Friday

Hari Ke 37 (Jumaat 28/5)

Cadangnya nak tidur lepas breakfast tapi awal-awal tuh dah ada C.Os dari Unit lain yang buat random raid. Kat area bunk kitaorang aje diraid nya, 4 bunks aje. Dapatlah diaorang susu, dapat satu aje yang aku sorok bawah tilam. Satu lagi aku sorok dalam stokin yang aku gulung-gulung. Setiap hari aku sorok dua kotak susu sebab nak kasi kat Parminder-India untuk buat teh lepas lunch dan dinner nanti. Banyak jugak harta rampasan yang diaorang dapat dari Xavier-Puerto Rico sama Pedro-Congo, iyalah kan, diaorang nih gang elite, diaorang dapat banyak makanan.

Lepas bercukur, aku ke rec-yard, tak ada orang pun masa tuh. So aku lari-lari sekeliling yard tuh. Berpuluh rounds aku lari, dalam sejam lebih sikit aje. Best jugak rasanya lari sorang-sorang gitu, tak ada orang kacau.

Semalam aku ada request a few clothing items tapi C.O tak kasi semuanya. So tadi aku suruh Dexter-Jamaica yang tolong requestkan, dia yang filled-in the form sebab dia nak soup so aku kata yang "You have to work for it", so itu yang dia tolong aku tuh. Banyak pulak benda yang dia request sedangkan aku nak t-shirts dan selipar aje.

Sempat baca Quran/Terjemahan lepas head count pukul 11-15. Dah masuk Juz 30, hopefully esok boleh khatam. Lepas tuh aku tulis benda-benda yang kena dibaca dalam sembahyang, nak kasi kat Amir-Bosnia. Patutnya dia yang tulis sendiri, itu lagi senang tapi dia kata dia tak ke sekolah sejak keluarga dia pindah ke Amerika masa dia umur 15 tahun so dia tak berapa reti menulis. He speaks perfect English by the way.

Besar kontigen Unit C1 yang pergi Muslim Service harinih, 11 orang semuanya. 8 Brothers, Espinoza-Guatemala, Max The Lawyer dan Raymond-Haiti. Parminder-India tak datang walaupun aku ada registerkan nama dia, sebab kawan-kawan dia pun tak datang. Aku rasa diaorang tak nak datang dah Service pasal diaorang bertiga (dua lagi Singhs dari Unit B2) tiap-tiap hari sembahyang diaorang. Diaorang bertiga baca kitab kat tepi pagar tuh, lead by this Singh Unit B2 yang turbannya besar ya amat.

Amir-Bosnia sembang dengan 2 other Bosnians, sorang tuh kawan dia sejak kecik, yang kebetulan dipenjara sama-sama masa di Missouri dulu, dan dihantar ke sini pun sama-sama. Samir namanya. Yang sorang lagi namanya Amin. Boleh senang kenal diaorang nih Bosnians sebab penuh tattoo kat badan masing-masing.

Raymond-Haiti tanya aku, "How was the service?", lepas balik dari Sembahyang Jumaat tuh. Aku katalah yang I was having trouble understanding. Dia kata patutnya ada Imam yang dijemput dari luar, macam Christian punya service, ada Priest yang didatangkan dari luar walaupun dah ada Deacon khas untuk Detention Center nih.

Aku rasa aku nak buat baik lah dengan Raymond-Haiti nih, kalau dia mintak apa-apa lagi untuk aku belikan (ituhari dia suruh aku belikan dia sabun), aku boleh beli kan kot. Iyalah, mana tahu satu hari nanti terbukak hati dia untuk masuk Islam. (Tunggu entry Hari Ke SeratusLebih kalau nak tahu apa jadi kat dia nih akhirnya)

Tah pasal apa tapi mewah aku dengan buah-buahan masa dinner tadi, dapat 5 bijik epal dan a few oranges, aku ambik jer sapa-sapa kasi. Then aku agih-agihkan kasi Amir-Bosnia, Dexter-Jamaica, Parminder-India, Luis-Ecuador dan Ky-Vietnam/US sebab diaorang ni ajelah kawan aku.

CoolieBoy-Guyana mintak nak guna talipun account aku sebab nak menalipun, serba salah aku menengoknya sebab dia yang kasi serve makanan. Kalau aku buat baik dengan dia, sure dia kasi aku extra foods, buah ker, aiskrim ker. So aku kasi lah dia guna. Tapi itu lah, janjinya nak menalipun sekejap aje tapi dalam 45 minit dia bergayut. Dia nak kasi aku sekotak oatmeals (like half of the price) tapi aku ambik 5 bungkus aje (setengah kotak)