Wednesday

Hari Ke 58 (Jumaat 18/6)

Sementara menunggu pintu ke rec-yard dibuka pukul 8-30 pagi, aku buat cardio dulu, sesambil bersembang dengan sorang Mamat Mexico yang baru masuk malam semalam. Bangga sangat dia sembang dengan aku, dia kata dia selalu jugak baca pasal Malaysia kat internet.

Then jogging kat rec-yard sorang-sorang sampai pukul 10 aje, sambung buat cardio lepas tuh for another half hour. Nasir-Iran sama Ky-Vietnam/US tak join aku hari nih, diaorang kata keletihan. Letih apa nya lah, diaorang biasanya lari dalam dua tiga puluh rounds aje, sedangkan aku at least double dari apa yang diaorang buat.

Sebenarnya aku pun, sejak beberapa hari lepas aku tak berapa nyenyak tidur malam, badan aku sengal sana sengal sini, terlebih sangat exercise gamaknya. Kalau lah aku kat luar nih, dah lama aku pergi berurut. Aku perasan yang aku sekarang nih asyik berpeluh aje, aktif sangat. Kalau dulu, even sejak kecik lagi, aku nih memang jenis yang bila petang aje, terus mandi dan tak kotor-kotor dah. Infact aku jarang sangat main-main sampai berpeluh. Tapi sekarang nih asyik melekit aje badan dengan peluh.

Masa sembahyang Jumaat tadi, ImamAli-Somali lagi yang kasi Khutbah. Macam ituhari jugak, the main Khutbah tuh dalam Arabic, bahagian kedua aje in English. Siap ada kerusi lagi kat sebelah, macam Imam besar aje gayanya. Dalam hati aku selalu kata yang janganlah suatu masa nanti dia yang ambik alih mengimamkan sembahyang masa Muslim Service hari Rabu sama Jumaat. Bukan aku tak suka, cuma aku tak berkenan dengan cara dia.

Bangga jer aku petang nih masa ramai-ramai tengah melepak tengok tv, tiba-tiba ada cerita pasal Malaysia kat CNN. "Gandhi, Gandhi.......Malaysia, Malaysia", kata Amir-Bosnia, Nasir-Iran, serentak. Terus aku berlari kat depan tv. Ada ditunjuk pasal program Imam Muda (Young Imam) or something like that kat Malaysia. Semuanya gambar Imam yang muda-muda, semuanya pakai songkok, itu yang Dexter-Jamaica tanya aku, lelaki kat Malaysia pakai head cover ker semuanya, sebab aku pun berketayap memanjang.

Ada dua orang baru masuk petang nih, tak sempat, tak berani aku nak sorak sebab aku ada dekat pintu masa diaorang masuk tuh. Nak menyorakkan orang nih, bestnya sorak dari jauh, kat tempat diaorang tak nampak kita, kan? Sorang dari Dominican Republic, sorang dari France. Isnin nanti ada a few yang akan bebas, salah seorangnya mamat Honduras yang baik dengan aku tuh. Pasal nya orang yang aku tak suka tuh,yang aku menyampah, tak bebas-bebas jugak?

Kejap aje, tak lama lepas Eric-France masuk sini, ramai yang cuba avoid dari sembang dengan dia. Ky-Vietnam/US yang mula-mula approach dia, bawak dia ke sana sini, tunjukkan dia apa yang patut. Then aku nampak dia main ping-pong dan chess sama Ky-Vietnam/US. Bila main dengan aku, tak lama jer aku dah rasa tak best, sebab dia annoying gila, what with dia punya accent dan cara dia cakap, ayat-ayat dia semuanya sarcastic habis, sampaikan I had to roll my eyes a few times kat Dexter-Jamaica yang macam ternganga-nganga dengar tuh. So bila aku suruh dia main sama Dexter-Jamaica, terus orang lain pun lari, ada jer excuse diaorang. Terpaksalah aku pura-pura macam aku enjoy main games dengan dia tuh. Tapi rasanya itulah kali pertama dan terakhir aku main dengan dia kot?

Dalam pukul 10 lebih, Yousef-Somali dihantar balik ke Unit nih, dia punya bunk pun ditukar ke dekat dengan bunks Ky-Vietnam/US sama Amir-Bosnia, kira macam neighbor diaorang lah. Ky-Vietnam/US jeling jer aku sambil geleng-geleng kepala sebab dia tak suka Yousef-Somali yang loud mouth dan suka cari pasal tuh.

Tak sempat apa-apa, aku tengok Yousef-Somali berdebat dengan Rasta-Guyana, sampaikan sorang keluarkan Quran, sorang lagi keluarkan Bible. Sampai sejam perdebatannya, aku asyik berdoa biarlah Yousef-Somali "menang" sebab Rasta-Guyana nih kan ker "Messiah?".

Sebelum tidur, beria-ia Ky-Vietnam/US kata nak simpankan barang-barang (jajan especially) aku kat locker dia sebab takut dicuri. Menjadi-jadi pulak kes curi barang Commisary sekarang nih, itu yang dia kata dia nak tolong simpankan tuh pasal aku malas nak ada locker sendiri, aku taruk barang aku dalam box kat hujung bunk aje.