nombor 370 tuh. Aku tanya Pedro-Congo, aku tanya C.O DioGuardi, dua-duanya confirmed yang memang nombor 370 tuh salah satu yang akan bebas. Tapi bila C.O Frances datang, dan aku tanya dia, dia kata setahu dia nombor 371, bukannya 370, yang akan dibebaskan Monday nanti. Lega aku mendengarnya sebab aku tak nak Parminder-India bebas, kalau tak, hilanglah sorang kawan.

Since aku baik dengan Dexter-Jamaica, Raymond-Haiti beritahu dia yang dia terdesak nak guna talipun tapi tak ada duit dalam account sebab weekends. Duit hanya akan masuk weekdays aje. So basically dia nak guna telephone account aku lah, untuk talipun awek dia, anak dia. Since dia terdesak sangat, emergency kata Dexter-Jamaica, aku kasilah dia guna. Dalam sesetengah jam tuh dia nak guna lagi sekali. Aku kasi lagi. Then esok dia kata dia nak guna lagi. Aik, emergency apa nya? Nasib baiklah dia cakap tak lama, so aku kata besok aku boleh kasi, tapi itu yang terakhir. Tak ada lah emergency sangat pun, setakat nak suruh awek dia ambik anak dia kat rumah bapak dia aje.

CoolieBoy-Guyana pun masih mintak nak guna phone account aku, aku tetap tak kasi sebab dah tinggal dalam $7 aje. I don't know, what's wrong with these people, asyik nak ambik kesempatan kebaikan orang aje kerjanya.