Wednesday

Hari Ke 57 (Khamis 17/6)

Dari 8-30 sampai pukul 11 aku buat exercise harinih. Mulanya jogging kat rec-yard, lepas tuh rihat sekejap kat dalam sebab nak ambik barang-barang Commisary. Then berkayuh kat cardio-bike for about 45 minutes. Sesambil tengok diaorang yang tengah sibuk menyimpan barang-barang memasing kat lockers. Macam-macam ragam, kebanyakannya tamak, ada yang memintak-mintak, Dexter-Jamaica especially, dengan setiap kawan baik dia, dia akan mintak jajan, dapatlah 2 items from each person.

Then Ky-Vietnam/US ajak temankan dia jogging, tak terasa letih pun kalau lari beriringan nih. Itu yang selamba aje lari sampai 50 laps tak henti-henti tuh.

Yousef-Somali dibawak ke mana tah, nak kata dibebaskan, tak jugak pasal dia ada Court Hearing kat Albany, tapi semua barang-barang dia C.O ambik, bunk dia dikosongkan. Dan kitaorang bersalam-salaman macam gaya tak akan jumpa dah. Dia asyik suruh kitaorang doakan dia semoga dia berjaya dalam kes dia tuh. Amin.

Sesambil main chess dengan Chen-China, aku sembang-sembang sama Amir-Bosnia, ajar dia cara-cara berdoa. Bila masa bagus berdoa, apa yang kena dibuat dulu sebelum berdoa, things like that. Dia kata dia rasa macam happy jer inside semenjak dua menjak nih. And what a lucky day, aku beat Chen-China, dia nih juara chess kat Unit nih. Entah-entah dia saja kasi aku menang kot pasal dia bosan mendengar aku bercerita pasal cara berdoa.

Masa melepak kat luar lepas lunch, aku ikut gang-gang Spanish tuh main sepak-sepak bola. Kejap aje dah termengah-mengah aku dibuatnya. So masuk balik ke Unit, mengayuh basikal. Sekarang nih aku pantang ada masa free, aku sentiasa kayuh basikal tuh, sesambil tengok detainees lain kat bawah tuh yang kebanyakannya tengok tv atau main games (domino, checker, chess, cards)

Aku kena tegur dengan C.O petang nih, lepas face count pukul 4-15 pm. Aku pelik sama Adin-Mexico sebab dia tak macam orang lain. Orang lain tuh, lepas face-count diaorang akan baring/tidur sementara menunggu masa dinner. Tapi dia nih tak, dia duduk aje kat birai bunk, bila aku tanya dia, dia kata yang dia dah puas tidur kat penjara, selama 7 tahun dia ditahan. So, aku sembang-sembang dengan dia sambil hulur Oreo cookies kat dia yang di bunk bawah tuh. Masa tuh lah C.O tuh ternampak aku bersembang, dia jerit nombor aku, suruh aku baring. Lepas tuh aku dengar suara Coolie-Boy-Guyana, suara Chen-China, kata, "Gandhi! Gandhi!"

Aku tengah melepak atas basikal bila Amir-Bosnia (yang tengah menalipun) panggil aku, dia tanya aku pasal a few bendas yang aku ajar dia semalam, a few benda-benda sunat yang elok diamalkan seharian, macam cara keluar masuk bilik air, kaki mana kena didahulukan, things like that. Rupanya dia tengah call Mak dia, dia ceritakan benda-beda yang aku ajar dia tuh. Tersentuh jugak hati aku sebab small things like that (bagi kita lah kan?) biasanya kita take for granted aje, tapi rupanya dia ceritakan kat Mak dia, dia ajar Mak dia. So, baru lah aku tahu yang selama ini Amir-Bosnia ingat benda-benda yang aku ajar kat dia tuh. That's good.