Wednesday

Hari Ke 56 (Rabu 16/6)

Hujan lebat pagi nih so tak dapat langsung nak keluar untuk buat exercise. So aku guna cardio-bike aje lah, berkayuh lah aku sampai sejam lebih sampai lenguh-lenguh betis dan kaki aku. The rest of the morning terpaksa melepak kat upper tier sebab lower tier masih belum siap dibersih. Tak ada lah bosan sangat pun sebab ada jer orang yang ajak aku main chess atau bersembang.

5 orang jer yang pergi Muslim Service harinih, aku, Amir-Bosnia, Nasir-Iran, Yousef-Somali dan Raju-India. Parminder-India kata dia nak tidur, dia tak jadi nak join. Jihad-Morrocco kata dia tak dapat pergi sebab dia nak ke bilik air, tapi kitaorang tahu yang dia nak tengok World Cup.

ImamKhan-Pakistan yang jadi Imam Zohor, tapi lepas sembahyang tuh ImamAli-Somali kasi ucapan. Again, lantang dan bergema dan menggerunkan. Ada a few Brothers berdebat sama dengan this Guyanan guy yang bukan Islam tapi almost every Wednesday and Friday dia datang for Muslim Service. Masalahnya, dia berdebat dengan Brothers yang baru sesetahun dua masuk Islam, yang tak berapa faham/tahu pasal Islam. So dia banyak gelakkan aje diaorang tuh, he's quite a bully sebenarnya, orang macam takut kat dia pasal dia nih veteran, beruniform merah pulak tuh.

Balik aje dari Service, Nasir-Iran panggil aku ke bunk dia. Dia suruh aku jadi saksi yang Jihad-Morocco tak sesuai jadi Imam sembahyang Jumaat. Nasir-Iran kata yang Jihad-Morocco ada beritahu ImamKhan-Pakistan yang dia nak jadi Imam sembahyang Jumaat, tukang baca Khutbah etc. ImamKhan-Pakistan nih macam "lembut" sikit, dia tak sampai hati nak beritahu Jihad-Morocco yang dia tak nak Jihad-Morocco lead sembahyang. Atau ambik alih tugas Imam kat Detention Center nih.ImamKhan-Pakistan bukannya tahu sangat pasal Jihad-Morocco nih pasal diaorang bukan satu Unit. Aku yang seUnit nih, aku masak sangat dengan perangai Jihad-Morocco, aku memang tak percaya dia, I've met a lot of people, I've lived long enough nak beritahu yang he's the biggest hipocrite I've ever seen and I definitely do not want him to lead the congregation. You can fool me dengan jadi Imam kat Unit C1 tapi don't ever try to fool Brothers lain yang ada dalam 60 orang semuanya kat Detention Center nih.

Nasir-Iran setuju dengan aku bila aku kata Jihad-Morocco nih memalukan Islam. Orang kat Unit C1 nih, tak ada sorang pun yang suka dia, semuanya benci dengan dia, semuanya try nak avoid deal dengan dia. "That's why I want you to lead our Solahs, Brother!", kata Nasir-Iran, maksud dia, dia nak aku yang jadi Imam kat Unit C1 nih pasal once in a while Jihad-Morocco akan join kitaorang sembahyang.

Adin-Mexico asyik ajak aku main ping-pong aje petang nih, dia kata dia suka sembang dengan aku, dia memang dah lama tak sembang dengan orang. Iyalah kan, 7 tahun kat penjara. Lagipun, dia akan dideport Khamis minggu depan, so dia sempat lah cari nak cari kawan. Dia kata dia tak berapa suka berkawan dengan Spanish-speaking guys.

Aku tanya dia macamana process pemindahan dan pengdeportan detainees, things like, barang-barang, duit yang balance dari account. Dia kata yang masa bebas nanti, kitaorang akan dikasi maximum $200 in cash aje, selebihnya dikasi check. Peliklah aku pasal kat mana nak cash kan check tuh, sebab I'm sure ada orang yang tak ada bank account, kan? Aku for example, aku sure yang accounts aku yang kat Malaysia semuanya dah ditutup pasal tak aktif for sekian lama. Payah jugak kalau macam nih.

Aku tak perasan pun yang Raju-India dibebaskan hari nih. Patutlah masa Muslim Service tadi dia dipanggil ke Processing Department. Patutlah tak nampak dah kelibat dia, patutlah Parminder-India sorang-sorang aje, patutlah Parminder-India asyik cari aku aje.

Sejak Ahmed-Somali tak ada nih, kitaorang berempat ajelah sembahyang berjemaah. Jadi macam lebih akrab pulak kitaorang, sampaikan Amir-Bosnia pun banyak kali kata, "You guys are cool. You especially", sambil tepuk-tepuk belakang aku.