Sunday

Batavia, Here I Come! (Hari KeSatu)

Kotor tempatnya balai polis tuh, macam jail. Memang jail pun, jail sementara, holding center untuk orang yang baru ditangkap sebelum dihantar ke mana-mana tempat tahanan yang lain. Jail perhentian/persinggahan gitu. Lepas diambil gambar, difinger-printed etc aku dipakaikan gelang, wristband.

Rasa lega jugak aku tengok ramai pesalah-pesalah yang lain yang kebanyakannya gagak. So bukan aku sorang jer lah yang jahat, ramai lagi yang jahat rupanya.Yang lawaknya, kat setiap celah besi penjara tuh, ada jer muka yang terjengul.

Punyalah sejuknya kat jail yang amatlah kotor dan busuk tuh. Mamposlah kalau aku akan spend the night kat situ pasal aku dah tak ada jacket, cuma pakai t-shirt nipis tuh aje. Ada dua inmates lain yang asyik mencarut aje kerjanya, sorang gagak dan sorang lagi Mat Salleh. Tak lama lepas tuh kitaorang dikasi makan, pasta sama susu. Dalam sesejam gamaknya lepas tuh barulah dikasi jail uniform, selimut dan bantal. Then 8 orang semuanya, kitaorang dibawak ke bangunan lain, masing-masing disuruh masuk ke lokap kecik yang ada katil, tilam dan sink. Lega aku sebab menengokkan inmates yang lain, diaorang tuh dahlah kebanyakannya gagak, jenis yang bertattoo seluruh badan, fresh from the hood punya gang. Kalau disontotnya aku, harus berak lawas seumur hidup ekekeke

Lena aku tidur malam tuh, tak sedar pun ada Officer ketuk cell aku dan beritahu yang ada Officer lain yang akan bawak aku keluar dari situ dalam masa 15 minit lagi, so sempatlah aku berak dan cuci muka etc. Dikasi breakfast dulu, awal pagi lagi rupanya sebab ada tingkap kecik kat cell tuh, aku sempat intai keadaan kat luar penjara. Sementara tuh aku dipindahkan ke lokap kat tingkat bawah, ada banyak lokap lain kat floor tuh. Kat lokap yang aku masuh tuh ada satu Mat Salleh yang teramatlah gemuknya, 4 kali saiz aku at least, tengah tidur kat bench. So aku pun cuba lelapkan mata jugaklah.

Tak lama tuh kitaorang berdua diiring ke kereta polis, dibawak ke Court yang semalam tuh. Kat situ pun kitaorang berdua dimasukkan ke lokap yang sama. Di sepanjang menunggu tuh (tunggu apa pun aku tak tahu) adalah tiga empat banduan yang beruniform jalur-jalur dan jugak detainees beruniform oren dibawak masuk ke lokap kat sebelah.

"You can have my bacon", aku kata gitu kat Mat Salleh tuh, aku tahulah yang kalau setakat ration yang dikasi tuh, takat celah gigi Mat Salleh tu aje. Lepas tuh kitaorang tak sembang apa pun, dia kat bench sebelah sana, aku baring kat bench sebelah sini. Tengah melepak-lepak tuh, Officer nih bawak sorang lagi tahanan. Mat Salleh, macam orang kerja kat Wall Street aje gayanya, sure dia ditangkap masa kat office. Kes apalah Mamat nih, tanya aku dalam hati. Mulanya kitaorang tak sembang apa-apa pun tapi bila aku tengok yang resah aje dia, dan tak melepak macam kitaorang, so aku tanyalah dia, "What brought you here?".

Teruslah dia cerita pasal dia. Dulu dia ditangkap pasal tanam marijuana kat basement rumah mak dia, then dia pernah dipenjara, masih under probation. Tapi tadi tuh dia ditangkap pasal driving under influence. Dia kata dia masih ada 8 bulan aje lagi jail term, lepas tuh dia akan bebas dari semua charges. Mamat tuh Polish (Martin), dia ada dual-citizenship dan bila aku kata yang dia gaya macam very educated, so mulalah dia cerita dengan lebih detail pasal dia. Dia kata dia pernah duduk Afrika, Europe, dan dia boleh hidup kat mana-mana aje provided ada internet connection.

Dia nih programmer/hacker dan for the past 2 years or so dia buat Forex. Dan bila dia tau yang aku pun minat Forex, so makin rancaklah kitaorang bercerita dan semakin aku tahu yang dia nih banyak sangat persamaannya dengan aku. Dia nih suka mengembara, tak ramai kawan, dan kawan yang dia ada semuanya kata dia nih gila. Itulah aje yang membezakan antara aku dengan dia. Sebab kawan aku tak pernah pun kata aku nih gila. Takat "ko nih pelik lah" tu ada lah. Then bila dia kata "gila" maksud kawan-kawan dia tuh sebab dia suka buat something sesuka hati, without proper planningetc, macam-macam yang dia dah buat, programming, hacking, e-baying etc tapi semuanya ditinggalkan gitu aje. Pasal dia mudah bosan. Laaa, that sounds so familiar ekekeke.

Dia nih jenis yang tak kisah kalau dapat duit sikit atau kalau hidup tak comfortable asalkan dia happy, daripada ada banyak duit tapi hati gundah gulana. Laaa, itu lagilah familiar nya!

