Monday

Hari Ke 9 (Jumaat 30/4)

Dalam pukul 10 pagi aku dipanggil lagi untuk ke Medical Dept. Risau jugak aku, ingatkan pasal x-ray ituhari. Ya lah, manalah kalau-kalau ada tulang yang terpeleot ker sebab dulu-dulu kan aku selalu kerja berat-berat, dan hari-hari mengangkat King Mongkut.

Rupanya nak dibuat routine check-up, detainees yang baru masuk semuanya dipanggil. Masa disuruh ambik sample kencing, aku ambik kesempatan untuk berak. Actually aku dah dapat idea, aku kena schedulekan waktu berak aku. Rabu sama Jumaat aku boleh berak masa Muslim Service sebab ada tandas kat situ. So dalam seseminggu cuma sekali dua ajelah aku berak kat Unit aku tuh. Macam King Mongkut aje pulak dah, berak 4 kali seminggu.

Aku diambik contoh darah, blood pressure, dicheck mata, telinga, hidung, mulut dan semua benda-benda yang berlubang. EkekekekeBaik Doktor gagak perrempuan tuh, cool aje dia. Sesambil dia check aku, sesambil bercerita. Dia tanya aku apa pasal aku dicharge under Federal, so aku ceritakanlah kat dia. Dia kata yang kadang tuh American laws nih funny sikit.

Baru seminggu kena tahan aku dah lost 2 lbs. "Are you sad or depressed or what?", tanya Doktor tuh masa isi form apa tah.

"Why should I be sad? Life goes on", aku kata gitu sambil gelak-gelak. Macam cibai jer aku kan?

"Yeah, good, that's the spirit", kata dia . Then aku teringat pasal sembangan aku sama Martin-Poland semalam. Dia ada pergi jumpa Psychiatrist dua hari lepas so dia suggest aku pergi jugak, take full advantage segala kemudahan yang ada kat sini, after all kerajaan Amerika yang tanggung. Alah, aku orang Islam, apa perlunya nak jumpa Psychiarist nya kan? Mengarut jer semua tuh. Kita yang Islam nih, kalau rasa depressed ker, down ker, banyakkan baca Quran, banyakkan sembahyang sunat dah lah. Sure terubatnyalah kedepressan kita tuh.

So itu yang aku cakap kat Doktor tuh yang walaupun aku tak depressed tapi aku ada niat nak buat appointment jumpa Psychiatrist, just for the fun of it. Just to laugh at what he/she has to say.

"Are you crazy? Don't do it! You are too funny", dia kata gitu kat aku.

"This is all too new to me, I've never imagined to experience this kind of situation. It's overwhelming", aku kata gitu. "I can take it tho', aku kata lagi.

"Good for you, who knows one day you'll laugh at this whole episode of your life", kata Doktor tuh.

"There's a trace of sugar in your urine", kata Doktor tuh lagi. So dia kata dia akan buat follow up, dia akan monitor kadar sugar level aku, kot-kot ada Diabetes ker. Aku kata kat dia yang I won't be surprised kalau aku penyakit-penyakit lain sebab
selama aku di Amerika nih cuma dua kali aku ke klinik. sekali untuk check darah/cholestrol, sekali lagi masa jari aku bengkak ituhari. Semuanya gara-gara aku tak ada insurance. So dia tanya aku kalau-kalau aku ada sakit kat mana-mana.

"See, my storyline is going to be more interesting", aku kata gitu. Lama tuh baru dia tersengih, sambil kata, "Don't say that". Dalam maksud aku sampai dia tak boleh tangkap. She's a fool.

Lastnya Doktor tuh kasi aku a few reading materials pasal Diabetes sambil suruh aku exercise dan minum banyak air. Aku memang perasan yang aku minum sikit aje, dalam 3 cawan air aje setiap hari. Tu pasal taik aku keras. Tu pasal aku boleh tahan tak berak sampai 3 hari sebab taik yang keras tuh tak boleh keluar dengan sendiri. Perlu dikorek, macam yang King Mongkut buat ekekekekeke

Mulai minggu depan aku akan disuruh buat finger-stick, ambik darah, awal pagi sebelum breakfast dan 2 jam sebelum lunch. Sebelum blah, aku thanked her for making me laugh.

