Monday

Hari Ke 7 (Rabu 28/4)

Harinih ada 2 orang baru masuk Unit C1 nih, dan satu Jamaican dideport. Lepas lunch, Mamat Guyana yang rastafarian yang macam gang-gang reggae tuh sampai. Tinggi dan lebat sanggulnya, macam sarang tebuan. Since dia kat bunk bawah Martin-Poland, so aku selalu jugaklah tegur dia. Peramah orangnya tapi pelik, weird dan very peculiar. See, aku nih kan, kejap aje dah judge orang sedangkan aku bukanlah judgemental orangnya ekekeke. Pengalaman hidup buatkan aku jadi begini kot?

Dia nih nak dikata pembawa ajaran sesat pun betul jugak gamaknya. Cakap pasal Jesus aje kerjanya, dia kata dia dah jumpa semua orang yang kat sini, dia tahu apa yang telah dan akan terjadi kat sekeliling diasebab semuanya pernah muncul in his vision. Whatever the fuck it means lah kan?

Aku tengok ada jugak detainees lain yang cuba approach dia tapi the moment dia bukak mulut, orang lain roll their eyes dan blah gitu aje. Aku aje yang bertahannya, aku kesian kat dia yang tak ada kawan. Aku pun tak ada kawan sangat, tengah pilih-pilih sapa yang boleh dijadikan kawan. Ky-Vietnam/US sama Orland-El Salvador, diaorang ada kawan lain, diaorang sibuk dengan aktiviti masing-masing, walaupun aku masih tetap main ping-pong dan chess sama-sama diaorang setiap hari.

So asyik bercerita pasal Bible, pasal Jesus aje lah kat aku Rasta-Guyana tuh. Siap dengan kasi ayat-ayat dari Bible lagi tuh. Orangnya tenang aje, setenang aku yang mendengar dia berceramah. Ada masanya dia bacakan aku Bible, aku angguk-anggukkan aje, sekali sekala aje aku buat-buat tak faham. Saja lah nak kasi nampak macam real, sebab dia tak tahu yang aku walaupun kusyuk dan tawadduk aje nampak gayanya tuh, sebenarnya fikiran aku ke lain. Dan aku ada terfikir jugak yang tak salah aku mendengar ceramah dan ajaran dia tuh. Alah, apa salahnya baca Bible, kan? Aku pernah sembahyang kat Kent Cathederal masa kat England dulu tuh. Bukan sembahyang sama diaorang lah! Aku sembahyang lain, diaorang sembahyang lain. Adussssss, lembabnya !

Muslim Brothers yang lain macam saspen jer tengok aku sama Rasta-Guyana tuh, yang Christian lain pun tengok aje. Aku beritahu dia yang aku Islam, ada sekali tuh aku mintak diri sebab aku nak sembahyang.

Lepas lunch, dekat nak Zohor, aku ikut pergi Muslim Service yang Yousef-Somali daftarkan nama aku semalam. Rupanya perjumpaan mingguan yang dibuat kat gymnasium Detention Center nih. Nak masuk gym tu pun punyalah diperiksa rapi, disuruh berbaris, tangan letak kat dinding, kaki direnggangkan dan mula lah diraba sorang-sorang. Mentang-mentang perjumpaan orang Islam, diaorang ingat kitaorang nih terrorist semuanya.

Since ini first time aku kat service, biasalah kan, aku jadi sayu dan hiba bila tengok Brothers dari seluruh dunia kat situ. Ada yang beruniform oren, biru dan merah (Yang merah nih detainees yang paling "jahat", yang ada criminal case macam gaduh, bunuh orang etc) kadang-kadang rasa macam kat Mekah aje, sayu tuh datang tiba-tiba bila tengok orang dari seluruh dunia datang beribadat. Kalau kat Mekah semuanya bermatlamat sama, datang untuk beribadat, tapi datang dengan keadaan bersih, tak ada kesalahan, tak nampak kesalahan. Tapi kat sini, kitaorang datang dengan matlamat nak sembahyang, nak beribadat, tapi semuanya ada kesalahan, semuanya tak bersih. Semuanya dah diberi pembalasan, semuanya dah dihukum. Hukuman dunia at least. So itu yang buat aku jadi sayu sesayu-sayunya tuh. So aku duduk ajelah kat bangku panjang kat hujung sekali pasal aku tak ada kawan, orang lain riuh rendah bersembang dengan kawan-kawan yang dari Unit lain, kawan-kawan senegara. Tak nampak sedih, tak ada yang sayu pun, kecuali aku. Punyalah bising dalam gym tuh walaupun ada dalam 40 orang aje semuanya. Iyalah kan, kitaorang orang jahat, kan? Sure bising punya lah.

