Saturday

The Beginning Of The End

20 April 2010: Pukul 4 lebih keretapi tiba di stesyen Niagara Falls, perhentian terakhir di US, sebelum Amtrak meneruskan perjalanan ke Toronto, Canada. Hampir 9 jam di dalam keretapi dari New York City itu amat meletihkan dan cuma aku, AM dan Nekrock aje yang tinggal di gerabak di perhentian terakhir tuh sebab passengers yang lain semuanya dah turun di destinasi masing-masing kat Poughkeepsie, Syracuse, Albany, Buffalo etc. Di gerabak sebelah semuanya di penuhi penumpang yang akan meneruskan perjalanan ke Toronto.



Ini adalah kali kedua aku ke Niagara Falls. Kali pertama dulu, aku pernah ke sini, a few weeks selepas aku tiba di US dan masa tuh visa dan passport aku masih valid (Kalau ada yang masih ingat cerita aku dalam blog Dendam Perantau, aku ke Niagara Falls menaiki Greyhound, yang hampir tersesat terus ke Toronto sedangkan aku cuma mahu ke Niagara Falls Canadian side saja).



"Semua penumpang tidak dibenarkan turun sehingga selesai segala urusan-urusan pemeriksaan", kata satu pengumuman, in English lah kan?



Dari gerabak tuh aku nampak 2 orang Officers tengah memeriksa dokumen perjalanan semua penumpang-penumpang yang akan ke Toronto. Then diaorang masuk ke gerabak kitaorang bertiga, yang masing-masing dah bersedia untuk turun, dah siap kemaskan bag masing-masing. Terkejut aku bila kedua-dua Officers tuh kata yang diaorang nak periksa identity kitaorang walaupun kitaorang terangkan yang kitaorang bukan nak menyeberang ke Toronto.



Bila one of them tanya pasal tujuan perjalanan kitaorang, diaorang macam tak percaya yang kitaorang travel sama-sama. Susah jugak nak terangkan yang kitaorang kenal cuma di internet. One of them terus tanya aku, bila aku masuk US, kat mana aku selama ini, dan apa yang aku buat sepanjang aku di US. Semua soalan tuh jawapannya aku tipu sebab aku tak kan nak terus mengaku yang aku dah bertahun-tahun tinggal di Amerika secara haram. AM sama Nekrock tunjukkan ID masing-masing, aku tunjukkan ID aku, ID yang aku beli di Chinatown (Lower Manhattan), yang memang tak sah dari segi undang-undang, cuma ID pengenalan diri yang ada alamat dan nama and a few other info.



"You come with me", kata one of the officers, dia suruh aku ikut dia ke pejabat diaorang. "This is it, the beginning of the end pasal kisah hidup aku di Amerika", kata aku dalam hati. Tak adalah aku rasa sedih sangat pun tapi macam-macam perasan kat fikiran yang bermain kat kepala aku di sepanjang perjalanan ke pejabat kastam yang di stesyen tuh. Aku cuba explain yang ID tuh aku gunakan dengan sah masa kat New York City, cuma untuk pengenalan diri bila aku ke library atau untuk beli ticket for example. Rasa takut, rasa malu, pelbagai rasa bermain di kepala aku masa tuh.



Bila masuk aje office yang kosong tuh (tak ada pekerja lain, mungkin sebab office tu digunakan hanya bila ada keretapi yang tiba), Officer tuh terus suruh aku keluarkan isi pockets aku. Dikeluarkan isi wallet aku. Ada a few cards, kad Western Union, ATM card (atas nama Nekrock sebab selama ini aku gunakan Nekrock punya bank since aku duduk di US illegally dan tak ada bank account), dan 2 novelty IDs yang namanya berbeza. Satu tuh ID yang aku buat masa mula-mula sampai New York dulu, a few years lepas, dan satu lagi ID yang baru aku buat dua tiga hari lalu, aku buat ID tuh pasal aku tak sengaja terjumpa kedai yang buat ID, yang walaupun ID tuh tak sah digunakan untuk urusan-urusan rasmi (untuk buka account bank, untuk apply Drivers Licence, just to give a few examples) tapi ID tuh boleh diguna sebagai pengenalan diri kalau nak ke library, beli tickets, atau kalau nak masuk bars etc. Sebab kat ID tuh ada ditulis, Non-Government Issued Identification Card.



