Wednesday

Hari Ke 10 (Sabtu 1/5)

Lepas breakfast tadi baru lah tamat Surah Al Maidah. Juz 5. Lambat gayanya nak habiskan satu-satu Juzuk pasal aku baca translation dan huraian nya sekali, macam baca double gitu. Lagipun sekarang aku dah mula aktif, mula banyak aktiviti, dah kurang melepak kat bunk macam dulu.


Dalam sehari adalah at least 2 jam baca Quran (mula dulu tuh dalam 4 jam kot?), 2 jam tulis blog. Tapi most of the time (sesambil baca atau tulis tuh) termenung aje yang lebih. Biasalah kan, sesambil meniarap, sesambil kaki kdigoyang, sesambil tenung kat siling, sesambil pensil ditongkat kat dagu) bila baca Quran dengan translation dia sekali baru macam terasa sebab akan masuk dalam hati segala bentuk pengajaran. Kalau dulu biasanya baca tanpa faham maksud isi kandungan, tapi sekarang nih baca terjemahan dalam keadaan aku yang serba kekurangan dan menginsafkan, every single word tuh sungguh menusuk kalbu. Segala persoalan dan jawapan pasal hidup mati, yang selama ini aku ingat aku tahu tapi sebenarnya tak, semuanya tuh ada dalam Quran. Semuanya tuh buat aku insaf, semuanya tuh buat airmata aku tak pernah kering.

Harinih hari ke sepuluh aku di Detention Center nih dan dalam sepuluh hari nih airmata aku asyik keluar aje. Hari aku ditangkap dulu tak ada pun aku mengeluarkan airmata tapi sejak aku ditahan nih, airmata aje yang menemankan aku di waktu aku sorang-sorang, masa sebelum tidur, masa baca Quran, masa tulis blog. Nampak gayanya airmata aku akan sentiasa jatuh ke perut for a few more months.

Panas cuaca harinih so lepas dinner aku keluar ke rec-yard. Aku biasanya kalau keluar, aku keluar lepas dinner sebab masa tuh tak lah ramai sangat orang. Yang ramainya masa lepas lunch sebab masa tuh diaorang main basketball, handball etc. Aku ada nampak dua nuka Asia kat Unit B2, so dari luar pagar tuh kitaorang sembang-sembang (macam dalam film The Boy In The Striped Pyjama aje gayanya) lah, dua-dua nya dah berumur, dalam 50an dan akhir 60an. Sorang tuh dari Laos dan yang sorang lagi orang Vietnam. Kedua-duanya ditahan pasal immigrasi, semuanya dah ada anak cucu kat US nih. Geram aku kat Vietnamese bila dia tanya aku itu ini, sambil geleng-geleng kepala dia kata, "You wasted your life, man".

Fuck! I don't need him to tell me that. Semua orang tahu, kan? ekekekekek Aku tahu yang di mata kasar memanglah aku nih membazirkan hidup aku. Membazirkan waktu. Tapi ada kalanya waktu aku membazirkan waktu nih, aku buat benda yang baik. I raise to the ocassion kadang tuh. Then again benda-benda gitu don't count pasal "matlamat hidup di dunia" (bekeluarga, settle down, ada good carrer, ada rumah, kenderaan etc) aku tak dapat capai.

So aku sembang dengan lelaki tua Laos tuh pulak lah. Sekor lagi, buat susah hati aku aje. Dia kata yang masa aku dideport nanti, tangan, kaki akan digari sepanjang waktu, akan ada 2 Marshalls yang akan mengiringi aku untuk diserahkan ke Immigrasi Malaysia di KLIA nanti. Dan di Malaysia nanti aku akan dipenjara for a month or two sebelum dibebaskan. Takut aku jadinya mengenangkan yang kat Malaysia nanti aku akan dipenjara. Tau aje lah keadaan penjara di Malaysia, faham-faham ajelah polis kat Malaysia, kan? Tah-tah aku akan disksa sampai mati nanti.

Itu yang peliknya, kesalahan aku sebab overstaying kat Amerika, apa pasal pulak kat Malaysia nanti aku akan dipenjara jugak?Apa-apa lah, aku dah tak nak kisah sangat dah, what with dengan keadaan yang macam nih, helpless dan tak boleh buat apa-apa. Aku akan terima aje nanti if that's the price I have to pay.

First time aku sembang dengan Jose-Cuba yang kat bunk sebelah aku. Dia nih senyap orangnya, jenis yang sorang-sorang. Tak pernah sembang pun dengan Pedro-Congo atau Xavier-Puerto Rico, dua-duanya jiran sebelah bunk kitaorang. Mungkin sebab dia keletihan, dia nih kerja kat kitchen dari 5-30 am sampailah 1 pm dan petang-petang dia tidur, malam pulak dia yang pertama tidurnya. Hebat kisah dia, mine's nothing compared to his. Itu yang best nya kat sini, semua orang has their own stories to tell, semua orang ada cerita tersendiri. Yang hebat, yang menggerunkan.