Ada satu leader nih (Imam), detainee jugak pasal dia pakai uniform kaler oren, bila dia masuk aje terus dia bersalaman dan berpelukan dengan setiap jemaah. Tengok diaorang berpeluk-pelukan tuh buat airmata aku laju aje keluar. Dan bila dia sampai kat aku teruslah aku bangun bersalam sambil peluk dia ketat-ketat. Humble jer aku tengok Imam tuh, aku rasa jantung aku macam berkait dengan jantung dia bila aku peluk dia tuh.

"Are you ok, Brother? Are you ok?", dia tanya aku sebab aku tengah sendu sangat (*eh ada ker perkataan sendu? Sendu nih macam abang kepada sedu lah kan?*), dia tanya aku benda-benda lain like when did I get here, dari mana and things like that, aku tak terjawab. Aku dah tak boleh bersuara dah, aku kasi signal kat dia sambil geleng-geleng kepala, sampai melayang-layang airmata aku yang mulanya merebas aje tadi tuh, so aku terus duduk semula kat bangku. From the expression kat muka dia, aku tahu yang dia faham perasaan aku masa tuh, itu pasal he just let me go.

Lepas sembahyang Imam tuh kasi ucapan, kasi peringatan, macam tu lah. Kejap aje. Yang bestnya, ada dalam 10 detainees yang bukan Islam yang join kitaorang tuh. Aku rasa diaorang tuh ambik kesempatan aje untuk keluar dari Unit masing-masing sebab ada jugak Unit yang macam penjara kat sini, dikurung sorang-sorang kat cell, tak boleh keluar ke mana-mana the whole day.

Masa kat gym tuh kitaorang dijaga ketat, kat setiap penjuru gym ada yang jaga. Lepas Service masa nak balik ke Unit masing-masing pun masih diperiksa macam masa mula nak masuk tadi. Pelik aku, kalau nak ke tempat lain, nak ke library, nak ke processing Department, nak ke Medical Room, tak ada pulak dicheck langsung. bangsa jenis khianat betullah diaorang nih.

Masa nak lapur diri kat C.O lepas balik dari service tuh, Jihad-Morocco cuit bahu aku, dia kasi Quran/Terjemahan yang macam aku baca tuh, yang diambik dari library tadinya. Terkedu aku jadinya, so aku peluk dia, kat tengah orang ramai yang masing-masing sibuk tengok tv/main games.

Tengah dinner, ada sorang lagi orang baru. Terpingga-pingga dia masa kena sorak. Terus aku ajak dia duduk semeja dengan aku pasal Martin-Poland dah kat meja lain (dia tak suka Rasta-Guyana tuh). Parminder Singh nama mamat tuh, asal India tapi duduk di New Mexico. Kawin sama native Indian lepas bercerai sama bini, ada anak satu, pernah jadi cab driver kat New York. Dah selalu dipenjara, mostly pasal drunk driving, jugak pasal legal status dia.

Naik bosan pulak aku sama Rasta-Guyana tuh, dia nih selalu guna words like, "Tuhan ada", "Tuhan tolong", "Apa takut dengan manusia". To me he's so annoying, menyusahkan orang and very selfish. Meh aku kasi contoh. Kalau masa makan tuh, dia nih punyalah slow, semuanya nak complete dulu baru dia nak makan. Roti kena ditoast, salt & pepper kena ada, makanan digaul-gaul dulu. So bila orang lain dah siap makan, dia masih belum selesai sedangkan orang nak bersihkan meja, sudu,tray semuanya kena dikira, lantai kena disapu etc. Berbulu aje tengok dia, dia selamba aje makan.