Ada dalam 60 orang yang sembahyang Jumaat harinih, hampir one tenth daripada jumlah penduduk penjara nih yang jumlah maksimanya lebihkurang 666 orang. Dalam 15 orang guests yang datang. Panjang khutbahnya, tak faham sangat aku pasal suara ImamKhan-Pakistan tuh tenggelam timbul. Lagipun English dia berterabur sana sini. Jihad-Morocco yang jadi bilal tadi nya aktif gila, bila ImamKhan-Pakistan tanya apa-apa, dia lah yang jawab. Tak pun, dia yang tanya itu ini. That's part of the khutbah, pelik aku.

Setahu aku lah kan, sepengamatan aku yang satu Unit dengan dia nih, he's such a trouble maker. Dia banyak musuh, dia cuma berkawan dengan 4 orang Chinese, orang lain tak berkawan pun dengan dia. So itulah, sepanjang masa dia dengan Chinese tuh, diaorang tak reti English dan dengan Jihad-Morocco ajelah tempat diaorang mintak tolong itu ini.

Lepas aje sembahyang, adalah this one guy yang nampak macam orang Pakistan/Arab, dia bangun kasi komen. Dia kata lagi elok kalau ada orang yang tukang translatekan apa yang ImamKhan-Pakistan tuh sampaikan (nak translate apa lagi, dia kasi Khutbah in English) sebab walaupun pengajarannya bagus tapi cara dia sampaikan, what with his accent, susah orang nak faham. Bagus cadangan dia tuh tapi cara dia cakap tuh macam takbur dan merendah-rendahkan kebolehan Imam. Buat malu aje sebab ramai guest non-Muslim yang dengar.

So kitaorang sesama jemaah tuh mulalah berbisik sesama sendiri, masing-masing kata yang ImamKhan-Pakistan tuh dah bagus, berpengetahuan. Gayanya that guy saja nak kasi masalah, entah-entah dia yang nak ambik alih. According to Yousef-Somalia, memang pernah terjadi gitu, Jihad-Morocco pernah nak jatuhkan ImamKhan-Pakistan tuh dulunya, dia nak lantik diri sendiri jadi Imam.

Adalah dalam masa 15 minit yang kitaorang free lepas tuh so masing-masing riuh balik bersembang. Kebanyakan jemaah tuh blacks, ada Arab, selebihnya Bangladeshi, Indians dan ada sorang Spanish. First time aku jumpa Spanish guy yang Islam. Ramai jugak yang masuk Islam kat Detention Center nih dengar ceritanya.

Agaknya ada orang yang perasan yang aku tak ada duit sebab shelf aku kosong aje tak ada barang apa pun. So harinih Shaban-Palestine kasi aku sabun mandi dan malam tuh ada orang taruk sudu plastik dan tumbler (walaupun aku dah ada cawan minum yang C.O kasi) kat shelf aku. Terharu aku dibuatnya dan aku berjanji yang akan datang aku nak buat baik jugaklah dengan sesiapa yang baru.

Betul kata Martin-Poland, harinih dia dipindahkan ke penjara di Ohio. So sampai di sini ajelah buat masa ini, friendship kitaorang. Dia janji yang dia akan email aku bila dia keluar nanti. Tak adalah aku sedih sangat pun pasal the last few days dia asyik sibuk dengan orang lain dan aku pun sama, asyik dengan Parminder-India atau Ky-Vietnam/US atau Orlando-El Salvador aje.

Aku jarang sangat sembang dengan geng-geng Islam yang sembahyang berjemaah sebab biasanya lepas sembahyang masing-masing terus blah. Kalau diaorang sembang sebelum sembahyang pun aku tak join, aku just tunggu nak sembahyang aje.Tapi tadi lepas Isyak sempat sembang dengan Ahmed-Somalia. Dia kata dia tak suka cara kitaorang sebab lepas sembahyang aje terus lesap. Tak ada pun nak sembang-sembang cerita pasal ugama.