Monday

Hari Ke 26 (Isnin 17/5)

Lepas breakfast aku tak tidur dah sebab nak tunggu nak bercukur. I was so skeptical at first tapi dengan 2 razors murah yang tumpul tuh, with a little of shaving cream, botak jugak kepala aku akhirnya. Banyak luka-luka, bertompok sana-sini kepala aku sebab tak dibotakkan licin habis, kena repair lah esok.

Impressed betul aku kat Dexter-Jamaica nih. Ramai yang kata, “Man, you look ugly”. Aku gelak aje, aku katalah yang aku dalam jail, apa yang nak dikisahkan sangat. Lagipun “I'm already ugly”, aku kata gitu. Kasi Dexter- Jamaica satu chicken noodle soup sebagai tips. Kena tunggu Khamis lah baru dapat barang Commisary yang dia order semalam tuh sebagai upah dia botakkan aku.


“You look like Gandhi”, kata Parminder-India. Sejak tuh semua orang panggil aku Gandhi.


Aku sedih jugak harinih sebab ada satu Mamat Mexico yang masuk sini tiga empat hari lepas tuh dibebaskan. Dia nih pendiam, baik dan selalu ajar aku Spanish sebab aku sorang aje yang sembang dengan dia sebab dia tak reti English. Dia tak beritahu sapa-sapa pun pasal dia nak dibebaskan, dia cuma kasi aku sorang jer tahu, masa tuh kitaorang tengah makan jajan, bila C.O panggil dia (aku jadi translator).


Pedro-Congo, si Preacher yang kat bunk bawah aku nih serious sangat orangnya. Taklah annoying tapi sedikit sebanyak dia nih macam Rasta-Guyana. Bila orang nak bergurau dengan dia, panjang lebar dia kutuk orang tuh, tak ada sense of humor langsung. Tadi dia sembang dengan aku, dia ceritalah pasal keseseriousan dia tuh. Aku beritahu dia yang aku pun serious jugak orangnya (dia pun setuju) tapi masa aku gelak, aku gelak gila-gila punya gelak. Dia kata yang dia tak reti nak buat lawak. Itu yang dia mintak nasihat dari aku sebab dia kata dia suka style aku, masa aku serious, aku betul-betul serious tapi masa aku gelak, masa aku melawak, orang suka berkawan dengan aku.


Ada satu Mamat Mexico nih, kesian pulak aku kat dia. Dia masuk sama dengan Mamat yang bebas pagi tadi, then dia dibebaskan. Tiba-tiba muncul balik kat Unit nih, dan dia punya wristband ditukar, dari hijau sebelum nih, le wristband kaler oren. Maknanya, dia ada new charge.