Monday

Hari Ke 5 (Isnin 26/4)

Pagi nih ada dua orang yang baru masuk Unit nih, dua-duanya kat upper tiers, dua-duanya orang Ecuador. Punyalah riuh kena sorok sebab masa tuh kitaorang baru siap breakfast. Tak jauh jugak dari bunk aku. So aku tegur one of them, bagus Englishnya sebab dah dekat 20 tahun duduk Amerika. Kebanyakan yang di Unit nih ok English diaorang pasal diaorang rata-rata dah berbelasan tahun kat Amerika.

Dah ada anak dah Mamat Equador sorang tuh, dah cerai tapi ada awek yang umurnya 15 tahun lebih tua dari dia. Dia kata yang awek dia tuh akan bayar berapa saja untuk bail him out. Dia kata he leads a very comfortable life pasal ada orang yang jaga dia, walaupun dia duduk Amerika illegally.

Asyik mengeluh aje dia, dia kata rindu sangat kat anak yang baru berumur 2 tahun. Lega aku mendengarnya. Lega jugak aku kalau ada orang yang lebih sedih dari aku. Sebab bagi aku, keadaan aku nih dah susah sangat kalau dibandingkan dengan detainees lain yang walaupun masing-masing ada kes tersendiri, walaupun ada yang ditahan selama bertahun-tahun, tapi diaorang happy aje sebab diaorang ada support dari luar. Ada family, ada sedara-mara, ada kawan-kawan yang boleh kasi perangsang, support dan semangat. Aku? Macam biasalah terkontang-kanting sorang-sorang. Tapi itu salah aku sendiri, kan? So padan lah dengan muka aku! ekekekekeke

Tengahari lepas lunch aku dipanggil ke Processing Department. Rupanya barang-barang aku dan duit aku masih di Custom Office kat Buffalo. This one Officer suruh aku kasi nama, alamat dan nombor talipun kat US nih, so that diaorang boleh hantar barang-barang ke siru. Mana aku ada sesiapa, kan? Lagipun aku fikir, dah tak penting dah, dah tak guna dah semua benda tuh. Nanti akan dideport straight dari Center nih ke Malaysia dengan tangan aku digari, masa bila pulak barang tuh nak dikasi kat aku, kan? Sedangkan barang-barang aku yang kat bilik sewa aku kat New York langsung aku tak fikir, yang terpaksa aku tinggalkan gitu aje, inikan pulak laptop sama digital camera tuh.


Tapi, sebenarnya laptop tuh jauh lebih berharga buat aku dari isi bilik sewa aku. Aku nih jenis yang rela tidur kat kaki lima tapi ada laptop, daripada tidur kat hotel tapi tak ada laptop.

Mulanya teringat nak kasi AM atau NekRock punya nama, tapi tak ada alamat dan nombor talipun pulak. The only person yang aku tahu alamat, tuan rumah aku, Lily. Officer tuh kata dia boleh suruh orang kat Custom Office di Rainbow Bridge untuk check cellphone aku untuk dapatkan nombor talipun Lily pasal hanya nombor di New York state aje yang dibenarkan. Ooo, rupanya diaorang nih masih menggelidah cellphone aku. Nak merisik khabar lah tuh.

Merengus aje Officer tuh bila aku tanya pasal duit aku (sedangkan dia nak settlekan pasal barang aku) dan terus dia kata yang Officer lain akan uruskan masalah duit tuh. Aku kata aku tak kisah langsung pasal barang, aku cuma concern pasal duit sebab aku nak guna untuk beli barang keperluan seharian (duduk penjara pun kena berbelanja) dan untuk menalipun. Terus dia kata dia akan selesaikan masalah aku secepat mungkin.

Balik ke Unit, aku beritahu Martin-Poland, dan dia kata daripada barang aku diabandon atau didestroy begitu aje, might as well kasi kat orang sebab diaorang tuh cakap aje nak destroy, entah-entah berebut-rebut memasing nanti tuh.

Email yang Martin-Poland hantar kat NekRock masih belum direply. Pelik jugak aku, memanglah diaorang tengah bercuti, tapikan ker NekRock sentiasa ada berry kat tangan. Berketik-ketik jer tangan dia sepanjang masa, macam orang mengandung makan jeruk aje lajunya jari dia tuh ekekekkee.

Aku tak tahu apa yang NekRock sama AM fikir, aku pun mulalah fikir yang bukan-bukan. Diaorang bengang kat aku ker? diaorang rasa guilty sebab ajak aku ke border ker? Diaorang tengah fikir dan berusaha untuk tolong aku ker? Aku langsung tak salahkan diaorang, benda nak terjadi, akan tetap terjadi, kan? Lagipun, aku dah mula fikir yang ada hikmah besar di sebalik penangkapan aku nih.

Petang tuh sekali lagi Processing Department panggil aku, so terus ajelah aku kasi nama dan contact number mak Martin-Poland.

