Sunday

Hari Ke 86 (Jumaat 16/7)

Aku dah lari dalam 30 rounds bila Yousef-Somali nak join aku so dia lari kat belakang aku, did another 30 laps bila hujan mula turun. Dan kebetulan pulak C.O panggil dia sebab dia ada Lawyer visit.

So spent the rest of the morning indoor ajelah, on cardio for about an hour sebelum main chess sama Parminder-India. Dia tanya aku, dia curious nak tahu, apa sebab aku dah tak nak dia buatkan teh/kopi untuk aku. Since benda tuh dah lama, aku beritahu dia reason sebenar, yang masa tuh aku macam kecik hati sama Nasir-Iran sama Amir-Bosnia ituhari. Tak adalah kecik sangat kecik hati nya pun, more like saja jer mangada-ngada aku tu lah.

Amir-Bosnia dah ok daripada semalam, happy-happy aje dia harinih. Dia dah quit Art Class dia semalam tuh, memang tepatlah jangkaan aku dulu tuh. Masa kat Unit dia senyap aje Jihad-Morocco tuh tapi bila sampai gym for Muslim Service, terus dia panggil aku ke corner, dia tanya aku apa pasal aku tak tulis nama dia kat request form. Aku explained lah yang bila aku tulis, dia tak datang, bila aku tak tulis, baru dia nak datang Service. Bagi aku benda kecik jer tapi knowing Jihad-Morocco, benda kecik jadi besar-besar. Siap kasi tahu ImamKhan-Pakistan lagi tuh. Eleh, like I give a fuck.

Best Khutbah harinih walaupun ada masanya meleret-leret, bab itulah, bab Witir Wajib tuh, diulang-ulang nya every Wednesday and Friday. Yang best nya bila bab hating and loving your Muslim brothers for the sake of Allah. Itu kena sebijik kat kitaorang, aku perasan yang ImamKhan-Pakistan nih dia kasi lesson atau Khutbah tuh based on keadaan persekitaran, sebab a few days ago kitaorang ada cerita pasal benda-benda tuh in general.

Lepas sembahyang ada discussion pulak, ImamKhan-Pakistan tanya kalau sesiapa yang ada contacts dengan mana-mana Imam kat area Buffalo nih sebab dia kata it's about time Detention Center nih ada Imam khas, yang didatangkan dari luar. Kat sini yang Kristian tuh ada Priest sama Deacon sekali, apa pasal pulak yang Islam nih tak ada Imam nya kan? Sedangkan Islam yang paling kuat dibandingkan dengan jumlah yang datang untuk Christian Service. Walaupun kat sini ada cuma dalam 60 Muslims tapi hampir 90% yang datang Service. Yang datang untuk Christian Service tak seramai kitaorang sedangkan dalam 500 yang Kristian kat tahanan nih. ImamKhan-Pakistan kata yang dia boleh dibebaskan bila-bila masa aje sebab case dia dah lama di dismissed, so kena lah bersiap sedia atas segala kemungkinan.


Ada training lagi untuk C.Os baru, habis semua disuruh kitaorang bukak kasut, setokin masa nak balik ke Unit masing-masing lepas Service tadi. Muda-muda, bebudak jer lagi gayanya C.Os tuh semua, tapi almost semuanya penuh dengan tatoo kat lengan masing-masing. Cakap pun mencarut aje kerjanya.

Amir-Bosnia dia off dari his daily work-out harini so kitaorang melepak kat luar, sembang-sembang lepas dinner/Asar. Then ternampak ImamKhan-Pakistan sama Mousa-Guinea yang kat Unit sebelah, so sembang-sembang sama diaorang, aku suka Amir-Bosnia nih pasal dia tak kisah pun bila aku ajak dia bercerita pasal dia kat diaorang tuh, so I brought up the issue yang dia tak boleh Puasa tu lah.

Belum sempat nak sembang, Nasir-Iran sama Yousef-Somali datang join kitaorang so kat pagar tuh penuh dengan gang kitaorang aje lah. Pandai ImamKhan-Pakistan nih, dia bukak cerita pasal how many people yang dah converted, berapa ramai yang dia ubatkan, dengan air jampi. Itu yang Amir-Bosnia terus masuk ke Unit, ambik tumbler dia, isi air dan kasi kat ImamKhan-Pakistan, suruh jampi.