Sunday

Hari Ke 47 (Isnin 7/6)

Masa aku tengah main chess sama Amir-Bosnia, aku ingatkan gagak atau amigo mana lah yang main-main ketayap kat kepala aku. Terus aku kata, "Don't ever touch my head again!". Serious aje, tak pandang pun sapa yang usik ketayap aku tuh. Rupanya Jihad-Morocco.

Tertakut dia dengan keseriousan aku, terus dia mintak maaf. Gagak tak selalu, tapi amigos selalu sangat main kepala aku, cuit-cuit ketayap aku. Gerombolan-gerombolan amigos yang low class tu lah, yang masuk Unit nih for a few days then dideport. Bukan amigos yang old timers kat sini. Mungkin sebab diaorang tengok aku happy-happy main, kadang aku gurau-gurau sambil buat lawak in Spanish, itu yang diaorang jadi tak takut nak berlawak dengan aku tuh. Tapi aku memanglah pantang kalau orang main kepala aku, sentuh-sentuh ketayap aku. Nak bergurau cara lain aku tak kisah, tapi kalau main kepala aku, macam jentik telor aku lah rasanya. Dan aku pun dah berani marah kat sapa-sapa yang cuba main-main kepala aku, kalau tak tuh, sure naik atas kepala punya lah diaorang nih. Mamat-mamat Spanish nih, diaorang bukannya reti bahasa, they are only good at picking apples aje kan? Oooppsss

Another round of serious conversation dengan Ky-Vietnam/US masa jogging tadi. Aku beritahu dia yang dari sehari ke sehari aku rasa makin kuat yang niat aku nak kerja sebagai sukerelawan kat mana-mana Rumah Anak Yatim atau Rumah Kebajikan, bila aku balik Malaysia nanti. Dia macam tak percaya, dia kata yang I look educated dan what a waste of time jer kalau aku tak menggunakan keeducated-an aku tuh. Whateverlah Ky!

"I quit chasing my own shadow long ago, Ky!", aku kata gitu.

Aku beritahu Ky-Vietnam/US yang I cannot believe yang Dexter-Jamaica is not talking to me. Punca nya pasal bagel, masa breakfast tadi aku kasi bagel kat Baker-Jamaica (aku, kalau dengan orang yang aku tak suka, aku cuba buat baik, so that dia tak kacau aku atau dia akan suka kat aku dan aku walaupun masih tak suka kat dia tapi tahap ketidaksukaan aku kat dia tuh tak lah tinggi sangat. Confused? ekekekeke)

So itu yang buat dia marah tuh, dia kata pasal apa kasi kat Baker-Jamaica. "Is he your new best friend?", dia tanya aku. Again, as what most bapoks do, that guy, Dexter-Jamaica, he needs full attention.

Mamat Hounduras bunk mate Parminder-India (aku tak tahu nama dia apa, susah nak menyebutnya, lagipun he's such a pain in the ass itu yang aku malas ambik tahu sangat tuh) cari aku, something ups his sleeve lah tuh. Dia kata dia nak guna nama aku untuk kerja di kitchen. Kat sini, setiap orang tuh dibenarkan buat satu kerja aje, tak boleh sampai dua kerja. Tapi dia nih tamak, nak buat semua kerja, nak dapat duit lebih. Setahu aku dia kerja bersihkan meja, dan lantai. Tapi, he's the most active detainee kat sini, setiap masa tuh ada aje kerjanya.

Aku pun tak faham macamana tapi dengan dia guna nama aku, dia yang akan kerja dan at the end of the week, aku akan dapat gaji ($5 seminggu) dan duit tuh akan dimasukkan ke account aku. Aku will then belikan dia stuff dari Comissary, ataupun masukkan ke telephone account aku untuk dia guna. Dia dah kawtim sama C.O Frances dulu so since C.O Frances kata yang dia tak kisah (asalkan jangan sampai pihak atasan tahu), dia setuju aje. Aku pun terbersetujulah walaupun aku tak faham sangat. Then again dia kerja bersihkan lantai/meja tuh masa lunch and dinner, kerja kat dapur tuh waktu pagi sampailah 12 noon. Aku kata yang I'm all set as long as tak ada orang yang wakes me up at 5 in the morning untuk suruh aku kerja di dapur.

Kesian pulak aku kat Nasir-Iran inihari sebab dia kena tengking dengan C.O Plimpton. Dia menjawab pulak tuh, lagi lah kena tengkin. Memang salah dia pun, dah betul-betul masa nak buat face-count pukul 4-15 pm, masa setiap orang kena berdiri depan bunk masing-masing then C.O akan tengok gambar sorang-sorang, masa tu lah dia nak menalipun. Bila kena tengking tuh, kena sorak pulak dek orang ramai, lagi tension dia jadinya.

Jihad-Morocco yang tiba-tiba rasa nak ikut sembahyang harinih, dia tegur cara Amir-Bosnia sembahyang. Kasar cara dia tegur tuh, dia tak tahu pun yang Amir-Bosnia baru belajar sembahyang. Aku pun sentapz jadinya dan aku kesian dan takut yang Amir-Bosnia sentapz jugak (yang mungkin akan buat dia decide tak nak sembahyang dah sebab ituahri dia ada kata yang "lebih baik dia tak sembahyang daripada jadi hipokrit macam Jihad-Morocco tuh". Itu kata dia lah, aku cuma quote kat sini aje) Man, it's not easy nak deal dengan diaorang nih, nak mengajar diaorang nih. Aku kena buat pelan-pelan, slow-slow, kena berdiplomatik sikit.

Espinoza-Guatemala bebas malam nih, ada orang bailed him out rasanya, dan ada 2 muka baru masuk Unit nih, dua-duanya Latinos. Parminder-India dah tak semeja dengan kitaorang dah, dia asyik berkerabat dengan Singh, Raju-India tuh aje sekarang nih.