Awal pagi masa tengah tidur lepas breakfast, Luis-Ecuador kejutkan aku. Dia kata dia ada good news, dia dah dapat Lawyer baru dan Lawyer tuh akan appeal so that dia punya bond dikurangkan dari $20,000 ke $5,000 aje. Makna nya dia akan bebas soon lah, bila wife dia bayar aje bond, petangnya atau selewat-lewatnya esok pagi, dia dah dibebaskan dari tahanan.
Dia nih lah dalam ramai-ramai tuh, yang setiap hari asyik termenung, makan tak lalu, asyik teringat bini, asyik teringat anak. Mintak-mintak dia dapat dibebaskan secepat mungkin lah, bosan jugak aku, kalau dia sedih, aku pun jadi sedih.
Masa sembang sama Ky-Vietnam/US kat rec-yard tadi, dia asyik cerita pasal kes dia aja. Actually dia rasa macam kena perangkap aje sebab masa dia ditangkap, lepas disoal-siasat, bila dia mengaku semuanya (pasal legal papers dia), barulah towards the end tuh Officer tuh kata yang "You have the right to remain silent". Apa ke jadahnya cakap gitu bila dah lepas soal orang, kan?
Macam masa aku kena tangkap dulu pun gitu jugak, ditanya itu ini, disoalnya segala bentuk soalan, bila tak dijawab dicari jalan supaya aku jawab. Dan bila dah selesai tanya aku, bila dah confirmed yang aku mengaku salah aku, bila diaorang dah selesai semuanya, baru lah suruh aku sign this one form sambil beritahu aku yang I have the right to remain silent. So stupid of them. And so stupid of me too sebab terus terlupa yang aku ada right to remain senyap tuh. Tak apa lah, semuanya dah berlalu, whatever it is, aku ikutkan aje lah.
Muslim Service harinih 7 orang dari Unit C1 aku nih yang pergi. Ada satu mamat Bosnia (Amir namanya) yang baru masuk semalam dia mulanya nak pergi jugak tapi sebab tak register nama, itu yang tak dikasi pergi. Aku tak tahu pun dia Islam sebab badannya penuh tatoo, kat leher dia ada tulis besar aje, Only God Can Judge Me.
Kat Muslim Service tuh aku sembang dengan this one guy yang cacat kaki dia, kaki dia pendek sebelah so dia kena pakai kasut yang tebal sebelah. Dia nih beruniform merah, kesalahan yang ada melibatkan pergaduhan, violent gitu. Dia suruh aku sampaikan salam kat Keita-Sierra Leone, suruh dia datang for Muslim Service akan datang sebab mamat nih nak nasihat dia. Aku kata dah terlambat dah, sure nya Keita-Sierra Leone tak akan datangnya lah. Sekarang nih pun dia dah berubah, dari suka menjerit-jerit, mencarut, dia senyap aje, asyik pegang Bible aje sepanjang waktu. Kadang-kadang aje dia tegur aku, main chess dengan dia pun dah jarang dah, kalau dulu setiap lapang waktu sure dia ajak aku main chess. Dengan Brothers lain dia langsung tak tegur dah.
Sebab Isnin minggu depan cuti so harinih disuruh isi borang untuk order barang-barang Commisary. Raymond-Haiti suruh aku belikan dia sabun mandi 2 buku. Mak ai, sampai 2 buku, diaorang nih gitulah, suruh aje orang belikan diaorang barang.
Sebelum nak sembahyang Asar, ada macam perdebatan antara Shaban-Palestine dengan gang Bible Study, mamat Dominican Republic. Then Nasir-Iran sama Ahmed-Somali masuk campur. Aku biasalah, aku tengok aje, aku nih cetek pengetahuannya, tak reti nak berdebat nih. Menggossip aku tau lah.
