Tuesday

Hari Ke 72 (Jumaat 2/7)

We had a good laugh bila aku cerita kat Amir-Bosnia yang aku ada bermimpi tunggu dia kat KLIA, dia datang Malaysia for a visit. Yang lawaknya dia pakai long-sleeves, pakai scarf sebab nak tutup semua tattoo kat badan dia tuh. Aku selalu sembang dengan dia yang kitaorang, suatu masa nanti, kena jumpa kat luar. Either dia datang Malaysia atau aku pergi Bosnia, dia kata dia takut untuk ke negara-negara Islam sebab ituhari ada aku kasi tahu dia yang kalau kat setengah-setengah negara, mamposlah dikerjakan kalau diaorang tahu orang Islam tuh badan dia penuh tattoo.

Malasnya nak jogging harinih sebab I was on the bike for about 45 minutes, so jalan-jalan ajelah. Lama aku jalannya, dalam 2 jam gitu, tak macam orang gila tapi rasa best aje sebab sambil jalan tuh sesambil mengelamun.

DeSilva-Brazil nih nak berbaik dengan aku kot sebab semalam aku ada kasi dia sabun (dia kata dia akan lama jugak kat sini, unlike kawan dia Saul-Mexico yang mungkin seseminggu dua aje). Tadi dia buatkan aku kopi, dia tak tahu yang aku memang ada hamba sahaya yang buatkan aku kopi setiap kali lepas lunch, Parminder-India. Sampai ramai amigos pelik apa pasal sampai dua orang yang kasi aku kopi sedangkan aku bukannya orang gang elite pun.

Aku terpaksa sorok jajan aku kat laundry bag, then taruk kat locker Amir-Bosnia sebab sejak aku ambik balik barang aku dari box dia, selalu pulak kena curi nya jajan aku tuh. Dan aku perasan yang jajan aku selalu dicuri either Rabu atau Jumaat masa aku pergi Service.

Jihad-Morocco tak pergi Muslim Service harinih, dia kata Lawyer dia akan datang pukul 2-30 petang. Iyalah tuh, ke sebab nak tengok World Cup?

Nasir-Iran yang Azan harinih, punyalah kuat sampai dia Azan sampai bergema-gema gym tuh. Jumlah jemaah yang datang makin kurang, ramai yang bebas gamaknya, ataupun diaorang pun ada Lawyer nak datang petang nih kot? Ada 2 muka baru, sedih jer diaorang tuh, biasalah kan? ImamAli-Somali yang kasi Khutbah, cakap pasal rukun Islam dan Rukun Iman.

Parminder-India ingatkan aku gaduh sama Amir-Bosnia, dia ingatkan Amir-Bosnia bengang kat aku. He was just kidding sebenarnya. Tapi itulah, takut jugak sebenarnya aku rapat sangat dengan dia nih sebab aku takut tersalah cakap. Dua hari lepas aku mintak maaf kat dia, semalam dia mintak maaf dengan aku, ada nanti nih kitaorang gaduh kot? Dengan aku nih gitulah, kalau rapat sangat, aku jadi mudah sentapz. Macamana pun semalam kitaorang dah janji yang whatever happens, we will still good friends.

Moody lagi aku malam nih, bengang jugak kat Yousef-Somali sama Amir-Bosnia yang asyik bercerita pasal fast cars and stuff, sampaikan lambat sembahyang. Then Nasir-Iran suruh aku nasihatkan Amir-Bosnia sebab dia kata aku rapat sama mamat tuh. Siap dia kasi aku ayat dari Surah apa tah, pasal worshippin gwordly things.

DeSilva-Brazil tanya aku apa pasal aku senyap aje malam nih, so aku katalah yang aku menengok orang aje, tu pasal aku senyap. Then bercerita pasal gang Bible Study (dia nih alim, selalu baca Bible aje. Tapi very sarcastic, dia tak perasan yang dia macam tuh tapi aku sama Dexter-Jamaica selalu terkejut dengan jawapan-jawapan dia, remarks dia, bila dia kena tegur dek C.Os) yang dia pernah joined sekali aje lepas tuh dia tak pergi dah. Dia kata yang diaorang tuh macam cakap tak serupa bikin lah lebihkurang, masa Bible Study tuh cakap berdegar-degar, tapi lepas tuh asyik dok tengok tetek yang bergegar-gegar kat tv.