Best jugak sembang sama Martin-Poland tuh, tak terasa pun masa berlalu. Dia agak-agak yang kitaorang akan ditempatkan kat Detention Center yang sama, dia nih experienced, iyalah, marijuana grower lah katakan. Betul rupanya tekaan dia, kitaorang, together with a few others di bawak secara konvoi ke Buffalo Federal Detention Facility kat Batavia, western New York, lebih kurang 45 minutes from Buffalo.
Dah sampai tuh, banyaklah procedures dan processesnya yang kena diikut, banyak forms yang kena diisi, kena disuntik, difinger-printed, diambik gambar, dikasi new wristband. Kaler oren wristband aku, maknanya aku dikategorikan sebagai tahanan Kelas 2, yang ada Criminal charge.

Tapi masa tuh jugak aku sempat sembang dengan a few penghuni baru yang macam aku. Sorang tuh dari Mexico, dah 15 tahun kat US, semua family dia ada di Amerika, dia ditangkap kat Greyhound Bus Station masa dalam perjalanan dari Chicago ke New York City. Sorang lagi Mamat Sri Lanka, dari Buffalo, ditangkap kat apartment sebab dapat info dari company tempat dia apply kerja.

Dah siap pendaftaran semuanya, dikasi uniform. Ya Rabbi, kat tengah-tengah orang ramai (Officers diaorang lah) disuruh bogel, duduk mencangkung, lepas tuh angkat tapak kaki, lepas tuh disuruh bangun dan selak kote sampai nampak pangkai telor. Tak kira malu dah masa tuh, buat aje apa yang disuruh. Masa selak kote tuh baru lah aku teringat kat King Mongkut sebab masa aku kerja jaga dia, masa lepas buat catether kat dia, gitulah aku kena selak kote dia sebab nak kering dan kasi taruk bedak. Cuma yang bezanya, kali ini aku kena selak kote sendiri, daripada selak kote orang, so kira ada peningkatan lah tuh kan?

Lepas pakai uniform penjara kaler oren tuh aku dikasi bantal, sarung bantal yang berisi cadar, tuala dan jacket. Jugak t-shirt putih, underwear etc. Pakaian aku dimasukkan ke dalam plastik dan disimpan kat stor penyimpanan. Aku perasan yang underwear/seluar aku berbau hancing aje, sure aku terpancut kencing masa kena tangkap semalam tuh kot ekekekeke

Then disuruh masuk kat bilik menunggu yang lain, sebab akan disuntik sekali lagi. Panik jugak aku sebab aku pernah baca kes tahanan Indonesia yang saman Kerajaan Amerika pasal kasi suntikan dadah kat dia.

Dari Processing Department ke Unit tempat aku akan bermustautin tuh tak lah jauh, within the main building itself. Aku ditempatkan kat Unit C1-149. Martin-Poland pun kat Unit yang sama, so happylah jugak aku sebab akan ada kawan, walaupun aku tak tahu samada aku akan boleh jumpa dia atau tidak. Unit C1 nih semuanya Federal offenders belaka, semuanya yang beruniform oren.

So aku sama Martin-Poland aje lah yang diescort ke C1 yang bila dibukak aje pintu (banyak pintu lain yang kena lalui sebelum tuh), ramai detainees lain yang sorak, yang cakap lucah-lucah, menakutkan kitaorang. Aku tak perasan sangat tapi yang banyak aku dengar, diaorang jerit "Vasalina para mi", maksud dia ubat pelincir untuk aku, in Spanish. Maksud diaorang, ubat pelincir yang nak ditaruk kat bontot lah tuh. Sebijik macam dalam wayang dan cerita kat tv, bila ada inmates baru, diaorang semua bersorak-sorak. Kecut perut aku bila ada sorang tuh ikut aku sampai kat tangga, tapi aku senyum-senyum ajelah, aku terus tuju ke meja yang ada 2 Officers tengah menunggu.

"Welcome aboard! Just ignore them, go do your bunk", lebih kurang gitu C.O Miss Fischer (Commanding Officer) kata kat aku lepas dia tunjukkan arah bunk aku. Martin-Poland punya bunk pun kat upper tier jugak walaupun jauh kat hujung sana tuh sedangkan aku kat hujung sini. Lepas pasang cadar etc (macam first time duduk hostel pulak rasanya) aku sembang dengan dia ajelah sebab detainees lain masing-masing sibuk melepak dengan urusan memasing, ramai yang tengah tengok tv (ada 2 tv, satu in English dan satu lagi in Spanish), ada yang main games (chess, domino, checker, ping-pong).

Ada dalam 64 orang detainees kat C1 nih, ramai yang Latinos dan gagak. Ada 4 atau lima muka Cina, 3 muka Arab dan selebihnya dari Eastern Europe. Bila diaorang tanya aku asal mana, ugama apa, dan bila diaorang tahu aku Islam, adalah tiga empat orang datang bersalam dengan aku.

Nasir-Iran yang kat bunk paling hujung tuh kata dia pernah duduk kat KL selama 2 tahun sebelum jadi refugee kat US. Macamana pun tak adalah aku sembang banyak sangat, tak ada pun aku tanya itu ini, walaupun itu hari pertama aku kat situ. Aku nak tengok dan ikut aje lah apa yang orang lain buat.

Masa tuh dah pukul 8 lebih so diaorang ajak sembahyang Isyak berjemaah. Ada 7 orang semuanya yang Islam, 1 Moroccan, 1 Palestinian/Canadian, 2 Somalians, 1 Iranian, 1 Guyanan dan 1 dari Sierra Leone.

Sedih dan sayu aje aku bila first time sembahyang pakai uniform oren tuh, kejap aje airmata aku terus turun bergelimpangan (*Ok, hari pertama aku dah start menangis keluar airmata, sampai hari ke berapa aku akan terus menangis? keluar air mata? Ekekekke). Lepas tuh aku terus melepak kat bunk aku (bunk atas). Lena aje aku tidur malam tuh.