Sunday

Hari Ke 89 (Isnin 19/7)

Didn't sleep good last night, asyik tersedar aje, pusing kiri pusing kanan the whole night thru', pasal apa pun aku tak tahu. Memang badan sengal-sengal tapi that was not the reason pasal apa aku tak boleh tidur tuh.

Too bad harinih tak dapat pecahkan rekod semalam tapi aku buat another record of sort, aku sama Yousef-Somali lari tak henti-henti for 100 rounds. 100 laps ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang DiHormati Sekelian. Lebihkurang 10 km. Nasir-Iran sama Ky-Vietnam/US ada ikut kitaorang lari, masa kitaorang dah round 70, then hujan mula turun so aku jalan-jalan ajelah lepas habis 100 rounds tuh.

Puas Ky-Vietnam/US sama Amir-Bosnia gelakkan aku, diaorang kata aku macam budak-budak, full of energy. Mana tak nya, masuk aje ke Unit, terus aku berkayuh kat cardio bike.

Cuba call Adin-Mexico tapi after a few tries masih tak diconnected call aku tuh. Cuba lain kali lah nampak gayanya nih, nak cuba guna Spanish version pulak kot nanti.

Sembang-sembang sambil berjemur, tak pergi pun join diaorang, Yousef-somali yang tengah sembang sama ImamKhan-Pakistan dan Mousa-Guinea tuh pasal aku nak stand by, kalau-kalau Samir-Bosnia yang kat Unit sebelah dari Unit B2 (Unit tempat ImamKhan-Pakistan sama Mousa-Guinea tuh) tuh ada jerit panggil nama kitaorang. Once a day dia sembang sama Amir-Bosnia, terjerit-jeritlah tak nampak muka, dengar suara aje sebab jauh jugak rec-yard kitaorang dengan Unit B1 tuh.

Nampak gayanya Yousef-Somali akan dibebaskan tak lama lagi kot pasal tadi dan semalam, a few times dia dipanggil ke Processing Department, diaorang tanya pasal keluarga dia punya alamat terbaru, references, things like that. Dia nih nanti tak akan dideport, instead akan dibebaskan to the streets. Dah masuk 2 tahun dia di sini, kesian dia, moga-moga dia cepat keluar. Tiap-tiap kali dia dipanggil ke Processing Department, dia akan sembahyang sunat dua rakaat dulu.

So kitaorang asyik cerita dan tertanya-tanya, bila lah turn kitaorang pulak nak bebas. Siap tanya, apa yang nak dibuat dulu once bebas. Amir-Bosnia kata dia nak merokok, tak kisahlah tak cukup duit nak beli ticket tambang ke Banja Luka, bandar dia duduk nanti tuh.

Parminder-India pun kata yang dia akan beli 3 kotak Marlboro Light, a few can of beers dan dia akan kunci bilik, dan dia akan bertapa sambil merokok dan minum for hours. Aku tak pulak, aku kata yang aku nak cari makanan Melayu dan nak melantak aje.

Amir-Bosnia nih kan, dia ingat sangat apa yang aku cakap, dan dia betul-betul percaya. Dia selalu kata yang mulut aku masin sangat, doa aku mudah makbul, sedangkan aku kata itu semua kebetulan aje. Dia kasi contoh:

1. Dulu masa dia gaduh sama Raymond-Haiti, aku tenangkan dia, aku kata, "Watch him, he'll be sent to The Box pretty soon". True enough, tak lama lepas tuh Raymond-Haiti dihantar ke The Box pasal gaduh sama C.Os

2. Aku kata dia akan hafal ayat-ayat, bacaan-bacaan dalam sembahyang lebih awal dari Nasir-Iran, walaupun dia kata yang dia ada masalah nak baca Arabic words (yang dah dirumi kan). Betul, Nasir-Iran masih terkemput-kemput nak hafal Tahiyyat.

3. Aku kata kepala dia kecik, so cuba besarkan kepala, work on his head. Betul, esoknya kepala dia jadi "besar", simply pasal dia sakit geraham, pipi dia membengkak.

Dan a few other contohs lah dia kasi.

Tak lama lepas dia masuk ke Unit, dia keluar semula, macam nampak marah aje. Rupanya dia baru talipun mak dia yang sekarang nih kat Bosnia Embassy di Chicago, mak dia kata yang orang Embassy tuh kata the whole process mungkin akan take weeks if not months.

Itu yang dia bengang sangat tuh, so aku beritahu dia yang jangan sedih-sedih sebab kalau dia sedih, aku pun jadi sedih, jadi tak best jugak.

He felt better lepas dinner/Asar, dia talipun mak sama abang dia, mintak maaf sebab sebelumnya tuh dia mencarut-carut kat diaorang pasal bengang. Kitaorang tak keluar dah lepas tuh, melepak kat dalam Unit aje sambil main ping pong, main chess, break pun sebab nak Maghrib dan Isyak.