Akhirnya aku mengaku yang aku masuk Amerika beberapa tahun lepas, itupun lepas Officer tuh kata yang dia dah swiped kan ID aku tuh dan ada keluar details dan info pasal aku. Bila tarikh aku apply visa masa kat KL dulu, bila tarikh visa dikeluarkan, bila tarikh aku masuk US. Dan juga tarikh bila visa tuh akan mati, which is akhir tahun ini.



Officer tuh tanya aku, apa pasal ada dua IDs, pasal apa ada ATM card nama orang lain kat wallet aku. Dan ada juga kad library kepunyaan Sharifah yang dia kasi kat aku sebelum dia balik Malaysia, masa aku jumpa dia a few days sebelum dia balik dulu tuh. Masa aku kat Philadelphia dulu tuh kan? Dan aku pun tak tahu apa pasal ada library card orang lain kat wallet aku, Cervantes Instituto (kelas Spanish) punya library card. Kecuali ATM card, semua kad-kad tuh tak adalah penting pun, semua orang boleh dapat kad-kad tuh, free-of-charge. Ada satu lagi kad, Visa Debit Card, yang baru aku dapat, tapi kad tuh tak boleh diguna sebab aku tak ada Social Security number.



"How about the 2 ladies?", aku tanya Officer tuh bila dia selesai periksa semua isi pockets aku.


Dia kata aku jangan bimbang pasal diaorang sebab dia dah beritahu kat AM sama Nekrock yang aku akan jumpa diaorang berdua kat hotel tempat kitaorang akan menginap malam tuh. Lega jugak aku mendengarnya sebab aku tahu yang aku akan cuma ditahan untuk disoal siasat, lepas tuh akan dihantar ke hotel. Dan lega jugak aku mendengarnya pasal aku tak nak AM sama Nekrock susah hati pasal aku. Dah lah diaorang terpaksa susah hati untuk fikir pasal barang-barang diaorang yang ada kat bilik sewa aku di Brooklyn, now that aku dah kena tangkap. Aku tak rasa diaorang tahu alamat aku, dan kalaupun diaorang tahu, macamana diaorang nak masuk bilik aku yang berkunci tuh?



Dan dalam aku tengah fikir-fikir pasal AM sama Nekrock, aku ternampak dari tingkap, kelibat diaorang tengah bawak beg masing-masing, tengah berjalan ke arah teksi untuk ke hotel gamaknya. Kesian diaorang, tak semena-mena terpaksa bersusah-payah, terpaksa "ubahsuai" percutian diaorang. Itulah, siapa sangka, what was supposed to be a great holiday, tiba-tiba jadi macam nih.



So lepas tuh, ada dalam 3 jam aku disoal siasat oleh Officer nama Michael Colburn (aku hafal nama Officer tuh sebab aku tahu, apa akan jadi pun, bila bebas nanti aku akan blog about all this, so itu yang aku hafal tuh. Lawak aku nih kan, dalam keadaan begitu pun, masih sempat fikir pasal blog, "this is going to be a big story kat Dendam Perantau", kata aku dalam hati.



Untuk pendekkan cerita, beg aku yang kat train diambik, dibuka, aku diambil gambar (my first mug-shot ekekekekekeke) dan difinger-printed. Then aku dimasukkan ke dalam satu bilik yang macam lokap, ada toilet bowl dan ada bench kat dalamnya. Masa tuh aku asyik dok ingat kat film My Name Is Khan (yang aku tengok beberapa minggu lepas) aje, masa Shah Rukh Khan diinterogate. Sebijik macam tuh keadaannya.



