Wednesday

Hari Ke 75 (Isnin 5/7)

Pagi nih aku rasa lebih ceria dari semalam. Terpaksa menceriakan diri sebab bodoh aje nak down-down nih, it takes me nowhere kan? Ramai jugak yang buat exercise pagi nih, LondonBoy pun ada sama. Amir-Bosnia sama Ky-Vietnam/US sama Chen-China diaorang work out kat dalam, diaorang nih lebih pentingkan buat push ups, sit ups, exercises like that. Aku setakat lari gitu ajelah yang aku tahu nya, aku nak kurangkan cholestrol level aku nih, itu aje.

Ada masa jugak sebelum head count pukul 11-15 pagi so sesambil main chess, aku nasihat kat Amir-Bosnia pasal dia gaduh semalam tuh. Dia kata dia malas dah nak sembahyang kalau Nasir-Iran turut sama, so aku kasi lah nasihat yang aku tahu.

Lantai upper tier dibersihkan harinih so kitaorang kena melepak kat lantai bawah lepas lunch onwards. Masa nak tunggu sembahyang Zohor, right lepas lunch tuh, macam biasa, Parminder-India datang cari aku sambil bawak kopi.

"Hurry up, India. You are late", aku kata gitu, bergurau-gurau aje sambil gelak-gelak.

Nasir-Iran sama Amir-Bosnia yang kat seats belakang aku pulak yang beria-ia kata aku such a bitch. Puas aku beritahu diaorang yang aku cuma bergurau sama Parminder-India, dan ramai orang tahu yang memang setiap kali lepas lunch/dinner dia akan buatkan aku kopi/teh sebab aku cuma tukang beli kopi/teh, aku yang tolong simpankan susu, Parminder-India yang jadi tukang bancuh teh/kopi. Lagipun dah 2 bulan aku kenal Parminder-India, kitaorang memang ok aje, tak pernah pun gaduh, tak pernah pun kitaorang berlaga angin. Amir-Bosnia lah yang beria-ia mengata aku, tak tahulah yang dia bergurau tapi puas dia menasihatkan aku.Dia kata yang selama ini aku aje menasihatkan dia, so sekarang dia nak nasihatkan aku pulak.

"Yo, you hurt my feeling yo, it hurts", aku kata gitu kat dia sambil tarik muka 14 (bapoknya aku kan? ekekekke) Lepas tuh teruslah kitaorang senyap, dan aku pun mula lah fikir yang bukan-bukan, aku rasa ini first time yang pertama aku macam terasa hati dengan orang sejak aku kat tahanan nih. Tak berubah lagi aku nih rupanya, kat tahanan pun masih nak sensitif-sensitif. Tapi itulah aku, I'm such a guy, not too afraid to be serious, not too afraid to be sensitive.

Bila dah reda keadaan, sebelum sembahyang, aku kasi signal kat Parminder-India, dia memang clueless tapi aku kata kat dia yang from now on aku tak nak dah dia buatkan aku kopi/teh, aku kata yang itu nasihat Doctor Pickens.

Masa berjemur kat rec-yard, masa sembang sama Amir-Bosnia, aku beritahu dia yang aku sesehari dua nih macam tak tenteram aje, aku jadi macam mudah sensitif gitu. Then aku kasi tahu yang I have the feeling yang Amir-Bosnia akan bebas soon, akan dideport balik ke negara dia. Atau pun dibebaskan to the streets. Aku beritahu yang with me, kalau ada kawan baik, sure tak tahan lamanya lah, either dia tinggalkan aku atau aku terpaksa tinggalkan dia. Gave him a few examples, pasal Carter-MamatGQ, pasal sapa lagi hah? Pasal a few friends dulu-dulu tuh.

Happy dia dengar yang aku rasa dia akan bebas tak lama lagi sebab dia selalu kata yang mulut aku nih masin, banyak contoh yang betul-betul terjadi. Dulu masa aku nasihat dia, aku kata yang Raymond-Haiti tuh surenya akan dihantar ke The Box. Betul benda tuh terjadi. Aku ada kata yang apa perasaan dia kalau one of us blah dari sini tanpa kasi goodbye, dan betul pulak bila Ahmed-Somali ituhari blah gitu aje tak kasi tau ramai orang pun. Dan a few instances lain lah.

Sambil dia bersalam dengan aku, dia beritahu yang jangan sekali-kali aku cuba lupakan dia, macam yang aku cuba nak lupakan orang lain. "Yo, you are not leaving soon, are you?", aku kata gitu.

Mungkin untuk kasi aku rasa bagus, dia ceritakan masalah dia, kisah anak dia yang kat jagaan orang, kisah bekas awek dia yang kaki ganja, kisah keluarga dia, apa yang dia nak buat bila balik Bosnia nanti, things like that.

Towards the end tuh dia kata yang aku baru dua bulan kat sini tapi dah depressed sangat, orang lain tuh ada yang dah bertahun-tahun ditahan tapi diaorang selamba ajee. Dia kata dia dah 3 tahun merasa hidup di penjara. Betul jugak kata dia tuh, then again aku bukannya orang jahat sampai nak ditahan lama-lama kan?


4 better
4 worse
4 good
4 bad
4 now
4 ever
4 you
4 me
4 us