Saturday

Hari Ke 42 (Rabu 2/6)

Sebab Isnin lepas cuti so harinih hari tukar linen, towels. Itu yang lepas breakfast terus tak tidur tuh sementara menunggu. So sembang-sembang sama Dexter-Jamaica, best dia nih sebab dia nih very knowledgeable, dia tahu banyak benda. Actually aku pun tahu banyak benda jugak, dan banyak jugak benda yang dia tak tahu tapi kitaorang selalu bertukar-tukar cerita.

Tiba-tiba ribut pulak sebab CoolieBoy-Guyana gaduh sama Mack-Ukraine, he's another pain in the ass kind of guy, selalu cari pasal. Sampai berkejar-kejar gaduhnya, siap C.O Schrimmel talipun C.Os yang lain, mintak leraikan pergaduhan diaorang. Kat sini itulah, gaduh aje kerjanya. Mungkin sebab masing-masing tension dengan kehidupan di sini yang tak tahu hujung pangkalnya tuh.
Masa jogging kat yard pulak, gang-gang Christian berbalah sama sendiri, yang dari Unit C1 nih argue sama Unit B2, melalui celah-celah pagar tuh. Tapi in Spanish lah sebab semuanya dari South and Latin America.

Orlando-El Salvador akan dideport very soon gamaknya sebab harinih a few times dia dipanggil ke Processing Department untuk selesaikan masalah travel documents dia. Siap bervideo-cobference dengan orang Consulate dia kat New York.

Walaupun dia nih baik dengan aku tapi aku suka jugak kalau dia cepat dideport pasal dia nih selalu gaduh sama Nasir-Iran. Lagipun kitaorang semakin tak suka dengan perangai dia yang asyik nak menang aje, be it masa main chess atau masa argue, dia nih jenis yang always has something to say, sentiasa ada excuses yang dibuat-buat. Dan semenjak dua menjak nih pulak dia jadi macam fanatik sikit, dia ke sana sini pegang Bible, asyiklah menyanyi lagu-lagu ugama, dan semua yang kitaorang buat, semuanya tak betul di pandangan mata dia. Kitaorang panggil dia WWJD, singkatan dari What Would Jesus Do.

Tak ramai yang datang Muslim Service harinih, dalam 30 orang semuanya termasuk non-Muslims. Jihad-Morocco baca Kitab, for like 10 minutes. Aku sama Amir-Bosnia pandang-pandang aje pasal last Jihad-Morocco sembahyang sama kitaorang, Zohor Isnin lepas tu ajelah. Lepas tuh, bila diajak lagi, ada jer excuse dia. Dan kat Unit pulak, suara dia ajelah yang didengar, gaduh sana sini, jauh sangatlah dari apa yang dibaca dalam Kitab tuh, tu pasal aku sama Amir-Bosnia jeling-jeling jer tuh. Jeling sebab pelik, apa pasal kat Service dia "alim" sangat tapi kat Unit, lain pulak kisahnya.

Malam nih nanti akan ada 4 orang yang bebas, yang akan dideport. Jack-Jamaica, mamat El Salvador dua orang, pastuh Sebastian-Mexico. Diaorang akan dibangunkan dalam 3 pagi gitu pasal diaorang akan dihantar ke York, Pennsylvania dulu, dari situ ada a few lagi yang akan join diaorang sebelum di terbangkan ke Texas. Dari Texas barulah dideport, mana yang dari Mexico akan dibawak naik bas immigration aje.

Aku dah pernah tengok Detention Center yang kat York tuh, sebab masa aku duduk di Philadelphia dulu, aku ada ikut gang Indonesians yang kerja kat kilang di sana, betul-betul sebelah York punya Detention Center tuh.

Amir-Bosnia kata yang travel documents dia belum diapproved, maknanya akan lama lagilah dia kat sini. Dia ingatkan dalam seseminggu aje sebab dia dah pun habis jalani hukuman penjara di Missouri, dan di hantar ke Batavia nih untuk proses terakhir sebelum dideport. Tapi, bila dia talipun Embassy dia di Chicago, lain pulak ceritanya. Dia kata yang Officers yang manning the Embassy tuh Croats and Serbs, itu pasal diaorang macam lengah-lengahkan Bosnians punya applications.

Malam nih ramai C.Os yang datang ke Unit kitaorang, diaorang kata yang noise level kat Unit C1 nih tinggi sangat. Mana tak nya, gang Bible Study tuh dah melampau-lampau menanyinya, si Pedro-Congo tuh, kasi ceramah sampai terjerit-jerit. Tapi, diaorang punya group semakin berkembang.