Masa maghrib sama Isyak tadi diaorang suruh aku jadi Imam sembahyang. Biasanya Ahmed-Somalia yang jadi Imam, kadang-kadang aje Nasir-Iran atau Keita-Sierra Leone, atau Mohamed-Guyana yang jadi Imam. Tukar-tukar gitu. Shaban-Palestine sama Jihad-Morocco, diaorang nih susah sikit nak cakap, sembahyangnya cuma masa berjemaah dengan kitaorang aje. Tapi, selama aku ada di sini, cuma dua tiga kali aje yang diaorang join pun. So, faham lah maksud aku, kan?

Memang dari dulu lagi aku menolak kalau disuruh jadi Imam sembahyang tapi tadi aku rasa tak salahnya kalau aku lead the Prayer. Bukan apa, diaorang tuh aku macam tak yakin sangat lah. Masa sembahyang tu ok lah, tapi masa di luar sembahyang, masing-masing kemain lagi. Bukan niat aku nak mengumpat tapi sebagai pengajaran dan peringatan aje nih. Nasir-Iran tuh, dia nih mudah baran orangnya, selalu gaduh dengan orang. Bila Jihad-Morocco nak ikut sembahyang, Nasir-Iran terus tak nak join kitaorang sembahyang. Keita-Sierra Leone nih pulak, selalu menari-nari, terjerit-jerit sambil mencarut-carut. Yousef-Somalia pulak, tak adalah terjerit-jerit menyanyi tapi selalu menari-nari sebab lepas sembahyang aje terus tengok tv, channel BET, black music. Dan dia nih kalau sembahyang, pakai seluar pendek yang ditarik ke bawah sampai tutup lutut tuh aje. Mohamed-Guyana tuh pulak, badan penuh tattoo. Jihad-Morocco, dia nih di ban dari jadi imam for reasons unknown to me.

Tapi kan, aku rasa lah, bacaan Surah aku jauh lebih baik dari bacaan diaorang tuh semua (kecuali Shaban-Palestine sama Jihad-Morocco kot pasal diaorang Arab), tu pasal aku setuju to lead the prayers. Tu pasal Isyak pun diaorang suruh aku jadi Imam jugak sebab diaorang kata "lagu" aku best, especially masa baca Al-Fatihah. Aku baca tuh ikut style bapak aku bila dia jadi Imam, ayat ke 5 dan 6 disambung sekali baca. Tengoklah nanti kalau diaorang suruh aku azan, aku nak azan style bapak aku jugak. Aku ingat lagi dulu waktu bapak aku azan kat surau, ramai orang yang tengah melepak tuh kata yang azan bapak aku macam azan dalam filem Semerah Padi.

Sampai ke Subuh aku tak boleh tidur. Asyik fikir pasal apa yang Mamat Laos cakap kat aku siang tadi. Aku jadi macam takut-takut aje. Patah semangat aku. For the last few days aku rasa macam tenang aje, aku akan terima aje apa yang come my way tapi nampak gayanya laluan aku masa kat Malaysia nanti akan lebih parah dan menyusahkan dari laluan yang aku tengah tempuhi sekarang nih.

Selama ini aku tak ada fikir sangat pun apa yang aku akan buat first bila dideport balik ke Malaysia nanti. Aku cuma tengah fikir macamana aku nak dapatkan about $8000 yang aku invest kat Managed Forex kat a few online companies tuh. Sebab semuanya akan mature in a few days dan it is impossible untuk dapatkan balik funds tuh sebab aku nanti dah berada di Malaysia. iIu yang paling aku ralat sangat tuh. Bilik sewa kat New York, duit about $1500 yang aku sumbat kat besi meja (emergency punya duit), barang-barang aku, itu semua aku tak peduli dah semuanya burn gitu aje lah. Tapi yang $8000 tuh mungkin masih ada peluang, duit tu aje lah yang aku cadang nak buat modal untuk memulakan hidup baru di KL nanti. Without that aku tak tahu lah macamana. Yang ada cuma $2650 kat bank NekRock, duit tu ajelah untuk aku berkelimat nanti. So basically hidup aku akan jauh lebih susah nanti nih. Aku serah semuanya pada Tuhan, and again, if that's the price I have to pay then let it be.

Tapi, deep down aku tak risau sangat. Aku percaya yang Tuhan Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pemurah. Maha segala yang baik-baik. Sebab aku selalu baca semua tuh dalam Quran.

Dan airmata aku pun mengalir lagi.