Sembahyang Subuh kat tepi bunk aje pasal C.O yang duty pagi nih tak kasi aku ke corner sebelah sana tuh. Ituhari ada C.O yang suruh aku sembahyang kat situ. Apa-apa lah, aku ikut aje, asalkan aku dapat sembahyang, that's good enough, tak nak lah aku bertekak pulak.
Nak tunggu sampai pukul 12 memang banyak masa, weekend pulak tuh, semua orang rileks dan santai-santai aje sebab biasanya tak ada aktiviti sangat pun kalau hujung minggu. Hari lain pun tak ada aktiviti tapi weekends lagilah tak ada apa nya, tak ada orang yang dibebas, tak ada detainee baru, tak ada yang kena pergi court etc.
So aku pun, tak macam hari-hari selalunya sebelum ini, aku pun layan lah lamunan aku. Biasanya aku tak buat gitu, biasanya kalau aku termengelamun, aku akan hentikan lamunan aku, aku akan buat benda-benda lain. Tapi tadi saja jer aku tak hentikan lamunan aku, infact aku layan aje lamunan aku, aku biarkan lamunan aku berlari jauh with what ifs, why nots, how dos, segala macam kemungkinan yang lain. Aku tahu yang aku tak mungkin dapat mencapai apa yang aku lamunkan itu tapi tak salah rasanya once in a while aku bermimpi di siang hari. After all that's what kehidupan dalam penjara is all about kan? Sweet dreams and scary nightmares.
Aku tak puas hati jugak dengan style Luis-Ecuador nih, since aku punya makanan kebanyakannya beans, nasi putih atau buritto, dia selalu mintak kat aku. Memang aku selalu kasi either kat dia atau Parminder-India. Masalahnya dia mintak kat orang lain jugak, dan bila makanan dia banyak, dia kasi makanan tuh kat member dia yang lain. Aku, kalau aku kasi dia makanan, aku nak dia yang makan makanan tuh, bukannya kasi kat orang. Dengan dia nih, dia kumpul banyak makanan then mulalah dia “nampak macam baik” sebab selalu kasi makanan kat member lain.
Harinih hari untuk order barang Commisary, so aku order Quran translation, ketayap (nak buat kenang-kenangan masa balik Malaysia nanti) kopi, gula, dan jajan. Aku orderkan body-lotion untuk Parminder-India, kawan se bunk dia yang suruh aku belikan Parminder-India deodrant, sebab mungkin dia perasan yang Parminder-India tuh ada body odor kadang tuh. Biasalahkan, orang India.
Masa sembang dengan Dexter-Jamaica tadi, ada aku suarakan yang aku rasa nak botakkan kepala. Barber service sebulan sekali aje kat sini, so dalam 2 minggu lagi baru boleh dibuat. With me, kalau aku nak kan sesuatu, kalau aku nak buat something, aku tak mengedan-dan dah, aku nak buat dalam masa terdekat. Dia kata dia boleh botakkan kepala aku. For a price lah kan? Selalu aku tengok dia braidkan rambut orang, trim rambut Spanish, aku ingatkan dia buat for free tapi semuanya tuh dicharge.So aku suruh dia kasi harga tapi dia tak nak, dia suruh aku yang kasi harga, dia kata dia akan terima aje apa yang aku nak kasi. Serba salah jugak aku, dua tiga hari lepas aku ada kasi dia 2 noodle soup,s so sure harga untuk botakkan kepala nih lebih mahal dari tuh. Noodle soup nih macam main currency lah untuk beli apa-apa atau untuk bartering.
“Ok, $6 worth of Commisary items”, aku kata kat dia gitu. Dia setuju aje. Tapi Ky-Vietnam/US kata mahal sangat $6 tuh. Bagi aku reasonable lah pasal rambut aku dah panjang dan dia kena botakkan aku guna dua razors aje, razor yang tumpul dan murah tuh. Semuanya dalam masa setengah jam. So dia order 8 bungkus jalapeno Cheetos. Pagi esok dia akan botakkan kepala aku.
Baik pulak Ky-Vietnam/US sama aku, harinih asyik melepak sama dia aje. Sesambil jalan-jalan kat rec-yard lepas dinner petang tadi, asyik bercerita dengan dia aje. Dia nih kan, nampak macam “happy”, selalu aje busy ke sana-sini sampaikan aku selalu terfikir yang kalau aku dapat buat selamba aje macam dia nih kan ker bagus? Tapi, bila dengar cerita dia, dengar rintihan dia pasal kehidupan kat tahanan, tersedih aku jadinya, terkesian sangat aku kat dia. So aku katalah yang anggaplah ini semua satu kenangan, satu phase hidup yang akan dia kenang untuk selam-lamanya nanti. Dia ada family kat sini, dia ada good career, so apa yang nak dirisaukan sangat. Unlike me yang dah lah tak ada sesiapa kat sini, balik Malaysia nanti pun tak tahu hala tuju.
Dia kata dia suka sembang dengan aku sebab aku banyak experience dan cara aku fikir dan cakap tuh tak macam orang-orang Asia yang lain. Aku senyum jer sebab aku tahu yang aku nih memang best, cuma orang yang rapat dengan aku aje akan tahu kebestan aku ekekekekeke.
Mamat satu bunk sama Parminder-India nih asyik nak kenakan aku aje, dah lah dia suruh aku belikan Parminder-India (dia yang nak sebenarnya) barang kat Commisary, tadi tuh dia nak jualkan radio/head-set for $15. Semalam ada orang nak jual for $10. Head-set nih untuk digunakan kalau nak tengok tv sebab guna alat tuh aje baru dapat dengar sound kat tv, kalau tak tuh takat tengok tv bisu ajelah. Aku tak peduli langsung pasal tv.
So dia nih mulalah takut-takutkan aku, kata yang aku akan lama lagi kat tahanan nih since aku dicharge under criminal. So kalau aku lama kat sini, baiklah aku beli head-set tuh.