Friday

Hari Ke 40 (Isnin 31/5)

Harinih cuti Memorial Day kat Amerika but it doesn't mean a thing to us yang kat tahanan nih. Aktiviti pagi aku macam semalam jugak lah, berjogging sampailah ke pukul 11. Lepas tuh aku rasa macam pening kepala, nasib baik Ky-Vietnam/US ada ubat so aku berihat ajelah sampai lunch.

Masa nak sembahyang Zohor, ada macam argument antara Baker-Jamaica sama Muhamed-Guyana, Jihad-Morocco. Baker-Jamaica nih antara orang yang paling tak disuka kat sini pasal dia nih too big for his boots, suka buat bising, terlalak sana sini. Memang tak ada siapa sangat yang suka kat dia, kecuali Dexter-Jamaica sebab diaorang senegara, lagipun Dexter-Jamaica macam suka kat dia nih, (kan ker Dexter-Jamaica tuh bapok?). Aku perasan yang tiap kali Baker-Jamaica mandi (dia mandi bogel. Now, bukan aku suka mengintai tapi tempat mandi tuh open sesangat, boleh tahu sapa mandi bogel atau pakai spenda etc), masa tu lah Dexter-Jamaica akan rancak sembang dengan dia. Macamlah tak ada waktu lain.

So itulah, diaorang argue pasal ugama, masing-masing menegakkan ugama masing-masing. Sampaikan Baker-Jamaica kata, "Fuck Muhammad!. Now, aku tak tahu samada dia maksudkan Muhamed-Guyana atau tidak tapi kitaorang semua tersentak. Jihad-Morocco dah nak bertumbuk dah tapi Amir-Bosnia sama Ahmed-Somali pegang dia, coolkan dia. So lepas Zohor tuh Jihad-Morocco pun kata lah yang selama dia di sini, tak pernah dia semarah itu. Kitaorang suruh dia jangan gaduh sebab kalau gaduh nanti, panjang pulak ceritanya, mungkin akan dikasi new charge, dan akan lama lagi lah kat tahanan nih.

Masing-masing macam tak ada mood aje nak happy-happy lepas tuh, aku takat main-main chess sama Parminder-India ajelah sebelum ajak Amir-Bosnia keluar. Rupanya Singh yang semalam tuh dah tunggu aku sebab nak sambung bersembang pasal Guru Nanak dia.

Lepas Maghrib aku joined Ahmed-Somali yang baca Terjemahan Quran sambil berdiskusi sama Nasir-Iran, itu pun sebab meja tempat aku melepak tuh sebelah meja diaorang. Amir-Bosnia entah ke mana pulak, dia ke Medical Dept rasanya sebab dia orang baru kat sini.

Lepas Isyak, Ahmed-Somali nasihat Muhamed-Guyana sama Nasir-Iran, tak kasi diaorang nih cepat sangat naik darah, jangan nak argue pasal ugama dengan gang-gang Kristian tuh. Aku pun selamba lah cakap yang aku tak faham apa pasal diaorang (Nasir-Iran, Jihad-Morocco) mudah sangat nak argue, mudah sangat nak bertengkar, mudah sangat nak berdebat. Nak proof kat sapa? Kat diri sendiri?