Hujan lebat awal pagi nih so court basah, tak adalah orang yang buat exercise kecuali aku yang basah macamana sekalipun aku tetap nak jogging, nak jalan-jalan jugak. Biasanya adalah empat lima orang yang buat senaman, jalan-jalan pusing yard tuh for a few minutes.
Lama jugak aku sorang-sorang tuh, sejam lebih. Masa jalan-jalan tuh banyak berangan aje kerjanya, bila tersedar tuh barulah baca Surah apa-apa, zikir apa yang patut. Pastuh terberangan lagi, termengelamun semula. Masa zikir-zikir sesambil jalan keliling yard tuh, sebijik rasa macam masa buat Tawaf. Menginsafkan. Mengsyahdukan. Yang membuatkan airmata keluar pun, aku tak pedulikan aje.
Masa berangan/mengelamun tuh kadangnya aku tersenyum sendiri sambil geleng-geleng kepala bila mengingatkan yang how berubahnya aku sekarang nih. Berubah pemikiranlah maksud aku. Sekarang nih, for the last few days, masa aku berdoa, aku "bukak satu slot khas", aku bersyukur yang aku dijadikan begini. Aku berterima kasih yang aku ditangkap. Kalau itu ada lah untuk kebaikan aku, kalau itu ada lah untuk menyedarkan aku dari kelalaian aku selama ini. Aku bersyukur yang aku sekarang semakin mendekatkan diri dengan Tuhan, aku bersyukur yang aku sekarang "rasa lain", contohnya kalau masa berdoa, aku rasa dekat sangat diri dengan Tuhan. Kalau dulu, lepas berdoa lepas sembahyang sunat, dah macam malas dah nak berdoa betul-betul lepas sembahyang wajib. Sekali berdoa dah lah kan? But that was then. Sekarang ini aku rasa macam seronok pulak berdoa, a few times aku berdoa for every sembahyang, be it sunat atau wajib.
Kalau dulu aku tak faham sangat term "everything happens for a reason", tapi sekarang aku rasa faham sangat dah. Mungkin dulu aku lalai di sebalik New York city punya glitter. Alaaa, Don Henley pun ada kata dalam lagu New York Minute dia,
But men get lost sometimes,
as years unfurl
One day, he crossed some line,
and he was too much in this world
But I guess it doesn't matter anymore
Ha ah, it doesn't matter anymore, what with me kat Detention Center nih.
And for that very reason lah itu yang buat aku bersemangat nak balik Malaysia, untuk memulakan hidup baru. Dulu aku pernah kata yang aku tak akan balik Malaysia selagi aku tak berjaya, selagi aku tak ada something to make me feel proud of. Something to fall back on. Again, that was then.
Tak terlintas pun di pemikiran aku yang suatu masa nanti aku akan jadi begini, yang aku akan balik ke Malaysia straight daripada jail (dideport) with nothing but a shirt on my back. T-shirt yang orang kasi pulak tuh.
Besarnya kuasa Tuhan, kan?
Amir-Bosnia sakit, demam panas gayanya so dia tak join kitaorang sembahyang. Aku selalulah jenguk-jenguk dia yang terlentuk aje kat bunk, sambil pegang-pegang, rasa-rasa dahi dia yang panas tuh, sampaikan dia macam termalu, terus dia kata, "You are not my Mom!" Alah, aku orang Malaysialah Amir, kitaorang memang gitu.
CoolieBoy-Guyana nampak aku guna talipun, aku beli another $25 call time, so dia terus mintak nak guna phone. Selamba aje aku tak kasi, lantaklah, dia nak marah, tak nak tegur aku, apa aku peduli.
Nasir-Iran marah kat aku pasal masa tulis nama untuk Muslim Service Rabu dan Jumaat nih, aku cuma tulis nama aku, Amir-Bosnia dan Parminder-India aje, aku tak tulis pun nama orang lain. Aku beritahu yang aku tak tahu nama sebenar diaorang, tak kan itupun nak marah kat aku. Dia nih gitu lah, benda kecik-kecik gitu pun mudah nak dibesar-besarkan. Dia tak tahu, yang aku nih mudah sangat naik angin kalau dia tegur. Kalau dengan orang lain tuh aku boleh gurau, buat lawak aje tapi dengan dia nih aku memang tak sebulu langsung.
Dan masa aku register nama tadi tuh, aku ternampak nama Keita-Sierra Leone, dia registered untuk pergi Jehovah Witness punya Service. What's wrong with this guy? He's so confused.