"Where did you get this name? From your cell mate? No, that's not allowed", kata Officer tuh, tak sempat pun aku nak kelentong. Lagipun malas dah aku nak kelentong-kelentong, dah puas aku menggelentong orang ituhari, ke Detention Center jugak aku akhirnya kan?

"Ok, in that case just destroy my stuff then", aku kata gitu. Aku nih mudah aje orangnya. Itupun lepas Officer tuh kata yang penerima barang tuh kena bayar postage charge dalam seseratus dollars. Potong lancau lah tuan rumah aku nak bayar sebanyak tuh, so aku teruslah isi form yang mengatakan aku rela barang aku didestroy after 30 days. Adusssss, semua info Forex aku ada kat laptop tuh. Dan semua websites dan email aku auto, on kan aje laptop terus boleh access. Ayyyoooo maaaa.

Martin-Poland bengang aje bila aku cerita kat dia. "Why didn't you lie? Why didn't you argue?", dia kata gitu. "Well, it's your stuff", kata dia lagi, terus blah.

"I'm so pissed off!", aku terdengar dia kata tak lama lepas tuh.

Terbodoh aku jadinya. Pelik jugak aku apa pasal nak marah sangat tuh? So stupid of him lah sampai gitu sekali kan? Masa dinner, aku sorang-sorang aje makan pasal dia makan semeja dengan Polish tua tuh. Terasa hati aku dibuatnya. Pelik sangat aku, gini rupanya perangai dia nih, cakap berdegar-degar tapi perangai mengalahkan bapok.

So lepas dinner aku dah tak ada member nak ajak sembang, nasib baiklah ada 3 amigos nih (dari Mexico, Columbia dan Ecuador) ajak aku join diaorang main card, main Burro (Donkey). Best gak aku dapat sembang sikit-sikit in Spanish.

Sementara tunggu Maghrib aku belek-belek Quran terjemahan kat Nasir-Iran punya bunk. Dia ada a few, dia kata kalau aku nak pinjam, ambil ajelah. So dalam masa 2 jam lepas Maghrib sampai Isyak, aku melepak kat bunk aku ajelah baca Quran (dan terjemahannya sekali). Jugak baca kisah-kisah Nabi. Ya Rabbi, airmata aku bertali arus mengalir. Selama ini aku jarang sangat baca terjemahan, kalau baca Quran, just baca yang Arabic nya aje. Puas aku fikir, apa yang buatkan airmata aku tak putus-putus keluar. Sebab sedih dan insaf sebab dapat baca Quran kat penjara ker? Atau sebab sedih dan insaf dengan apa yang aku baca ker? Atau sebab sedih dan jadi sayu dengan keadaan dan situasi aku di masa tuh ker? Combination of all that agaknya. Airmata aku tengah deras mengalir bila Keita-Sierra Leone jentik kaki aku (aku baca sambil bersila atas bunk) ajak sembahyang Isyak.

"Why are you crying, Brother? You ok, man?", dia tanya aku.

Makin dia tanya aku, makin airmata aku termengalir. Lepas tuh aku gelak, tapi tersekat-sekat aku kata yang aku jadi tersedih baca kisah-kisah nabi.

"Why is he crying?", tanya Yousef-Somalia kat Keita-Sierra Leone, sebab masa aku tengah bersandar kat dinding tunggu orang lain siap ambik wudhuk, aku teringat lagi cerita-cerita dan a few ayats yang menyentuh perasaan. So, again sambil gelak-gelak, aku tipulah, aku kata ada satu dua cerita kat Quran tuh yang menyentuh hati aku.

"You have a good heart, Brother", kata Yousef-Somali. Terus terberhenti airmata aku dari keluar. Sebab deep down aku tahu yang airmata aku yang berjurai keluar tuh bukanlah seratus peratus sebab baca Quran/terjemahan tapi sebab aku sedih dan sayu dengan keadaan aku. Dipenjara di negara orang dan aku tak ada jalan keluar.

Tuhan Ku, Aku Hilang Bentuk,
Kembara Di Negri Asing.
Tuhan Ku, Pintu Mu Ku Ketuk
Aku Tak Bisa Berpaling.

(Doa - kumpulan Harmoni)

Lepas Isyak tuh aku sambung melepak kat bunk, aku sambung baca. Rasa menyesal sebab selama ini baca Quran tak baca terjemahan. Tu pasal bila baca tak ada rasa apa-apa pun. Ini bila baca terjemahannya sekali, hati aku mudah terguris, kepala aku selalu terhangguk-hangguk mengiyakan apa yang tertulis. Semua jawapan hidup ada dalam Quran tuh, yang selama ini aku take for granted aje.

"Hey listen, when I said I was pissed off, I didn't mean I was pissed off at you. I was angry at my Mom", kata Martin-Poland masa dia lalu kat depan bunk aku dan aku buat tak tahu aje. Dia kata emak dia tersalah hantar duit kat dia, tu pasal dia bengang tuh. Lega aku mendengarnya sebab seharian aku ingatkan dia marah kat aku dan aku rasa what a stupid of him lah kan nak marah because that silly reason.