Thursday

Hari Ke 61 (Isnin 21/6)

Dexter-Jamaica bangunkan aku dalam pukul 3 pagi masa Edil-El Salvador dan 2 lagi amigos lain akan dideport. Kebanyakan yang dari South America, diaorang bila nak dideport tuh, diaorang akan dibangunkan pukul 3, lepas tuh akan dibawak naik bas ke Buffalo Airport, untuk dibawak ke York, Pennsylvania, untuk ambik tahanan lain. Then barulah ke Texas atau Louisiana. Diaorang guna immigration flight. Orang lain yang naik commercial flight (macam aku nanti nih) akan disuruh bersiap sedia dalam pukul 10 pagi gitu.

Kitaorang pelik jugak apa pasal Edil-El Salvador akan dideport harinih sebab dua tiga hari lepas, walaupun dia dipanggil ke Processing Department, tapi diaorang kata yang dia akan dideport dalam masa seseminggu dua lagi. Pasal apa pulak dibawak pergi pagi-pagi nih? Betul tekaan kitaorang, dalam sesetengah jam later, Edil-El Salvador balik semula ke Unit, bengang aje dia. Rupanya diaorang tersalah info. Nak pecah perut kitaorang mengelakkan dia sebab terpaksa gelak sambil ditahan-tahan, orang lain nak tidur, takut bising pulak. Edil-El Salvador nih has become our good friend sebab dia lah yang banyak ajar aku sama Dexter-Jamaica Spanish, salah satu sebab yang buat aku jadi lembab sikit baca Quran/terjemahan sebab itulah, ada kelas Spanish selepas every head or face count. Aku pun dah orderkan dia jajan kat Comissary semalam kan?

Nasir-Iran pulak bangunkan aku bila aku baru cuba nak sambung tidur, puas nak kena bertekak dulu dengan dia nih, aku kata yang Subuh masuk pukul 5, sedangkan masa tuh belum pun pukul 4.

Tak boleh keluar ke rec-yard pagi nih sebab diaorang buffer lantai yang menghala ke pintu. So tak dapatlah nak jogging. Buat cardio sekejap, lepas tuh diaorang bersedia nak buffer lantai upper tier pulak. Dan kitaorang disuruh melepak kat lantai bawah. What a bloody good idea, kitaorang tak boleh keluar, kitaorang macam di locked up sambil terpaksa hidu bau ubat pencuci yang menusuk hidung tuh the whole day.

Tengah tengok tv, aku nampak Amir-Bosnia dipanggil untuk ke Processing Department. Happy jer dia, aku yang terus jadi sedih. Biasanya, kalau dipanggil ke Processing Department, maknanya nak uruskan masalah untuk deportation. Alaaa, akan hilanglah satu-satunya member aku yang paling baik. Semua orang tahu yang aku sama Amir-Bosnia nih kawan baik. Walaupun aku dapat accept yang dia akan bebas tapi aku sedih sebab aku takut dia akan balik semula jadi macam dulu.

Tak lama lepas tuh, aku pulak dipanggil untuk ke Medical Department. Kena buat EGK, I have no idea apa benda nya EGK tuh tapi saspen jugak bila Doktor tuh pasangkan banyak wayar kat badan aku.

Mengantuk gila aku sebab tak dapat nak keluar ke rec-yard, duduk kat kerusi tuh sambil tengok TV Spanish Channel buat aku jadi semakin mengantuk. Geram jugak mulanya kitaorang kat Amir-Bosnia sebab dia tak kasi tahu apa pasal dia dipanggil ke Processing Department. Semua orang (gang kitaorang lah kan?) kata yang dia akan dideport soon, tapi bila diaorang semua dah blah barulah Amir-Bosnia beritahu aku yang dia pergi jumpa Free Lawyer. Lawyer tuh nasihatkan dia buat surat kat pihak di Washington DC sebab tempoh dia ditahan dah dekat 9 bulan (8 bulan di penjara di Missouri dan sebulan di sini), so about time lah case dia direview.

Sampai dua kali buat face-count harinih, pasal apa aku pun tak tahu. Lambat jadinya kitaorang dinner petang nih. Selalu jugak C.Os kat sini tuh diaorang salah kira, walaupun setiap kali count ada dua orang C.Os yang buat. Itulah, diaorang ih lembab, C.Os kat sini nih jenis yang tiga-campur-lima-pun-nak-kira-guna-jari semuanya.

Sembahyang Isyak cuma aku berdua sama Amir-Bosnia aje sebab Nasir-Iran apa tah kena nya, dia sembahyang sorang-sorang dan Yousef-Somali pulak tak ready nak sembahyang, nak kena mandi lah bagai.