Tuesday

Hari Ke 71 (Khamis 1/7)

Hmmm, it's July. Time goes by, life goes on, and all I can think of is why I'm not gone.

For the third straight days aku terbangun pagi, kali ini bising pasal Raymond-Haiti gaduh sama bunkie dia, orang Dominican Republic, yang baru jugak lagi masuk sini. Aku kurang berkenan denagn Mamat tuh pasal sombong, mudah baran, so bila dia gaduh tuh, aku jadi macam puas hati gitu.

Ramai yang terbagun sebab memang kuat bertengkarnya, dua-dua nya memang jenis keras kepala. So susah dah aku nak tidur lepas tuh, sampailah ke Subuh.

Terlambat pulak bangun lepas breakfast tadi, so dapat lari a few rounds aje yang by the time Ky-Vietnam/US nak join aku, aku dah keletihan. So kitaorang jalan-jalan, lari sesikit, dan sembang-sembang. Tengah-tengah lari tuh, Ky-Vietnam/US meludah, kuat aje, penuh mulut. Dia ludah ke this one Polish yang dia tak suka. Sampai tempias kat aku ludahannya. Dia kata yang dia bengang sangat kat Polish tuh, so dia punya style, kalau dia tak suka orang, dia akan ludah. Macam-macam cara diaorang nih. Aku, kalau aku bengang kat orang, aku kencing dalam botol Listerine dia kan? Ekekekeke

Amir-Bosnia ikut Art Class dia harinih, so lepas lunch tuh dia cerita pasal kelas dia tuh aje lah. Sambung sampai ke rec-yard kitaorang bercerita, tapi semuanya pasal Jihad-Morocco. Ada ker patut, masa kitaorang Zohor, dia selamba aje kat cardio bike kat sebelah kitaorang yang berjemaah tuh. Sikit pun dia tak rasa macam guilty ker gitu, siap dia kata, "Go ahead, Brothers", masa kitaorang nak sembahyang tuh, dan dia berkayuh ajelah.

Then Amir-Bosnia kasi tahu pasal Jihad-Morocco yang asyik mintak itu ini dari dia. Amir-Bosnia nih memang selalu beli banyak jajan dari Commisary. Kebetulan dia makan semeja sama Jihad-Morocco. Semuanya pasal ituhari Jihad-Morocco ada tolong dia buatkan surat rayuan ke Washington DC. Amir-Bosnia patutnya dah dideport balik ke negara asal dia tapi masalah dengan Kedutaan dia belum selesai, by right, 26 haribulan nanti dia kena dibebaskan sebab dah lebih 180 hari dah dari tarikh akhir case dia direview. Itu yang Free Lawyer ituhari nasihatkan dia supaya buat surat rayuan tuh, dan kebetulan Jihad-Morocco pun pernah buat, so dia copy ajelah, sambil ubah sikit-sikit isi surat tuh.

Habis cerita pasal tuh, cerita pulak kisah masa dia kecik-kecik, masa nak mula perang sedara dulu tuh, berapa orang yang dia bunuh, sampailah kisah dia hilang teruna kat gereja. Ooppsss. (Aku kena tulis in Malay nih pasal dia nih tiap-tiap hari datang blog nih, aku rasa dia undi nama dia kat Poll kat sebelah tuh. Macamana pun, dia kata dia tak kisah, infact dia suka tengok nama dia banyak aku mention kat blog nih. Tengoklah nanti kalau dia setuju aku taruk gambar dia kat sini, banyak gambar dia kat MukaBuku tuh. Lain dari kawan aku yang selalu berlari-lari sama aku pagi-pagi tuh, dia tak berapa suka aku tulis pasal dia sebab selama ini dia beritahu kawan-kawan dia yang dia bercuti balik ke negara asal dia, bukannya dia di tahan kat Pusat Tahanan)

Singh-India yang baru masuk tuh, asyik baca kitab aje kerjanya, asyik sembahyang aje sepanjang waktu, kat bunk dia. Dia sedih gamaknya, macamlah aku masa mula masuk sini dulu tuh, diam, senyap, membaca aje kerja nya. Sekarang nih asyik melepak, main games aje dah.

Masa sebelum nak sembahyang Isyak, Amir-Bosnia tunjukkan surat yang Jihad-Morocco buatkan untuk dia tuh. Ya ampun, banyaknya salah taip, "grandma" pun bertambun yang salah. Tak sampai hati pulak aku nak kata yang buat malu aje kalau hantar surat tuh, tah-tah makin orang tak faham sebab aku sendiri pun susah nak faham buah-butir nya surat tuh. Itu yang aku kata kat Amir-Bosnia yang pihak Immigration knows best, bila tiba masanya sure dia akan dideport. Tak payahlah nak hantar surat kat Washington DC sebab nanti kalau Detention Center nih tahu, entah-entah diaorang akan marah, diaorang boleh hold him indefinitely.

Selamba aje Amir-Bosnia tanya Jihad-Morocco, apa pasal dia tak sembahyang. Terkulat-kulat mamat tuh jawab, dia kata dia pening kepala, banyak hal yang nak difikirkan, so itu yang dia tak sembahyang tuh. Macamana pun dia joined jugak kitaorang for Isyak.