Sunday

Hari Ke 44 (Jumaat 4/6)

Aku tengah melepak kat bunk (sebab hujan lebat kat luar dan aku tak boleh nak jogging) bila Shaban-Palestine datang beritahu yang dia akan dipindahkan ke penjara di Ohio. He will be there for a few months sampailah dia bebas nanti. Sedih aje mendengarnya, dia pun macam kuyu aje. Tak tahu aku nak cakap apa, walaupun kitaorang tak lah rapat tapi memang terasa sedih sebab dia nih kan ker Muslim.

Dan dalam pukul 10 lebih tuh, Muhamed-Guyana pulak bebas to the street. Ayoo, dalam masa sehari, 2 Brothers yang bebas. Again, walaupun aku tak rapat dengan dia tapi terasa lah jugak sebab kitaorang sembahyang jemaah sama-sama. Kat sini gitulah, tak tahu bila masa akan dibebaskan, any time aje boleh dibebaskan atau dihantar ke tempat lain. Kalau kat proper penjara, kita tahu yang berapa lama kita akan ditahan tapi kat sini, nobody knows. Itu yang buat tension tuh.

Walau macamana pun, kira bagus jugaklah Brothers bebas sebab kat sini, kalaulah yang dari gang Bible Study yang bebas, diaorang akan rasa macam bangga aje, it shows yang itu semua berkat doa members lain. So kalau yang Muslims nya bebas, it shows yang doa kitaorang "kuat". Masa Muslim Service pun ImamKhan-Pakistan selalu suruh kitaorang berdoa untuk Brothers lain, agar cepat bebas.

Muhamed-Guyana nih dah dekat 2 tahun kat sini so memang patutlah dia bebas, dia pun dah lama jadi warganegara Amerika. Next yang akan bebas mungkin Ahmed-Somali (dah 6 bulan ditahan), Yousef-Somali (dah 2 tahun ditahan) dan Amir-Bosnia. After that mungkin aku. Nasir-Iran sama Jihad-Morocco tak ada gaya akan bebas secepat mungkin, kes diaorang semuanya kes berat-berat.

Ada dua pergaduhan harinih, semuanya yang dekat-dekat bunk aku pulak tuh so aku dapat tengok dengan jelaslah. Satu tuh lepas lunch, BigBaby-Ghana sama mamat Liberia. C.O tak perasan pun, itu pasal diaorang tak dihantar ke The Box. Yang buat lawaknya, lepas bertampar-tampar, berterajang-terajang tuh, diaorang berpeluk-pelukan pulak. Mintak maaf, jadi baik semula lepas tuh.

Tak lama lepas tuh, LondonBoy sama Orlando-El Salvador pulak gaduh, tak adalah bertumbuk beria sangat, banyak bertaki maki aje. Orlando-El Salvador manalah reti accent LondonBoy yang maha pekat tuh so bila LondonBoy bersuara aje, Orlando-El Salvador asyik ingatkan yang LondonBoy mengutuk dia.

Masa tengah melepak sama gang-gang aku (Amir-Bosnia, Ky-Vietnam/US, parminder-India dan Luis-Ecuador, aku kasi diaorang kertas sama pensil sorang satu. Aku tanya, kalaulah diaorang boleh eliminate sapa-sapa kat Unit nih, siapa yang diaorang calunkan for elimination, nak vote out. Jawapan kitaorang semuanya macam sama aje, Baker-Jamaica, Raymond-Haiti, Jihad-Morocco, itu top 3 tuh. Yang lain tuh nama-nama macam Pedro-Congo (aku punya pilihan), Rasta-Guyana dan mostly gagak-gagak dan yang dari gang Bible Study.

Tak best langsung Muslim Service harinih, Khutbah punyalah panjang dan meleret-leret, what with suara ImamKhan-Pakistan yang tak clear, and no thanks to his accent dan his command of English, tersengguk-sengguk aku dibuatnya. Asyik tukar position duduk jer aku. Orang lain lagilah, ada yang berlunjur, ada yang baring macam kat pantai, ada yang bangun melapak kat bench, kat kerusi.

Lepas dinner baru aku dpat buat exercise, itupun kejap aje sebab ramai orang yang main basketball, handballs. Aku lari-lari sama Ky-Vietnam/US for a few rounds, then jalan pusing-pusing yard, sambil bercerita. Ky-Vietnam/US kata yang bila dia keluar nanti, dia nak take a year off, nak travel the world. Dan dia nak join a group yang macam Human Rights tuh, nak exposekan kat dunia luar pasal tak ramai yang tahu tentang keujudan Detention Center yang macam kat Amerika nih. Walaupun tak lah seteruk penjara, tapi once you are in, once you are here, it's so hard to get out.

Nasir-Iran bengang kat aku sama Anir-Bosnia malam nih. Ahmed-Somali sama Yousef-Somali tak adalah bengang sangat pun. Masa nak Isyak, aku dah kasi signal kat diaorang yang aku nak sembahyang, then aku suruh Amir-Bosnia ajak diaorang sembahyang. Tapi diaorang ralit tengok tv, diaorang selamba aje kata masih ada masa. So aku sembahyanglah dengan Amir-Bosnia aje. Kitaorang dah siap sembahyang barulah diaorang datang, then mulalah Nasir-Iran marah-marah. Instead of bersedia untuk tidur, aku ajak Amir-Bosnia lepak-lepak sambil makan jajan, main chess. Saja jer lah nak kasi nasir-Iran lagi bengang kat kitaorang yang macam tak menyempat-nyempat nak sembahyang tadi nya tuh.