Monday

Hari Ke 2 (Jumaat 23/4)

Aku sembahyang Subuh sorang-sorang aje pasal C.O yang shift malam tuh asyik perhati aje masa aku bangun nak ke bilikair yang tak berbilik tuh. Orang lain masih nyenyak tidur. Tak sambung tidur balik dah lepas tuh sebab rasa sayu pulak di pagi-pagi begitu, masa tu lah aku mula melayan perasaan aku.

Now that aku dah tahu yang aku akan ditahan lama kat sini, banyak benda yang sempat aku fikirkan. Aku terfikir pasal King Mongkut dan David, aku terfikir pasal AM sama NekRock, aku terfikir pasal my bilik sewa kat NYC, aku terfikir pasal aku yang dalam penjara, aku fikir pasal soon aku akan balik Malaysia. Macam-macam lah, macam tak percaya yang aku berkeadaan begini sekarang.

Dalam pukul 6-45 pagi breakfast disediakan. Ada ramai jugak yang tak bangun. Ok lah breakfastnya, cereal dan donut sebijik, cuma aku tak ada cawan untuk coffee. Ada 1 meja kosong yang tak diguna so aku sama Martin-Poland lah yang occupy meja tuh, betul-betul bawah tangga. Aku tengok, bermacam-macam perangai diaorang. Ada yang stacking up foods, mana yang jadi tukang serve makanan, banyaklah extra yang diaorang dapat sebab tak semua bangun untuk breakfast. Gang-gang dia pun murahlah rezekinya. Ada yang jenis tamak, pergi dari satu meja ke satu meja, kutip lebihan makanan orang, pastuh dibungkus.

Setiap tray dan sudu yang diguna akan dikira, sebelum dan sesudah digunakan. Then ada a few yang mula bersihkan meja dan lantai. Diaorang nih detainees lah, dibayar oleh pihak penjara. Tak tahu lah berapa gajinya tapi detainees yang kerja di dapur (for about 6 hours a day) dibayar $ 1 sehari, Nasir-Iran kerja di bahagian dapur, dia dapatlah $ 5 seminggu (kerja 5 hari).

Lepas breakfast masing-masing kebanyakannya sambung tidur tapi aku tak tidur pun. Instead aku melepak aje kat bunk, aku sandarkan bantal kat dinding sambil tengok ke arah reception, meja C.O. Semua aktiviti-aktivi dan segala urusan bermula disitu, nak apa-apa pun perlu direquest dari situ. Dalam pukul 8-30 pagi, masa untuk bercukur.Itupun kena isi form, kena beratur, pastuh dikasi pisau cukur murah yang harus dipulangkan balik dalam masa setengah jam later. Dah riga empat hari tak bercukur, aku dah jadi macam peserta Survivor aje gayanya, bermisai berjambang. Tak pernah aku tak bercukur lama sebegini, biasanya hari-hari aku bercukur. Baru aku perasan yang janggut aku pun dah ada uban sehelai dua, mulanya ingatkan habuk atau apa-apa, rupanya janggut.

Sementara tunggu lunch, melepak kat bunk ajelah, nampak gayanya itulah aktiviti hari-hari. Mamposlah kalau macam nih, aku punya Court Hearing 20 May dan menurut kata Lawyer, at least 90 days later baru aku dideport. Adusss, lamanya.

Dalam pukul 11 lebih dibuat head count. Dalam sehari ada 5 kali counts. Pukul 2 pagi, 6 pagi, 11 pagi 4-30 petang dan 11-30 malam. Yang pukul 4-30 petang tuh face-count, kena berdiri depan bunk masing-masing, lepas tuh diaorang akan check sorang-sorang sambil tengok gambar kat fail. Yang lain-lain tuh tak payah macam tuh, as long as kitaorang ada atas bunk (walaupun tengah tidur), itu sudah cukup. 2 orang C.O yang buat setiap kali head count.

Lepas tuh tak dibenarkan turun dari bunk sehinggalah pukul 12 (bila announcement dibuat), waktu untuk lunch. Shaban-Palestine beritahu yang aku boleh request untuk dikasi Kosher foods, so lepas makan tuh teruslah aku isi request form.

Again, bila makan tuh, insaf aje. Sedih aje bila tengok makanan. Bukan sebab makanan tuh tak sedap (aku makan sampai habis) tapi aku asyik dok fikir yang kalau selama ini aku tak pernah makan pasta, terpaksalah aku makan jugak sekarang nih. Tak ada pun makanan yang aku buang, roti kering pun aku makan jugak, cicah air putih. Teringat aje yang selama ini makanan aku mewah aje. Tak lah semewah mana tapi boleh dikatakan mewah lah kan, (sekali makan kat Room Service kat Chelsea dah dalam $ 20, itupun yang paling murah), asyik makan kat luar aje kan?

