Thursday

Hari Ke 60 (Ahad 20/6)

Harinih genap 2 bulan aku ditangkap, sekejap aje rasanya masa berlalu tapi lama sangat lagi nak tunggu Court Hearing aku, 20 Julai nanti. Tapi, aku nak buat macamana, terpaksa jugaklah sabarkan diri, kalau aku boleh tunggu 2 bulan, aku rasa aku akan boleh survive sampailah masa aku akan dideport nanti, which I do not know bila.

Aku kena penuhkan aktiviti seharian, tak nak sangat fikir pasal masa yang lambat atau cepat berlalu nih. It's all in my head sebenarnya, lagi pulak aku nih kan ker orang Islam, tak boleh nak susah-susah hati sangat fikir macam tak ada sesiapa yang boleh tolong. Tuhan kan ker boleh tolong?

Kejap aje lari pagi nih sebab keletihan lama buat cardio. C.O yang weekend nih biasanya lambat bukak pintu rec-yard, tu pasal aku terpaksa lama berkayuh basikal tuh. Lagipun aku nak guna talipun, itu yang dalam pukul 10 aku dah masuk semula ke Unit. Aku talipun Deo, sembang-sembang gitulah, tak ada news sangat pun, dia dapat kerja baru, kat tempat aku pernah kerja dulu tuh. Si DeLinn pulak nak sambung belajar kat KL. Semuanya nak pindah KL semula. Aku pun akan "dipindahkan" ke KL jugak soon, InsyaAllah.

Masa menalipun memang best tapi lepas aje menalipun tuh mula lah rasa macam tak best pulak. Rasa macam malu aje sebab mengadu kat orang, itu yang buat aku rasa macam tak nak menalipun dah lah, biar lama kelamaan orang akan lupakan aku. Aku boleh lupakan orang so hopefully orang pun boleh lupakan aku. Entahlah, itu cuma perasaan aku aje gamaknya, kalau pun aku tak menalipun sesiapa pun nanti tapi aku tahu yang hati aku meronta-ronta nak mengadu hal.

Part of our Unit was closed, kerja-kerja membersihkan lantai tuh semakin menjadi-jadi. Dari cuma menggilap lantai, sekarang dan menyecrap kotor-kotor, dicabutnya setiap keping tile, semuanya dibersihkan. Macam tak ada kerja lain diaorang nih, buang masa aje gayanya. Then again kat sini memang banyak masa yang boleh dibuang kan? Sampai tak terbuang kadang tuh.

So aku bawak Quran Terjemahan aku ke luar, hajatnya nak baca sambil berjemur tuh. Ada jugak aku tengok gang-gang Bible Study yang selalu baca Bible kat rec-yard. Tapi tak dapat baca lama pasal Ky-Vietnam/US datang kat aku, ajak jogging. "Let's run, Gandhi, I have so much in my head", kata dia.

That French guy Eric tuh, sungguhlah mengannoy aku sama Amir-Bosnia. Kitaorang main chess, dia datang nak main sama. Lepas tuh kitaorang berhenti main sebab tak suka main sama dia. Then bila aku main ping-pong, dia pun nak main sama, dan main tuh pun tak lama pasal aku tak suka, aku meluat sangat dengan cara dia (Amir-Bosnia dah lama blah nya atas sebab yang sama), lepas tuh bila aku komen sikit aje pasal dia, mulalah dia beria-ia bersyarah kat aku, mulalah dia naik angin. Bengang agaknya dia sebab tengah dia bercakap tuh, aku terus aje blah, walaupun tengah main.

Banyak jugak yang habisnya untuk order barang Commisary harinih, dalam 30 lebih. Cepat pulak habisnya teh dan kopi kitaorang sebab Parminder-India buat minuman untuk empat lima orang. Tak apa lah sebab semuanya tuh gang kitaorang jugak, kecuali Mamat Angola yang ada screw loose tuh. Aku order a few jajans untuk Edil-El Salvador pasal dia nih tak pernah order barang Commisary, dan dia tak pernah pun mintak apa-apa kat orang. Aku baru terperasan benarnya. Dia kata dia ada duit kat account penjara tapi duit tuh nak digunakan beli ticket bas bila dia dideport nanti, dari San Salvador ke kampung dia.

Melepak tengok tv aje malam nih, aku tengok Desafio, reality show yang macam Survivor tapi contestants dia dari negara-negara Amerika Selatan. Walaupun in Spanish tapi aku faham. Tengah tengok tv tuh, Eric-French datang kat aku, mintak maaf lah kononnya, dia kata dia nak berkawan dengan aku. Yang aku nak tergelaknya bukan apa, it shows yang what a big crap he is bila dia kata "I think you are one of the nicest guys here and I want to be your friend". Dia baru dua tiga hari kat sini, apa dia tahu pasal aku? Bukannya aku menyerlahkan diri pun.

Adin-Mexico kasi aku his contact number kat Acapulco, dia kata yang mak dia dah siapkan semuanya untuk dia. Walaupun dia ni dah ada anak bini tapi dia kata yang dia akan duduk sama mak dia, untuk sementara waktu, dia tak nak anak bini dia yang kat Arizona tuh ikut dia duduk di Mexico. "She makes good money here, I want her to be happy", kata dia. So aku janji yang aku akan talipun dia seminggu lepas dia dideport nanti. Rasa happy jugak aku sebab so far dia sorang aje yang beria-ia suruh aku contact dia, dia sorang aje yang kasi his contact number kat aku. Orang lain tuh janji aje, the moment diaorang bebas, semuanya lupa.