Saturday

Hari Ke 65 (Jumaat 25/6)

Tak lena aku tidur semalam, mimpi pun yang bukan-bukan aje. Sebab banyak fikir pasal semalam punya hal lah, dengan Court Hearing aku yang ditunda, dengan kemungkinan akan ada masalah dapatkan travel doccuments macam yang Amir-Bosnia tengah pening sekarang nih, dengan cerita Ky-Vietnam/US yang kata mungkin akan berbulan-bula lagi kitaorang kat sini sebab diaorang nih boleh kasi new charge any time aje lepas 30 days, 60 days or even 90 days punya review. Aku mula terfikir yang Consulate Malaysia tak akan keluarkan aku travel document pasal aku tak ada birth cetificate.

Terbawak-bawak sedih tuh, sampai masa jogging, aku banyak jalan-jalan aje , sambil aku biarkan airmata aku bergenangan. Mengapalah hidup aku nih susah. Aku tahu yang aku sengaja cari susah tapi not this kind of susah yang aku cari. Ini jenis susah yang teramat susah, susah yang susah nak cari jalan penyelesaiannya. Tapi tak apa lah, susah-susah aku cari susah, biarlah aku terus bersusah. Aku tak nak lagi fikir pasal semua tuh, aku akan hanya fikir pasal Court Hearinfg aku and I'll take everything from there.

Duduk kat sini yang tak tahu hujung pangkal bila akan dibebaskan, itu yang selalu buat ramai yang mudah flip out tuh. Sakit perut aku gelak bila Parminder-India kata yang pagi tadi dia gaduh dengan Dr Pickens masa kat Medical Department. Dia kata dia nak mintak ubat tidur sama a few ubats lain tapi Dr Pickens macam layan tak layan aje dia, Dr Pickens macam tak nak kasi dia apa-apa ubat.

Bengang, dia hentak meja Dr Pickens sambil kata, "Fuck you, Bitch!. Lepas tuh terus dia keluar. Guard tahan dia, dia kata, "Fuck you too". Tak pernah aku imagine yang Parminder-India boleh jadi marah macam tuh tapi dia kata yang dia nih walaupun nampak pendiam tapi kalau masa dia marah, memang dia betul-betul marah. Dia kata, kalau kat rumah, dia yang jenis akan hempas tv, barang-barang, kalau bini dia salah belikan dia beer, for example.

Aku bengang jugak kat segerombolan Latinos (budak-budak South Americ) yang selalu berkerumun kat bunk Dexter-Jamaica nih. Diaorang tahu yang Dexter-Jamaica tuh bapok, diaorang tahu yang dia suka layan diaorang, selalulah diaorang berkerumun di situ. So bila Dexter-Jamaica kena kacau, kena raba (I'm sure dia suka sangat), mulalah dia jerit-jerit kononnya mintak tolong dari aku, neighbor terdekat dia. So bila aku terjoin dengan gerombolan tuh, diaorang pun macam main-main dengan aku, pegang-pegang ketayap aku, usik-usik kepala aku yang botak nih sambil buat lawak bodoh-bodoh. Tapi tak ada lah aku flip out.

It's confirmed yang Edil-El Salvador sama mamat Honduras dan mamat Guatemala akan bebas, dideport Isnin nanti. Tiga-tiganya baik dengan aku, ayooo, sedih pulak jadinya. Ada 2 orang baru, sorang British dan sorang lagi Mexican yang gantikan tempat Adin-Mexico.

Masa Muslim Service harinih ImamKhan-Pakistan kasi Khutbah pasal sembahyang sunat (dia selalu tekankan pasal sembahyang Witir wajib. Setahu aku Witir tuh sunat aje tapi dia kata itu sunat yang wajib, witir wajib), zikir dan doa. Sebijik macam apa yang sembangkan dengan aku dua tiga hari lepas. Ada training untuk staff baru harinih, so masa nak masuk gym, masa selesai Muslim Service, sebelum dibenarkan balik ke Unit masing-masing, kitaorang disuruh bukak kasut, stokin semuanya. Biasanya setakat taruk tangan kat dinding, kaki dispreadkan, dan diaorang raba sana sini aje, tapi tadi tuh beria sangat diperiksanya.

C.O DioGuardi kata yang tariff/harga menalipun dah dinaikkan dari $0.15 ke $0.25 seminit untuk cellphone. Kalau land line tak lah semahal itu. Nampak gayanya akau kena berjimatlah pasal mahal sangat tuh kalau 25 cents seminit, kan?

Masa lari-lari sama Ky-Vietnam/US petang tadi, dia kata kat aku yang tarikh 26 hb tuh bukannya dia punya Court Date, instead tarikh akhir dia (Lawyer dia) untuk submit dia punya Plea Agreement. Dia selalu comparekan kes aku sama kes dia sebab kitaorang punya kes nih lebihkurang sama walaupun dia punya tuh agak berat since dia nih American citizen.

Ky-Vietnam/US sama Amir-Bosnia kata yang diaorang perasan yang aku macam a little depressed in general. So diaorang cuba berlawak dengan aku, sembang bodoh-bodoh. Ky-Vietnam/US kata dia nak convert, dia kata dia tak ada ugama, then aku kata apa pulak nak convert kalau tak ada ugama, kan?

I made a resolution to keep my hopes shiny.
I’ve got my cloth.
And God knows I’ve got the time.
I’ve got blood, sweat and tears in my pocket,
But I’ve got roti canai, Central Market and teh ais in my mind.

And now,
my friend,
now that’s all they are.


Bengang jer Amir-Bosnia kat aku pasal dia kasi aku cookies, lepas tuh aku kasi kat mamat Angola. Aku nak buat macamana, mamat Angola tuh mintak kat aku sambil kata, "I am hungry, I am hungry" (yang bunyinya macam "ayam hungry, ayam hungry"). "Brother, you cannot be too soft, we are in jail!", kata Amir-Bosnia sambil tepuk bahu aku.

Since Pedro-Congo dah bebas, yang ambik alih conducting Bible Study tuh Mamat Dominican Republic, semakin kecik dah aku tengok congregation diaorang, tak sampai 10 orang dah yang tinggalnya. I never like that guy actually, sebab dia dah 2 tahun lebih kat tahanan nih, he acts as if he owns this place.