Thursday

Hari Ke 78 (Khamis 8/7)

Malas nak jogging harinih sebab pinggang aku sakit, banyak sangat buat exercise kot. Lagipun Ky-Vietnam/US tak join aku. Lagipun ramai pulak orang kat rec-yard, diaorang main handball. Lagipun Rasta-Guyana ada kat situ tengah membela rambut dia yang yang panjang tuh. Banyaklah lagipuns lain nya yang buat aku just jalan a few rounds then masuk semula ke Unit, last-last buat cardio aje for like half an hour.

Lewat malam semalam ada dua detainees baru, yang masuk malam-malam nih biasanya dari county jail, atau dari States lain. Diaorang nih dah served diaorang punya times, dihantar ke sini untuk proses-proses terakhir sebelum dideport. Biasanya diaorang nih yang experienced, yang bertahun dipenjara, so memanglah diaorang macam berlagak sikit. Diaorang kebanyakannya jenis yang tak boleh ditegur, kalau ditegur aje, diaorang mudah naik angin. Tapi, kalau ditegur, ditanya dengan baik, diaorang ok aje sebenarnya.

So aku pun sembanglah dengan this one Mexican yang satu area dengan bunk aku, dah 10 tahun dipenjara, orangnya cool and collected aje masa sembang dengan aku tapi bila Baker-Jamaica tegur dia pasal turn nak mandi, terus dia mengamuk, ajak bertumbuk lagi.

Akhirnya aku decided nak mintak my own locker lah sebab tak sanggup aku nak fikir pasal macamana nak sorok jajan aku. Semalam tuh, siap aku taruk semua jajan aku dalam laundry bag, pas tuh taruk sebelah bantal, kasi kambus sama jacket, itu yang bila nak turun bunk aje mulalah takut, saspen aje kalau-kalau dicuri orang.

Biasanya Dexter-Jamaica akan jenguk bunk aku, bunk aku sama bunk dia tuh dipisahkan dek dinding rendah aje, so dia selalu gitu, sambil merangkak-rangkak nak baring kat bunk, dia akan selalu jenguk-jenguk bunk aku, kalau-kalau aku tengah makan ker, buat apa aje lah. Dia tuh bapok, tau aje lah, bapok nih very creative dan banyak idea, dan cik wokz sangat. Dan dengan dia nih, he gets what he wants.

Puas Amir-Bosnia sama Parminder-India mengajar aku macamana nak guna combination kat locker aku tuh, termalu aku dengan kelembapan aku yang amatlah terserlahnya tuh. Kalau locker tuh pakai mangga kunci kan ker senang? Ini tak, nak kena pakai combination yang kena dipusing kiri, pusing kanan then pusing kiri balik. Lega aku bila dah ada locker nih, I have to protect my stuff, aku kena jaga harta benda aku. Itu ajelah harta benda yang aku ada sejak aku lahir kat muka bumi Tuhan nih.

Masa melepak kat bawah sambil tengok tv, Ky-Vietnam/US datang sembang sama aku. Dia masih belum bertegur sapa dengan Dexter-Jamaica, aku kata kat dia yang jangan ambik hati sangat pasal bapok memang gitulah, they need full attention. Dia tanya aku, andaikata aku dibebaskan to the streets, apa yang aku nak buat now that I've been here for more than 2 months dan apa-apa aje kemungkinan akan terjadi. Aku kata yang aku nak dideport, sebab tuh aku tak fikir dan tak berusaha untuk cuba dapatkan outside help. I have nothing left kat US nih so might as well balik Malaysia aje.

Dia tanya aku, apa pasal aku tak mintak tolong Carter MamatGQ, atau David & King Mongkut, Boss aku. Aku ada cerita kat dia ituhari pasal ketiga-tiga diaorang tuh. Dia kata yang kalaulah aku tak nak mintak tolong dari diaorang, dan kalaulah tiba-tiba aku dibebaskan dari tahanan nih, dia kata yang keluarga dia kat Atlanta boleh tolong aku. Aku boleh duduk rumah diaorang (yang besar dan banyak tuh) dan diaorang boleh kasi aku kerja. Bukan masalah langsung.

Tersentuh hati aku bila dia kata gitu. Macamana pun aku tetap kata yang aku nak dideport aje, sebab tuh aku selamba aje, tak macam orang lain yang resah aje memikirkan masalah diaorang. Aku tak ada lah resah, cuma kadang-kadang aku down pasal bosan sangat duduk di sini nih.

Petang aku tak keluar pun, panas sangat, kulit aku dah hitam legam. So melepak kat dalam Unit ajelah sesambil main ping pong, chess, sesambil sembang sama Amir-Bosnia yang sibuk buat work-out sama Yousef-Somali. Lepas dia siap mandi etc, barulah kitaorang sembang proper, aku beritahu dia yang walaupun aku selalu berlawak kata yang aku nak diri aku bebas terlebih dulu dari dia, tapi deep down aku doa moga-moga dia bebas secepat mungkin.

Semua gang-gang aku, Amir-Bosnia, Parminder-India, Dexter-Jamaica, Ky-Vietnam/US dan a few others ada tengok aku main chess bila Ky-Vietnam/US mintak maaf sama Dexter-Jamaica, pasal diaorang gaduh semalam tu lah. Tapi Dexter-Jamaica selamba aje tak maafkan dia, so kesian sangat aku kat Ky-Vietnam/US yang malu sebab ramai orang tengok.