Monday

Hari Ke 68 (Isnin 28/6)

Tak ada siapa pun yang sedar pukul 3 pagi tadi masa Edil-El Salvador dideport, dia pun tak bangunkan kitaorang. Sedar-sedar aje tengok bunk dia dah kosong. Tapi dia ada tinggalkan his phone number kat bunk aku.

Berapa rounds aje aku lari harini, malas sangat rasanya. So jalan-jalan ajelah for about an hour. Sorang-sorang aje pasal Nasir-Iran sama Ky-Vietnam/US kata awal sangat pukul 8.30 pagi tuh kalau nak buat exercise. Dah siap buat cardio, dah mandi, barulah Ky-Vietnam/US ajak jalan-jalan kat luar for a few rounds, lepas tuh main ping pong.

Tengah main chess sama Amir-Bosnia lepas lunch, dia marah aku, dia bengang kat aku, pasal aku, sejak semalam asyik panggil dia Mommy's Boy. Sebab dia asyik-asyik nak menalipun mak dia. Nasir-Iran lah yang mula panggil gitu tuh, so aku pun terikut-ikut, ingatkan dia tak kisah. Tapi sebenarnya dia tak suka, dia marah, itu yang akhirnya dia kata dia betul-betul tak suka tapi tak sampai hati nak beritahu aku. Tapi ok balik lepas tuh pasal aku cepat-cepat mintak maaf.

Masa melepak kat luar lepas tuh, kitaorang sembang-sembang kat hujung, jauh dari pagar sebab tak nak sembang sama ImamKhan-Pakistan. Dia kata dia bosan dengan ImamKhan-Pakistan tuh sebab asyik nak berdakwah aje. Dia kata lah yang ImamKhan-Pakistan dan Brothers lain tuh, diaorang tak faham perasaan dia. Dia sedar yang dia tak tahu ugama, tapi tak kan lah bila jumpa aje, terus nak cerita pasal ugama. Itu kata dia lah kan?

Dengan aku, walaupun aku selalu cerita ugama, selalu nasihat dia tapi ada jugak
masa aku melawak, aku cerita jorok-jorok. Itu yang dia kata dia boleh ngam dengan aku tuh sebab walaupun aku nih nampak macam orang yang kat kanan aje duduknya tapi sebenarnya aku boleh ke kiri dan ke kanan. Dan ke tengah.

Ada 2 orang baru harinih, dua-duanya dari County Jail, sorang Mexican, sorang Brazilian, baik diaorang berdua nih, ke mana-mana pun asyik berdua aje. Yang Mexican (Saul Benjamin Portillo - hebat aku nih, boleh ingat nama penuh orang) tuh tak reti English, so DeSilva-Brazil lah yang jadi orang tengah. Dua-duanya kat area bunk aku jugak, gantikan tempat Edil-Elsalvador sama mamat Guatemala. Kat sini hebat business diaorang, tak sempat lama bunk tuh kosong, ada jer penghuni baru. Iyalah, sehari kitaorang ditahan, diaorang dapat $350 dari Government.

Ky-Vietnam/US sama LondonBoy tak percaya yang Eric-France tuh annoying, masa diaorang main ping pong sama dia barulah diaorang tahu. LondonBoy siap mencarut-carut, siap ludah lagi kat Eric-France, aku sama |Amir-bBsnia tengok ajelah dari jauh.

Masa dinner tadi aku buat jahat kat LondonBoy. Lepas makan aiskrim (sekali seminggu dapat aiskrim), aku isi cup tuh dengan ketulan ais, then aku tutup elok-elok, then aku kasi dia. Punyalah happy dia, dipeluk-peluk nya aku. Bila dia nak makan aje aiskrim tuh, masa tuh dia tengah sembang dengan C.O Fischer, bengang aje dia bila tahu yang dia kena tipu. Dia kejar aku, aku kata aku nak sembahyang, so terus aku masuk bilikair. Dia kejar aku sampai ke dalam, tak adalah dia marah, dia gelak-gelak. Tapi C.O Fischer tu jenis serious sikit, so dia jerit-jerit dari meja dia, so bila ramai yang dengar, mulalah orang lain pun sibuk jugak jerit-jerit.