Saturday

Hari Ke 16 (Jumaat 7/5)

Nasib baik harinih hari untuk laundry uniform oren, dah 2 minggu lebih pakaian tak dicuci, kitaorang setiap orang cuma dikasi 2 pasang saja. Masalahnya aku pakai uniform tuh hari-hari, iyalah, aku bangga jadi tahanan kan? Ekekekekekeke Orang lain tak ramai yang pakaian uniform masa kat Unit, diaorang pakai tuh kalau nak keluar dari Unit aje, untuk ke library, Medical, Services etc. Kat Unit biasanya diaorang pakai t-shirt sama seluar pendek aje. Aku tak pernah pakai shorts pun, dan aku pakai uniform sepanjang waktu.

Kat Unit aku nih walaupun ada satu C.O perempuan (ada a few C.Os lain tapi diaorang tak selalu datang ke Unit nih) tapi detainees kat sini tak kisah pun. Kadang tuh sambil mandi, sambil kencing, sembang atau request something dari Miss Fischer. Aku yang tengok pun feel awkward. Kadang diaorang selamba aje salin pakaian, bukak underwear masa Miss Fischer tuh lalu depan diaorang. Masing-masing sikit pun tak berkemaluan, aku jer yang berkemaluan besar, nak mandi pun kena tunggu masa tak ramai orang kat Unit.

Resah aku sebab by noon account aku masih kosong, masih belum ada duit di dalamnya. Aku masih belum dapat buat call.

Slow sikit aku baca Quran/Terjemahan sesehari dua nih pasal kadang tuh nak kena cari dictionary, kadang tuh tengah nak baca, ada ajelah orang panggil either ajak main chess, ping pong atau just jalan-jalan kat rec-yard. Macamana pun aku tak nak lah rush sangat baca, nak buat slow-slow tapi konsisten, sehari dapat satu Surah pun ok dah, lama-lama nanti sehari satu Juzuk kot. Satu surah tuh adalah dalam 10 pages kot.

"Don't leave your milk on the shelf, hide it somewhere", kata C.O DioGuardi sambil tepuk bahu aku masa aku tengah main chess sama Orlando-El Salvador. Baik dia nih, dia suruh aku sorok makanan/minuman sebab biasanya dalam sehari ada dua kali C.Os lain yang datang untuk buat spot check, makanan dan minuman tak boleh disimpan, kecuali barang yang dibeli dari Commisary. Since dinner awal sangat, pukul 5-15 pm so ramailah yang save kan makanan, untuk dimakan waktu malam. Biasanya disorok dalam selimut, dalam sarung bantal, dalam stokin, kat mana-manalah tempat yang agak tersorok. Tapi C.Os yang cerewet tuh diaorang check habis-habisan, so nasiblah, kadang tuh diaorang ambik barang tuh dan dibuang, kadang dibuat tak nampak aje. Aku biasanya simpan epal dan susu, epal tuh untuk dimakan waktu malam dan susu tuh untuk kasi Parminder-India. Aku simpan barang aku kat box tepi bunk aje sebab aku tak ada locker, malaslah nak mintak locker pasal aku tak ada barang nak disimpan.

Ramai jugak yang datang Muslim Service hari nih. Ada a few muka baru dan ada jugak yang dah bebas. Mamat Yemen yang warganegara England yang rancak sembang dengan aku minggu lepas rupanya dah bebas so aku tak ada sapalah nak dibuat kawan sembangan harinih.

"Make lots of doas for doas can change destiny", kata ImamKhan-Pakistan beberapaa kali masa Khutbah. Masuk sangat kat kepala aku apa yang Imam tuh bacakan, mengangguk-angguk jer aku sambil airmata laju keluar. Bukannya aku tak pernah dengar ayat macam tuh tapi aku dengar di waktu aku betul-betul memerlukan, itu yang buat aku jadi sendu sangat tuh.

Harinih kali ke empat aku ke Muslim Service tapi aku masih tak dapat nak tahan airmata aku daripada keluar setiap kali ImamKhan-Pakistan bersalam dengan aku.
Tiap kali bersalam sama Imam tuh sure nya airmata aku akan mengalir laju, sebab dia selalunya tanya aku, "Are you ok ,Brother?". So teruslah aku peluk dia dan sambil angguk-angguk kepala sebab suara dah tak boleh keluar sebab sayu sangat ekekekeke, dia cium dahi aku sambil kata, "Make doas for me, Brother. Make doas for me". Manalah aku tak sedih, kan sebab aku rasa macam tak patut jer dia cakap macam tuh. Iyalah, dia kan ker Imam? Lagipun, bila dia buat begitu, aku teringat kat mak aku kalau masa Raya. "Maafkan mak, maafkan ma....", mak aku kata sambil cium dahi, leher aku dan aku pun kata, "Mak, janganlah cakap gitu". Itu yang buat aku selalu sayu tuh sebab bila keadaan gitu akan selalu aku teringat kat something, selalu ada benda-benda yang mengremindkan aku.

Towards the end of his ucapan lepas khutbah, Imam tuh perli dan sindir sapa-sapa yang cuba buat onar, yang nak memecah-belahkan jemaah. Tak adalah dia mention names tapi semua orang tahu yang warning tuh ditujukan kat mamat yang minggu lepas tuh.

Alhamdulillah, malam nih aku dapat account statement yang menunjukkan jumlah duit yang aku terima, dan jumlah harga talk-time yang aku beli tuh. Yes, tak sabar nak tunggu esok pagi sebab nak menalipun.