"Ok, put your hands on the wall and spread your legs", kata officer Michael Colburn.



Dia raba aku sana-sini, then dia pasang rantai kat badan aku, then tangan dan kaki aku digari. Gari tuh kemudiannya disambungkan ke rantai besi yang dah diikat kat perut aku. *So korang ingat aku menangis bila digari gitu tuh? Pttuuiihhhhh!!!!!!!!!!! Sikit pun aku tak rasa sedih. Sebab masa tuh aku macam 'blank" gitu*



Macamana pun masa tu lah baru aku terfikir, "what a deep shit I brought myself into".Together with another Officer yang nama dia Nicholas Schreiber (aku dapat nama nih dari copy of my affidavit sebab bila dah macam tuh aku tak ada daya penghafalan dah. Masa mula tadi tuh jer aku beria-ia nak hafal nama Officer Michael tuh. Sekarang dah kena gari seluruh badan nih, apa ke jadahnya nak hafal nama orang kan?), aku diescort keluar, disuruh naik this jeep yang dah sedia menunggu.



"You are a lousy liar", kata Officer Colburn kat aku. Dia kata yang the moment dia nampak kitaorang bertiga, dia dah tahu yang I was up to no good. Kononnya lah kan, nak kasi tahu yang dia banyak experience.



"I'm gonna blog about all this", kata aku kat officer Colburn, sambil gelak-gelak. Gelak yang kelat. Gelak yang untuk menyedapkan hati sendiri.




"Don't mention names", kata dia.



"Pantek ko! Tau pun takut. Ini sure ada apa-apa nih, kalau tak apa pasal tak kasi aku taruk diaorang punya real names kan? "Ini sure ada apa-apa nih", kata aku dalam hati.



"Your friends, they are staying there", kata Officer Colburn sambil tunjukkan aku bangunan Days Inn, tempat aku sepatutnya bermalam malam tuh sebelum ke Rome, NY esok pagi untuk jumpa Ila, another internet friends of us, orang Singapore yang kawin sama American.




Instead of berhenti kat Days Inn tuh, jeep tuh terus jer ke pejabat Immigrasi Rainbow Bridge yang betul-betul kat depan Days Inn tuh. Tuhan aje lah yang tahu how malu nya aku masa disuruh turun dari jeep dan diheret masuk ke building tuh sebab ramai Officers lain yang tengah bersembang sambil senyum-senyum. Aku pun senyum-senyum jugaklah. Senyum untuk menutup kemaluan. Aku dibawak ke tingkat 2, dan dari satu cubicle ke satu cubicle yang aku kena lalu, semua Officers tengok aku.



"Hi, how are you doing?", tanya Officer Rebecca Lippa sambil bangun dari kerusi.


"Buritlah! Aku digari, diheret, dia boleh tanya "how are you doing?". Tak masuk akal kan?



"Don't be so mean", aku kata gitu sambil jeling kat dia. Aku tak peduli dah. After all aku memang orang jahat, kan? Kalau tak, tak kan aku digari kaki, tangan dan perut, kan? Macamana pun takut jugak aku walaupun aku ada terfikir yang boleh tahan jugak aku ni, dalam keadaan gitu pun aku berani buat aksi samseng Keling.



Lepas "dikenalkan" kat some of the Officers di situ, aku dihumban ke bilik yang macam lokap tadi tuh, disuruh tanggalkan kasut kat luar. Tali pinggang, tali kasut, benda-benda berantai memang tak dibenarkan sebab diaorang takut tali tuh digunakan untuk bunuh diri. Lepas sorang, sorang yang masuk ke bilik tuh, tanya aku dari A sampai Z pasal aku. Kadang-kadang berdua sekali yang masuk. Officer Lippa aje yang aku rasa "connected" sikit sebab dia cakap beralus aje. Lagipun sebelum tuh dia ada mintak maaf dengan aku, dia kata bukan niat dia 'to be mean" tadi tuh. Officer Munoz pulak, kasar dan kurang ajar orangnya. Semua "cerita" aku dia tak percaya, "don't try to bullshit us", "we are experienced Officers" etc etc, kata dia.



