Thursday

Hari Ke 79 (Jumaat 9/7)

Tak tidur dah lepas breakfast, terus aje mandi. Sekarang nih kan, sebelum buat exercise, aku kena mandi dulu. Ada dua sebab. Satu tuh sebab aku rasa lenguh-lenguh aku akan hilang, aku akan rasa fresh sebelum lari-lari tuh. Aku dah cuba a few times, aku bandingkan kalau aku buat exercise tanpa mandi, malas aje, tapi kalau mandi then exercise, menonok jer aku lari.

Sebab kedua, pasal aku nak berak sebenarnya. Aku banyak makan jajan kot sebab tuh hari-hari mesti berak, walaupun masa lunch atau dinner aku cuma makan setengah aje dari my portion, setengah lagi kasi Amir-Bosnia. Dia nih makan banyak sebab dia nak gemuk.

C.O Frances tak kasi aku ke rec-yard pasal dia kata ada detainees yang tabur makanan kat ceruk-ceruk yard tuh. Aku tahulah itu kerja siapa, kalau bukan kerja Parminder-India sama mamat Angola. So aku kata aku akan bersihkan rec-yard tuh. Nasir-Iran sama mamat Dominican kesian agaknya menengok aku yang terkial-kial, mana nak menyapu, mana nak pegang scoop, mana nak pegang/bukak trash bag yang asyik melayang kena tiup angin tuh, yang sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya. So itu yang diaorang tolong aku tuh. Iyalah kan, aku mana biasa buat kerja-kerja Bangla gitu kan? ekekekekek Best pulak jadinya, so aku beritahu C.O Frances yang I don't mind kalau dia nak suruh aku menyapu rec-yard tuh every morning. For free.

Semakin lama semakin kurang jemaah yang datang Muslim Service. Harap-harap habis World Cup nanti diaorang datang semula. Best jugak Khutbah harinih walaupun tak berapa clear apa yang ImamKhan-Pakistan cerita. Dia cerita kisah ada Sahabat nih yang bermimpi, so dia tanyalah apa maksud mimpi dia tuh. Dia bermimpi yang dia dikejar rimau, so dia dapat selamatkan diri dengan bergayut kat tali kat perigi. Bila dia tengok kat bawah, dalam perigi tuh, dia nampak ada ular. Dan bila dia tengok ke atas, dia nampak ada dua ekor tikus tengah gigit tali yang dia bergayut tuh. So, dia punya takut, dia cuba lah goyang-goyang, ke kiri ke kanan, dan masa dia tersentuh dinding perigi tuh, dia calit ke mulut dia, honey rupanya. So ralit lah dia ke kiri ke kanan, sambil rasa honey, sampaikan dia lupa yang tali yang dia berpaut tuh digigit dua elor tikus, kat bawah dia pulak ada ular, dan kat luar perigi ada rimau.

So, that wise man pun tafsirkanlah mimpi Sahabat tuh, dia kata yang rimau tuh ada lah "maut", ular tuh adalah "grave", tikus dua ekor tuh adalah "day & night", dan honey tuh adalah "glitter dunia".

Aku tengah melepak kat rec-yard, balik Muslim Service tuh, bila Amir-Bosnia kata nenek dia meninggal, kat Bosnia. Dah dekat seratus umurnya nenek dia tuh. Sedih aje dia memikirkan yang must be hard for his mother, dah lah bapak Amir-Bosnia meninggal awal tahun lepas, anak pulak ditahan, kan?

Aku kasi nasihat kat dia suruh tenang-tenang sebab duduk kat sini, apa lagi yang boleh dibuat selain terima aje segala berita dengan tabah. Aku kata yang ini semua ujian Tuhan, aku cerita yang dulu aku pernah dengan pengakuan sorang member satu office yang masa dia "jahat-jahat" dulu, dia banyak kawan, dia hidup senang, dia dapat apa aje yang dia nak. Tapi, bila dia "jadi baik", hidup dia susah, dia miskin, dia susah dan tak sesenang masa dia senang dulu tuh.

Aku kasi jugak Ayat dari Surah, yang aku hafal tuh, "Allah inflicts upon you one sorrow after another to teach you a lesson; so that you may not grieve for what you lose, nor at any misfortune you may encounter.

Since hujan kat luar so tak dapat nak buat exercise, melepak kat dalam sambil main ping pong, chess aje lah, sama diaorang, sama Amir-Bosnia especially. Aku kena sentiasa temankan dia, sebab dia masih lagi sedih pasal kematian nenek dia tuh. Dia kata, nenek dia lah yang jaga dia masa perang dulu.

Then Ky-Vietnam/US join kitaorang, diaorang gelakkan aku pasal besar kemungkinan aku akan berada di sini sampai hujung tahun, itu yang diaorang panggil aku LT (LT stands for Long Timer) tuh, aku tak kisah pun diaorang nak melawak macamana pun, asalkan Amir-Bosnia lupa dari kesedihan pasal kematian nenek dia tuh, dan asalkan Ky-Vietnam/US lupa dari kisah dia gaduh sama Dexter-Jamaica. Aku beritahu diaorang yang aku dah tak kisah dah pada semua yang berlaku, I just want it to end so that I can laugh at the whole thing nanti tuh.

Aku tengah melepak sorang-sorang malam nih bila Ky-Vietnam/US datang mengadu. Dia kata yang dia anggap semua yang berlaku kat diri dia nih adalah pembalasan/punishment from the God above, bukannya satu ujian. Pelik jugak aku sebab siang tadi aku cakap sama Amir-Bosnia pasal the same thing, pasal ujian dan pembalasan Tuhan. Pelik jugak aku sebab Ky-Vietnam/US tuh tak ada ugama, macamana dia boleh kata yang semuanya ini pembalasan Tuhan?

Then aku beritahu dia aku punya pandangan. Dulu memanglah aku pernah terfikir yang apa yang terjadi kat aku adalah pembalasan Tuhan, tapi bila aku fikir-fikir balik, semuanya tuh sebab kebodohan aku, dan aku sebagai seorang Islam nih tak boleh ada sangka buruk terhadap Tuhan, so anggaplah semuanya tuh sebagai ujian Tuhan. Sebab Tuhan knows best.