Tuesday

Hari Ke 54 (Isnin 14/6)

Lama aku jogging harinih, dalam 2 jam gitu. Non stop. Aku berhenti tuh pun pasal Parminder-India ajak main chess, dia bosan tak tahu nak buat apa.

Pakaian yang aku hantar laundry inihari, t-shirts, underwears, semuanya hilang pasal laundry bag aku tak kemas diikat. Rupanya diaorang cuci pakaian kitaorang sekali dengan laundry bag, patutlah tak bersih sangat jadinya. Patutlah ramai yang upah Dexter-Jamaica untuk cuci baju diaorang sebab macam tak guna jer hantar laundry, pakaian bukannya bersih, jadi lebih kotor ada lah sebab bercampur dengan pakaian lain.

Luis-Ecuador akhirnya bebas pagi nih, sempat salam-salam gitu aje lah, tak ada pun dia kasi contact dia. Dulu tuh beria kata yang bila keluar nanti, nak keep in touch. Dia kasi aku tumblers, shampoo (aku botak, apa guna ada shampoo, kan?)

The whole time lepas lunch harinih, aku melepak kat luar aje pasal lantai di tier bawah dicuci.

Eh, malas pulak aku tulis apa-apa harinih, tah pasal apa pun aku tak tahu. Bosan sebab tak ada cerita kot? Ataupun sebab memang aku rasa macam down jer harini nih. Tengoklah esok-esok pulak aku tulis pepanjang sikit.