Friday

Hari Ke 36 (Khamis 27/5)

Tengah aku bersembang dengan Orlando-El Salvador kat rec-yard, aku dipanggil untuk ke Medical dept, kena jumpa Dr Pickens. Minggu lepas kan ker dia ambik darah aku, so dia beritahu aku yang cholestrol level aku tinggi. Tinggi sangat. Apa tah lagi satu yang tinggi jugak. Kira macam level yang membahayakan, kedua-dua nya. Dia suruh aku jaga diet, dan yang pentingnya buat exercise. Panik jugak aku sebab kalau mengikut kata dia, kalau aku tak berusaha nak kurangkan kadar cholestrol tuh, aku jugak yang susahnya nanti. Aku kata yang from tomorrow onwards aku akan buat exercise setiap hari, pagi especially. Dan dia kata yang at the same time dia akan kasi aku ubat.

Happy harinih sebab dapat barang-barang Commisary, banyak jajan aje yang aku order. Tapi bila nak makan tuh mulalah teringat kata Dr Pickens tadi tuh, dia kata jangan makan junk foods yang dibeli kat Commisary. Alah, tak apalah kot, bukannya banyak mana pun.

So berbagi-bagi barang lah, kasi Dexter-Jamaica 2 soups, dia nih tiap kali hari Khamis masa handing out barang-barang Commisary, dialah yang paling sibuk, ke sana-sini mintak kat orang barang sampai penuh laundry bag dia. He gets what he wants.

Parminder-India punya bunk mate tuh, dia yang beria-ia ambik barang yang aku belikan untuk Parminder-India (kopi, teh dan gula), aku tahu dia selalu ambik kopi yang kitaorang share tuh. Aku tukang beli aje tapi Parminder-India tukang bancuh.

Kasi Amir-Bosnia sekotak biskut, granola bars dan soup, kesian kat dia yang belum ada apa-apa makanan. Berkali-kali dia thanked me sebab kasi dia barang semua tuh, dia kata dia nih kuat makan sebab masa di penjara di Missouri dulu makanannya teruk and he lost weight, so sekarang nih nak cuba tambahkan berat badan. Pagi tadi aku dah kasi dia epal dan pisang (yang orang kasi kat aku), itu aje lah sedekah yang dapat aku buat.

Lepas lunch/Zohor melepak kat rec-yard, sembang-sembang dengan ImamKhan-Pakistan Unit sebelah. Dia nih bagus, selalu tanya pasal Brothers yang kat Unit nih sebab kat sini ramai. Kat Unit dia, dia berdua aje islam, sorang tuh nama aje Islam tapi tak sembahyang bang gitu. Siap ugut ImamKhan-Pakistan lagi tuh, kalau ImamKhan-Pakistan ajak dia sembahyang, dia akan tumbuk ImamKhan-Pakistan tuh.

Masa lepas dinner, I caught Parminder-India tengah termenung kat bunk sambil tengok gambar anak dia, so aku ajak dia sembang-sembang. Lepas tuh teruslah tak keluar dah sebab main chess sama Amir-Bosnia, cerita-cerita dengan dia, aku nak tahu yang setakat mana dia reti sembahyang, senanglah aku nak ajar. Dia suruh aku tuliskan apa-apa yang perlu dibaca dalam sembahyang, dia nak hafal. Bila dia cerita kisah dia, aku dengar ajelah, walaupun kadang tuh Nasir-Iran (yang ada menyibuk kat meja sebelah kitaorang) menyampuk kata yang how "kufarnya" hidup dia tuh.

Payah diaorang nih, cakap tuh pakai lepas aje. "Rilex!, he was brought up in a very unIslamic society, you can't blame him", aku kata gitu. Lepas tuh Amir-Bosnia macam tak nak sembang dah, so aku ajak dia main ping-pong pulak, boleh sembang-sembang sambil main tuh. So sambil mengajar dia main ping-pong, sesambil tuh aku bercerita pasal ugama, benda-benda yang bagi kita macam basic.

Pukul 8-30 malam ada dibuat emergency head count. Entah pasal apa aku pun tak tahu, semua disuruh berdiri depan bunk, macam head count yang pukul 4-15 petang tuh.

Malam, dalam pukul 10, aku dah kena beratur sebab nak ambik ubat. Dalam sehari ada 3 kali Nurse akan bawak cart ke setiap Unit, kasi ubat kat sapa-sapa yang perlu makan ubat. Aku kena ambik yang waktu malam aje, yang dua lagi tuh pukul 5 pagi sama 2 petang, aku tak payah ambik. Bagus jugak diaorang nih, dijaga betul kitaorang nih.

Dah jadi macam pesta lagu pulak gang Bible Study tuh, siap ada nyanyi-nyanyi lagi. Pagi tadi masa dalam tandas, Pedro-Congo terserempak dengan Dexter-Jamaica yang tengah menyanyi, so itu yang dia suruh Dexter-Jamaica jadi leader tuh. Dexter-jamaica kan ker bapok? Bapok memang suka dan pandai nyanyi, kan? So itu yang riuh rendah malam nih dengan lagu-lagu Hallelujah dan Happy Days yang diubah lirik. Keita-Sierra Leone pun ikut sama.