Harinih Jumaat so ada Muslim Service, cuma kalau nak ke mana-mana, nak join apa-apa, kena sign up at least sehari sebelumnya. Since aku tak tahu yang aku patut daftar semalam, so aku tak dibenarkan pergi walaupun senior-senior Muslim lain merayu kat C.O mintak aku dibenarkan join. Tak apa, minggu depan ajelah.

Aku perasan yang Martin-Poland pun macam aku, sendiri-sendiri, tak bercakap sangat dengan orang lain. So bila dia tengok aku sorang-sorang, dia datang sembang. Ada macam-macam ragam manusia kat sini, dari berbagai backgrounds dan nationalities. Ada yang bising tak tentu pasal, yang suka menjerit-jerit, ada yang diam, ada yang asyik menanyi aje kerjanya (diulang-ulang nyanyi lagu Eminem yang lirik dia goes something like this;

I'm sorry mama!
I never meant to hurt you!
I never meant to make you cry!
But tonight I'm cleaning out my closet!

Ada yang asyik main games, ada yang lepak depan tv kerjanya, ada yang langsung tak kisah hal orang, duduk sorang-sorang bercakap kat diri sendiri, ada yang terloncat-loncat menari, ada yang kat katil aje sambil menulis something, ada yang asyik baca Bible. Berlambak-lambak Bible kat Unit C1 nih, in English and Spanish. Mamat kat bunk bawah aku nih, Pedro-Congo (duduk kat Portugal), tersusun bertingkat-tingkat buku-buk pasal ugama yang dipinjam dari library. Orangnya senyap aje, asyik melepak membaca aje kerjanya. Badannya tegap macam pemain NBA aje, infact semua geng-geng dia nih badan tough-tough semuanya, macam ahli sukan semuanya. Dan diaorang nih "alim-alim" semuanya, Bible sentiasa di tangan yang penuh tattoo tuh.

Lepas lunch dan dinner, dibenarkan keluar ke recreational yard (rec-yard) kat belakang Unit. Tak ada lah luas mana pun tapi ok lah untuk lepak-lepak ambik udara luar. Kebetulan pulak lapangan rihat C1 tuh bersebelahan dengan Unit B2 yang semua penghuninya beruniform oren jugak, dan walaupun dipisahkan dengan kawat dan pagar besi tapi bolehlah sembang-sembang. Ramai jugak aku tengok yang bergayut-gayutan kat pagar, sambil sembang dengan member senegara masing-masing agaknya. Sebijik macam tv tu lah keadaannya. Aku tengok dan perhatikan jugak kalau-kalau ada muka asia lain yang familiar tapi cuma nampak dua muka Cina, orang Vietnam gayanya kot.

Nak menunggu masa nak tidur dalam pukul 11 tuh punyalah lama rasanya. Iyalah, dinner pukul 5-15 petang, lepas tuh dah tak tahu nak buat apa dah. So tengok orang main chess ajelah. Ataupun "tengok" tv yang tak ada sound (pasal kalau nak ada sound, kena beli headset yang harganya dalam $20). Martin-Poland selalu tanya aku, "Are you really watching tv?", bila dia lalu kat aku. Macam dia tahu aje yang aku nama aje tengok tv tapi fikiran aku melayang jauh tah ke mana tah.

Masalah riuh rendah terjerit sana sini aku rasa aku boleh handle kot tapi ada satu masalah nih yang aku rasa besar. Masalah kemaluan besar. Atau masalah besar kemaluan. Shower area dan jamban tuh open sangat. Dah lah tak ada pintu, semua orang boleh nampak. Dan kat Unit nih ada camera di merata-rata. Detainees lain selamba aje berak yang boleh ditengok oleh orang lain dan tempat shower pun kawasan lapang, diaorang selamba aje mandi bogel. Yang ada pemisah pun cuma satu dinding setinggi 3 kaki, memisahkan shower area dengan tandas. Itu aje. Dalam satu waktu, ada 3 orang guna sink, 2 orang berak, 1 orang kencing dan 1 orang mandi. Aku yang bab mandi tuh aku boleh tahan lagi sebab aku akan mandi pakai underwear atau short tapi bab nak berak kat tengah-tengah orang ramai tuh, bab tuh yang aku tak boleh handle tuh. Tengoklah macamana nanti.