Pedro-Congo entah dibawak ke mana tah awal pagi nih, dalam pukul 3 pagi gitu aku dikejutkan oleh bunyi bising C.O yang bangunkan dia suruh bersiap untuk dibawak keluar.
Lepas tuh terus dah aku tak boleh tidur, sampailah Nasir-Iran bangunkan aku untuk Subuh. Banyak palaha dia nih sebab hari-hari dia yang bangunkan aku untuk sembahyang. Walaupun aku dah terjaga, biasanya, tapi aku saja lepak-lepak kat bunk, tidur-tidur ayam, tunggu dia kejutkan aku.
Banyak jugak aku baca Quran/Terjemahan harinih, tapi banyak huraiannya, banyak cerita-cerita yang diselang-selitkan dalam Terjemahan tuh. Dah masuk Juzuk 26 tapi juzuk-juzuk terakhir nih panjang-panjang. Hopefully by this weekend aku akan khatam, InsyaAllah.
Dapat surat, Legal Mail, dari Attorney Kimberly Schester petang nih. Kat sini, surat-surat, legal mails ker surat peribadi, semuanya dibukak. Dan dipanggil sorang-sorang untuk terima surat tuh. So the rest of the evening aku sama Ky-Vietnam/US aje lah kat bunk dia, sembang-sembang pasal surat aku tuh yang ada details pasal penangkapan aku, pasal my charges, pasal hukuman yang akan dikenakan etc. Tebal gila, 80 pages semuanya, diaorang nih tak ada kerja lain agaknya.
Ada 2 orang yang bebas harinih, dan ada satu orang baru yang masuk. Ahmed-Somali bengkak kaki pasal jatuh masa main basketball tengahri nih so berbalut kaki dia, kitaorang sembahyang pun kat lantai bawah ajelah sebab dia tak boleh nak ke upper tier, dia pakai crutches.
Dah lewat petang baru aku keluar ke rec-yard. Tak ramai orang sangat pun sebab masing-masing dah letih main handball/basketball, so aku ke tepi pagar, sembang dengan PakCik Laos dari Unit B2 tuh. Dia kata ada a Malaysian baru masuk Unit dia, so aku suruh dia panggilkan Mamat tuh.
Cina Malaysia rupanya, Lau nama dia, orang Gunung Rapat, Ipoh. So bersembang dengan dia ajelah sambil duduk. Dia dah 15 tahun duduk di Amerika, terakhirnya di Chinatown, Lower Manhattan, New York. Dia dah 2 bulan lebih kena tangkap, pasal Immigrasi jugaklah, dia sebijik macam aku, passport mati, semuanya tak ada, duduk secara haram, stuff like that. Dia dipenjarakan kat County Jail di Alleghany New York selama dua bulan sebelum dihantar ke Batavia nih. Dia kata yang kehidupan di jail lebih teruk dibandingkan dengan di Detention Center nih.
"Pukimak, diaorang taruk saya dalam itu jail, diaorang jaga saya 24 hours pasal mereka ingat saya mahu bunuh sendiri", (bunuh diri maksud dia) kata dia. Nak tergelak aku pasal dah 15 tahun tak cakap Melayu, tapi dia masih boleh mencarut in Malay.
Dia kata yang dia dah contact member dia suruh bayarkan bond, so that dia boleh keluar dan bebas sebelum pergi Immigration Court bulan depan. Cina nih diaorang punya network memang kuat, ada aje orang yang tolong. Dia kata yang sementara dia bebas nanti, dia akan terus kerja, then tengoklah bila yang dia akan disuruh balik Malaysia. Dia akan balik on his own, tak dideport.
Lama jugak aku sembang dengan dia, sampaikan aku orang terakhir yang masuk ke Unit sebab pintu dah nak ditutup. Janji dengan dia yang esok aku nak sembang lagi, so aku suruh dia keluar ke rec-yard lepas dinner, aku akan tunggu. Happy aku dapat sembang dengan orang Malaysia.