Lepas 3 rounds main chess sama Parminder-India, kitaorang lepak kat rec-yard pulak. PakCik Laos yang kat Unit sebelah tuh terus beritahu aku yang Lau-Ipoh dah bebas tengahari tadi. Sedih jugak aku jadinya sebab cuma 2 hari aje dapat sembang-sembang in Malay. So sekarang nih aku sorang aje lah gamaknya wakil Malaysia kat Detention Center nih. Pelik aku sebab tak ada pun orang Indo kat sini, mungkin sebab sini dekat dengan Niagara Falls kot, diaorang nih jarang ke sini. Kebanyakan yang ditangkap semuanya yang kat Detention Centers lain, kat New Jersey for example, kat situ selalu ada Indonesians rasanya sebab dekat dengan Philadelphia yang banyak kilang tuh.
Masa nak masuk ke Unit, aku ternampak mamat Bosnia tengah melepak kat tepi pintu, duduk mencangkung aje. So aku tegurlah dia. Betul, dia Muslim, sambil dia tunjukkan tatoo gambar bulan sabit kat dada dia. Ya Rabbi, masa dia selak uniform dia tuh, penuh dengan tatoo kat badan dia, kat perut dia ada tulis besar aje nama family name dia.
Aku ajak dia join kitaorang sembahyang jemaah tapi dia kata dia tak berapa reti sembahyang. "I know Alhamdulillah and Tabbat Yada", kata dia. Aku kata aku boleh ajar dia sembahyang sebab dia cuma tak tahu apa yang nak dibaca aje. Tak lama lepas tuh Ky-Vietnam/US sama Dexter-Jamaica pun join sama, so aku dengar aje lah apa yang diaorang sembangkan dengan Amir-Bosnia. Dia nih duduk di Missouri dulunya, dipenjarakan kat sana atas kesalahan menculik. Banyak kesalahan lain, memang dia nih banyak pengalaman kat penjara, "jahat" orangnya. Cakap dia pun asyik mencarut-carut aje. Tapi for the last few months dia dah cuba nak fix kan hidup dia. 8 bulan di penjara di Missouri dia kata dia dah nak berubah, dia tak nak dah main dengan dadah, perempuan dan alcohol etc. Dia ada anak umur 4 tahun dengan bekas awek dia. Dia nih akan dideport balik ke Bosnia sebab tuh dihantar ke Batavia nih untuk proses terakhir sebelum dihantar balik.
Walaupun dia nih nampak macam "menggerunkan" di pandangan mata aku tapi aku rasa dia nih boleh didekati, boleh dijadikan baik, boleh balik ke pangkal jalan (ada pangkal ker hidup dia nih?), boleh dibimbing ke arah jalan yang betul.
Masa aku main chess sama Keita-Sierra Leone, Muhamed-Guyana sama Yousef-Somali asyik perli-perli dia aje. Diaorang kata jangan main sama Keita-Sierra Leone sebab dia nak ajak aku tukar ugama macam dia. Aku sengih aje lah.
Masa nak Maghrib tuh aku beritahu Nasir-Iran, suruh ajak Amir-Bosnia sembahyang, entah-entah terbukak hati dia nak ikut sama sebab petang tadi aku dah ajak dia. Nasir-Iran kata lah yang nampak sangat aku nih tak ada pengalaman hidup di penjara. Kebanyakan diaorang nih, kata dia lah, hipokrit, diaorang mengaku aje Islam sebab biasanya Brothers akan protect Brothers lain.
Dan for the first time, semua yang Islam kat Unit nih berjemaah sama-sama Maghrib tuh. Lapan orang semuanya, too bad Keita-Sierra Leone dah tukar ugama, kalau tak sure lebih ramai. Aku, Nasir-Iran, Yousef-Somali, Ahmed-Somali, Shaban-Palestine, Muhamed-Guyana, Jihad-Morocco dan Amir-Bosnia. Lepas sembahyang, Shaban-Palestine kasi ucapan, dia kata dia mintak maaf sebab tak join sangat kitaorang. Dia kata yang selepas ini dia akan sembahyang, walaupun tak ikut kitaorang.