Aku punyalah lapar sebab seharian cuma makan oatmeal cookies masa dalam train tadi tuh. Kepala aku dah mula pening-pening so in between diaorang keluar masuk tanya aku, sempatlah aku baring sekejap kat bench. Tak lama lepas tuh aku dibawak ke bilik lain, macam-macam yang ditanya, macam-macam yang disuruh aku tulis. Tapi, semuanya soalan yang bentuk macam sama jugak, nama Boss, apa kerja aku, berapa gaji, things like that. Tak ada pun aku kata aku kerja restoran atau kerja kilang; semuanya kerja sebagai Caregiver, menjaga orang cacat.



"Why didn't you ask me how he died?", aku kata gitu bila Officer tuh tanya aku apa pasal aku berhenti kerja jaga this guy yang kat Concord New Hampshire. (Aku guna nama bandar-bandar yang aku pernah kerja dulu, masa kerja restoran Cina kat Hagerstown (Maryland), Elizabeth (New Jersey), Pittsburgh (Pennsylvania), Jacksonville (Florida) dan Poughkeepsie New York. Niat aku, biar diaorang tau yang aku nih walaupun illegal tapi aku buat kerja mulia, jaga orang cacat).



"So how did he die?", Officer tuh tanya aku, full of anticipation.



"Of old age", aku cakap selamba gitu walaupun punyalah nak tergelak aku sebab sure Officer tuh ingat yang that guy mati atas sebab lain.



Bila diaorang tanya pasal my current employer, aku beritahu yang aku jaga King Mongkut dah 2 tahun lebih. Diaorang suruh aku tulis nombor talipun David, so aku kata all the numbers kat cellphone aku yang diaorang dah check pun sebelum tuh, yang diaorang kata apa pasal cellphone tuh atas nama orang lain? (Cellphone tuh bukan ker atas nama Mus, kawan Indonesia aku masa kat Philadelphia dulu tuh?)



Tak lama lepas tuh diaorang kata yang diaorang dah talipun David dan dia confirmed apa yang aku cakap tuh semuanya betul, yang aku kerja jaga King Mongkut, alamat diaorang, bila aku mula kerja, things like that.




Officer tuh pun kata yang diaorang dah fax kan pasal penangkapan aku kat Malaysia punya Consulate kat New York city. "Adussss, entah-entah masuk paper kat Malaysia nanti nih", kata aku dalam hati. "Rakyat Malaysia Ditahan Di Niagara Falls, Amerika", tajuk berita tuh. Iyalah kan, dulu masa aku kat Malaysia, aku ada terbaca cerita-cerita pasal rakyat Malaysia yang ditahan kat overseas. Tapi semuanya Cina atau India. Aku nih Melayu, bukannya dagang Pak Malau.





Nampak real, dan aku sendiri pun tak tau apa pasal diaorang boleh percaya, bila aku kelentong diaorang bila diaorang tanya aku yang selama aku di Amerika, pernah tak aku cuba untuk "me-legal-kan" diri aku. Aku kata aku pernah kawin dengan Minah Spanish tapi bertahan dua bulan aje pasal Minah Spanish tuh menipu aku, belum apa-apa dah asyik mintak duit aje. Idea kawin tuh datang tiba-tiba aje, jalan ceritanya memang biasa sangat. At the very least biar Officer Lippa sama Officer Munoz terasa hati sebab diaorang dua-duanya Latina.



Sedangkan dalam hati aku terfikir, mana lah ada Minah Salleh nak kawin dengan Melayu, kan?. Sebab lelaki Melayu kote pendek! Wakakakakkakakak Mamposlah kalau Zaidee baca nih