Wednesday

Hari Ke 30 (Jumaat 21/5)

Pagi nih upah Mamat Mexico untuk repair kepala aku, tebas mana-mana yang patut, rambut-rambut yang dah mula tumbuh. Saja jer nak kasi licin semula. Lepas tuh sapu petroleum jelly yang Dexter-Jamaica kasi, so nampak macam bersinar memancar-mancar kepala aku yang gondol tuh.

Dalam pukul 9 lebih terus aku call Attorney Kimberly, bad news dia kata pasal kemungkinan aku akan berada di sini for another 4 months. Up to 6 months dia kata sebab memang macam tuh procedure nya. Whatever lah, aku pasrah aje, aku helpless. Cuma aku takut jadi macam 2 amigos pagi tadi, diaorang baru jugak masuk kat sini, tiba-tiba awal pagi tadi dihantar ke penjara lain.

So thru' talipun tuh aku sama Kimberly buat draf untuk Plea Agreement, basically aku akan mengaku bersalah di atas tuduhan membuat false statement. Kalau aku plead guilty gitu tuh, Judge akan sentence aku "time-served", jumlah selama mana aku telah dipenjarakan. So katalah aku akan disentencekan maksima punya hukuman (ada jadual yang Kimberly kasi semalam, aku dalam Kategori paling bawah, dan Level 1 pasal tak ada apa-apa kriminal lain selama ini, so aku boleh dihukum sehingga 6 bulan penjara. Minimumnya 0 bulan) so, July 20 nanti, genaplah 3 bulan aku dipenjara, diaorang akan ambik kira 3 bulan aku ditahan tuh, dan ditolak dari situ ajelah jumlah hukuman aku. (Ish, faham ker orang baca nih? Aku tak faham apa aku tulis) So kalau dicongak-congak, sampai Oktober lah kot aku di sini. Ya ampun, lama nya.

Harinih dapat barang Commisary aku yang order ituhari. Tak ada jajan sangat pun sebab aku beli kopiah (Kufi) sama terjemahan Quran. Teruslah aku pakai kopiah tuh. Terjemahan tuh pulak, tak ada Arabic punya ayat, cuma translation biasa aje. Patutlah harganya murah, $5-85.

Tapi itulah, aku tak biasa berkopiah, tak sedar aje aku terikut-ikut nyanyi lagu yang Dexter-Jamaica pasang kat radio dia, lagu Forever Young (yang dah diberi nafas baru. Used to be my favorite song lagu tuh) Bila tersedar tuh barulah insaf, so aku cuba nak ingatkan diri aku yang from now on aku kena buat benda-benda sunat, now that aku dah berkopiah. Nak kurangkan gelak mengilai-ngilai, minum tak nak sambil berdiri, masuk dan keluar tandas kena jaga, things like that.Tapi, at the same time, aku tak nak lah pulak asyik nak menyendiri macam kera sumbang aje.

Lepas lunch tadi kena raid lagi, oren sama epal aku diambik. Tak kisah lah, aku ada jajan yang nak dimakan kalau lapar tuh.

Masa Sembahyang Jumaat, masa Muslim Service, ada gaduh. Ada lah this one guy yang dulunya (according to Jihad-Morocco) selalu buat kacau. Dah lama dia tak datang Service, alih-alih harinih dia datang. Masa ImamKhan-Pakistan tengah kasi ucapan sebelum Azan, dia kata, "Syaiton!! Syaiton!!. Dia nih bermusuh dengan ImamKhan-Pakistan. Tapi sebab semua orang dah tahu perangai dia, itu yang C.O dan Guards terus aje gari dia, dibawak keluar dari gym tempat kitaorang sembahyang tuh.

Ahmed-Somali beritahu aku yang Keita-Sierra Leone ada beritahu Muhamed-Guyana (jokingly) yang apa guna sembahyang kalau kita masih di sini, masih di penjara. Itu pasal dia nak tukar ugama tuh, to Christianity. Aku beritahu Ahmed-Somali yang aku terperasan, dah dua kali aku nampak Keita-Sierra Leone ke bunk Pedro-Congo (yang kat bunk bawah bunk aku), diaorang cakap perlahan-lahan aje (Pedro-Congo kan ker Preacher? Lagipun diaorang tak nak aku perasan walaupun aku berkelubung tapi aku sentiasa bukak mata dan telinga). Ahmed-Somali kata dia dah tak tahu nak buat apa dah, macam it's confirmed yang Keita-Sierra Leone dah bukan Islam, dah masuk Kristian.

Overall, aku rasa tak bagus sangat aku harinih. Tambah pulak harinih aku start pakai ketayap. Tadi, masa ada orang baru masuk ke Unit nih, aku yang mula-mula sorak kan dia, lepas tuh bila orang lain sorak, aku makin kuatkan sorakan aku, sambil tepuk-tepuk meja lagi. Sembahyang aku pun tak khusyuk harinih, asyik teringat pasal Keita-Sierra Leone, asyik teringat pasal apa yang aku discusskan dengan Kimberly pagi tadi. Dan aku banyak gelak harinih, especially masa main chess sama Parminder-India, sama Dexter-Jamaica tadi. Dexter-Jamaica tuh gitulah, kalau main dengan dia, sure riuh satu Unit. Dan aku baca Quran pun sikit aje harinih, macam buat syarat aje gitu, daripada tak baca langsung. Pastuh mengenangkan Shaban-Palestine jugak, yang macam orang gila, tak keruan ke sana sini, memikirkan pasal awek dia. Ish, duduk dalam penjara pun masih nak fikir pasal awek. Sedangkan dia dah pun ada bini.

So itulah benda-benda yang buat aku macam tak tenteram, tak tenang aje sepanjang hari.