Saturday

Hari Ke 19 (Isnin 10/5)

Bersemangat dan rasa happy aje aku pagi nih sebab aku nak menalipun Deo macam yang aku janjikan semalam. Tapi aku tak perasan pun yang aku terdail nombor DeLinn, itu yang bila dua tiga kali dia hello, hello, peliklah aku, sambil fikir,"tengah dating ker diaorang nih? Intimnya sampaikan Deo punya call pun DeLinn yang jawabkan. Lama jugak baru aku terperasan yang aku tersalah dail. Nasib baiklah aku tak terfikir yang "QC nya DeLinn nih sampaikan phone call Deo pun dia yang jawabkan ekekekkeke.

So bila dah terdail tuh, terpaksalah layan cakap,kan? ekekekek larikkkkkkkkk!!!!
Sebenarnya memang aku nak talipun diaorang berdua sebab itu aje nombor yang aku ada. So sembang gitu lah sesikit, tau aje lah line kat Sintok tuh, buat pulak nombor dia 103, so memang tak clear sangat lah. DeLinn tanya aku samada aku kena dera atau tak. Aku kata tak. Dia tanya aku yang aku sedih ker tidak. Aku kata lah yang aku tiap-tiap hari menangis. Tapi aku dah pandai control macho, masa menalipun AM aje aku tersedih sekejap, lepas tuh sekarang nih tak ada dah. Gelak-gelak mengilai aje dah sekarang nih.

Lepas tuh baru lah menalipun Deo, dia ada kasi nombor talipun Awie so esoklah aku talipun Mamat tuh. Lama jugak sembang dengan Deo, biasalah sembang macam biasa macam kat YM. Best betul rasanya dapat cakap dengan member gitu, hilang rasa sedih sekejap. Balance account aku dah tinggal $48 aje dan aku masih tak dapat nak call my parents.

Ray-Trinidad beritahu aku yang dia dah tak bertegur sapa dengan Rasta-Guyana pasal Rasta-Guyana bengang dengan dia yang tak nak dengar ceramah dia. Ray-Trinidad kata dia tak sanggup nak berkepit dengan Rasta-Guyana 24/7. Patutlah diaorang dah tak makan semeja, aku pun terus ceritakan kat Luis-Ecuador sama Parminder-India.

Nasir-Iran kata masa dia melepak kat rec-yard dan bersembang dengan a few Brothers, dia ada kasi nama aku kat ImamKhan-Pakistan for the Wednesday punya Muslim Service. Siapa yang nama dia ada kat list, kena cakap sesikit pasal islam. Alamak, kena ponteng Service lah nampak gayanya Rabu nih.

Panas jugak petang nih so aku lari-lari masa kat rec-yard, lepas dinner. Pelik, sikit pun tak terasa letih. Kalau dulu, kalau kat luar tahanan, nak lari sesepuluh minit pun dah tercungap-cungap. Keadaan aku kat tahanan nih agaknya yang buat aku tak terasa letih sebab berlari tuh sambil berfikir.