Sunday

Hari Ke 88 (Ahad 18/7)

This is freaking unbelievable! Aku buat record lagi, Semuanya more than 150 rounds aku lari, satu lap tuh dalam 100 m (just over 100 m sebenarnya tapi aku tak adalah lari sampai ke tepi Unit sangat pun) so secara kasarnya dalam 15 km aku lari pagi nih.

Hari-hari tuh, ok? Bukannya sekali seminggu, atau sekali sebulan. Patutlah betis aku menggelembung, kan? Mulanya aku lari sorang-sorang, buat 50 laps, pastuh Yousef-Somali datang, buat another 40, then dia ambik break tapi aku terus aje lari for another 20. I was dead tired lepas tuh tapi dia ajak lagi lari so we did another 50. Masa tuh bersemangat aje lari sebab ramai orang, even gang-gang Bible Study pun ada yang berlari-lari anak, dekat 10 orang tadi yang berlari sama kitaorang.

Aku tengah isi form untuk Commisary sesambil sembang sama LondonBoy, bila Dexter-Jamaica nampak, so terus dia kacau. Aku tahu, dia nak mintak aku belikan dia jajan lah tuh. So aku orderkan dia Jalapeno Cheetos sama Salty Cream Cracker, jealous dia bila aku orderkan LondonBoy sekotak oatmeals, walaupun harga lebihkurang sama tapi sekotak tuh ada 10 packets.

Aku selalu jugak belikan LondonBoy nih barang sebab aku kesian kat dia, baik budaknya walaupun a little nakal, dia jarang sangat beli barang Commisary, dan kalau beli pun cuma kopi sebungkus. Dia kerja setiap hari, so duit gaji yang sedollar sehari tuh dia kumpul untuk buat menalipun, dia kata cuma cousin dia aje yang tahu dia ditahan, mak bapak dia tak tahu.

Terkejut diaorang bila tahu yang aku order 32 batang granola bars. Kiranya aku nih dalam kategori orang kaya lah kat Detention Center nih. Ataupun kategori orang yang suka membazir ekekekekeke Aku beritahu yang semua tuh aku share sama Amir-Bosnia, yang beli 20 batangs.

Tak lama melepak kat luar pasal it was about to rain so sembang sama Amir-Bosnia kat dalam ajelah, sesambil aku berkayuh cardio bike tuh. kadang dia membonceng kat seat belakang, kat besi yang terjulur keluar tuh, sebijik macam orang naik basikal. Kalau ada dan boleh guna kamera, sure aku dah suruh orang ambik gambar kitaorang, such a precious moment.

Dia kata dia ada feeling yang mungkin kitaorang dibebaskan within a few days (if not weeks) of each other. Sebab dia yang belum tahu hujung pangkalnya pasal travel documents dia, dan aku yang akan settlekan pasal Immigration Court pulak bila dah selesai pasal Federal Court Hearing 4 Ogos nanti. So dalam sesebulan dua lagi kot kitaorang kat sini.

"I always pray for you, do you pray for me?", dia tanya aku.

"All the time, Brother. All the time:, aku jawab gitu.

Kitaorang kan, kalau masa sembahyang tuh, masa berdoa (since dia pun dah berdoa sekarang nih sejak dah reti lepas belajar ituhari) kitaorang selalu buat macam melawak. Bila dia nak berdoa aje, aku hulur tangan aku yang ada wristband tuh, suruh dia macam sebut nama aku lah dalam doa dia tuh. Dia pun sama, bila aku nak berdoa, dia hulur tangan dia, dia tunjukkan nama, kadang dia sebut, "Here, Amir R****novic"

Things like that buat kitaorang jadi lebih akrab tuh.


Ky-Vietnam/US buat Physiological Test on me malam nih, dia kata dia belajar tuh masa motavation seminar apa tah kat Atlanta. Ala, test yang disuruh tutup mata, then disuruh imagine itu ini, alah, yang macam Oprah Winfrey buat tu lah.

Parminder-India boleh terbegaduh sama mamat Angola, aku pun pelik, sebab Mamat Angola tuh kan ker bahan lawak kitaorang, dia ada screw yang longgar. Parminder-India kata mungkin sebab dia tengah bengang masa tuh kot, pasal itulah, Govinder-India tuh asyik membontoti dia aje, semuanya nak tahu, semuanya ditanya, dan dia tuh macam tak reti nak buat hal sendiri, semuanya harapkan Parminder-India. Aku jarang sangat tegur Govinder-India tuh, entah, rasa macam tak boleh ngam aje.

Lewat malam, mamat Congo (yang dulu asyik tanya aku pasal sex shops kat New York City) gaduh sama Mamat Liberia, dia naik sheikh, habis diterajangnya kerusi meja. Tapi tak lama, lepas tuh terlalk-lalak pulak menaynyi, sambil suruh gagak-gagak lain ikut dia menaynyi.

God, how do I stay sane duduk kat dalam tahanan nih?

Ky-Vietnam/US nak join, nak ikut kitaorang sembahyang Isyak tapi Nasir-Iran kata "You have to take sahadah first, only then can you pray with us". Mana lah dia tahu apa-apa, so aku suruh dia duduk kat bunk Nasir-Iran tu ajelah, tengok kitaorang sembahyang.