Thursday

Hari Ke 59 (Sabtu 19/6)

Macam yang aku biasa buat setiap pagi, buat cardio first for 45 minutes then bila pintu rec-yard bukak, aku yang mula-mula meluru keluar untuk jogging, yang by that time aku dah lenguh kaki lutut. Satu yang aku perasan sejak aku gila-gila lari dan buat exercise nih. Aku jadi kuat makan, which is good. Cuma yang tak best nya, aku banyak makan junk foods, aku banyak makan Jalapeno Cheetos sampaikan taik aku kaler oren memanjang.

Yang satu lagi tak bagus nya, bila banyak dan selalu makan, nak selalu berak lah pulak kan? Kalau dulu aku berak every 3 days, sekarang nih tiap hari mesti kena membuat dana pelaburan. Nasir-Iran kan ker nak intip aku berak, so makin susah dan makin suspen lah kalau nak berak tuh. Macam Reality Tv Show pulak jadinya, walaupun tak sehebat Survivor atau The Amazing Race tapi I have my own , and it is called To Shit Or Not To Shit.

Caught Ky-Vietnam/US tengah menulis sambil meniarap kat bunk dia. Dia kata dia tulis surat untuk diri dia sendiri, macam Dear Diary kind of thing lah kan? Dia selalu cakap yang adik dia selalu suruh dia tulis apa-apa, tulis journal, just to get his mind off pasal kehidupan dalam tahanan nih. Aku pun selalu encourage dia untuk menulis, aku selalu tunjukkan dia apa yang aku tulis (walaupun dia tak faham sebab it's in Malay) tapi dia kata dia bersemangat nak buat semua tuh.

Menulis nih is such a good teraphy, especially dengan keadaan kitaorang yang tak ada tempat mengadu nih, dengan menulis kat kertas, walaupun terpaksa guna pensil aje, it's like talking to somone close, it's like having a second person siting or standing next to you.Itulah, tersentuh jugak hati aku bila tengok dia menulis tuh, itu yang aku tak lah kacau sangat sebab aku tahu yang in times like that, he just want to be left alone. Ky-Vietnam/US nih is so like me.

Tengahari lepas Zohor, sembang pulak sama ImamKhan-Pakistan, kat rec-yard. Selalu dah ImamKhan-Pakistan nih melepak kat yard tuh, mungkin sebab kat Unit dia tak ada yang Islam kot, ada lah sorang lain tapi dia tuh nama jer Islam.

Biasalah, dia tanya aku pasal Brothers lain kat Unit aku yang dah semakin mengecil nih, jugak pasal Bible Study yang semakin berkembang, what with Keita-Sierra Leone dah jadi "pendakwah" Kristian. Dah tukar nama pun dah, dah dikenali senagai Rev Joshua.

Bila aku bukak cerita pasal ImamAli-Somali, dia terus jadi macam down aje. Lepas dia kata yang dia tahu ada a few yang nak ambik alih tugas dia, aku kata lah yang dia kena hati-hati, jangan berlembut sangat. Aku kata yang aku, personally, aku akan support dia. Aku tak ada hidden agendas tapi aku tahu lah, antara beberapa orang tuh, ImamKhan-Pakistan adalah yang terbaik. I feel so connected dengan dia, macam yang aku tulis dulu tuh, bila aku bersalam dan berpeluk dengan dia, aku rasa hati aku bertaut dengan hati dia, aku tak pernah rasa gitu selama ini. Yang lain tuh, aku tak ada konfiden langsung, dan Islam kat sini will go down kalau diaorang yang ambik alih.

Then ImamKhan-Pakistan ceritakan pasal dia. Selama ini aku tak tahu sangat dia punya kes, dan walaupun dia tak cerita apa kes dia, apa yang dicharged, tapi dia ada beritahu yang dia dihukum 99 tahun penjara. Macamana pun, after 12 years dipenjara, case dia dah didismissed, dan dia akan dibebas atau dideport bila-bila masa aje. Dia dah 14 bulan di tahanan Batavia nih.

Mengalir laju airmata aku bila dia cerita pasal anak dia, pasal family dia and at the back of my head aku tahu yang dia walaupun alim, walaupun dah bertaubat dengan segala kesalahan dia tapi sebagai human being dia tak akan terlepas dari ada perasaan sedih.

Mendengar cerita dia, dan mengomparekan keadaan dia sekarang nih yang sangatlah humble nya, buat aku jadi sedar yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Dan buat aku terfikir yang how weak I am, ditahan kat sini pun sampai nak meratap meraung, kononnya tersiksa sangatlah jiwa raga aku, kononnya tak adil sangatlah life nih sebab aku tak buat salah apa-apa pun (kecuali hidup di Amerika secara illegal) tapi aku disumbat kat tahanan nih. My so-called penderitaan nih kan is nothing kalau dicomparekan dengan penderitaan ImamKhan-Pakistan tuh.

Aku tahu yang bukan lah niat dia nak membangga-banggkan diri bila dia cerita yang selama dia di tahanan nih, dia dah mengislamkan 14 tahanans. Dia cerita tuh untuk beri aku semangat, nak kasi tahu yang Tuhan hantar dia ke tahanan nih for a very good reason. Dan mungkin jugak sebab dia nak kasi hati dia tenteram, yang walaupun dia "jahat" di mata masyarakat (dulu nya) tapi sebenarnya dia berhati mulia, dia dah insaf, dan dia dah banyak buat kebaikan etc. Dan semuanya tuh dibuat kerana Allah.

Macam aku lah, kalau aku rasa down, kalau aku sedih, aku selalu jugak cuba ingat-ingatkan, aku selalu jugak beritahu orang yang close dengan aku (read: my blog) yang walaupun aku nih macam sampah masyarakat, walaupun aku nih tak ada apa yang nak dibanggakan sangat, walaupun aku nih selfish, walaupun aku nih "fill in the blank lah" semua benda yang tak baik tuh, tapi ada jugak waktu dan ketika nya aku nih "baik". To cut this craps short, walaupun I'm bad tapi I'm not all that bad.

Dan...... mungkin dia ceritakan kat aku semua tuh sebab dia nak kasi aku perangsang kot sebab the whole time dia bercerita, aku biarkan aje airmata aku mengalir, sambil aku bergayut tuh, sambil muka disembamkan ke pagar (think of monyet yang bergayut kat dahan, sebijik macam tuh). Aku memang tak malu dah keluarkan airmata depan-depan dia, not because dia selalu kata kat aku yang, "You have such a soft and good heart, Brother", tapi sebab aku betul-betul tersentuh dengan apa yang dia ceritakan.

Petang pulak aku asyik sembang sama Adin-Mexico, my new good friend. Tanya dia apa perasaan dia yang akan bebas after being jailed for 7 years. Dia kata dia rasa macam duduk di awangan, dia selalu termenung, macam tak percaya yang akhirnya dia akan bebas jugak. Dia kata yang keluar nanti, bila dideport back to Acapulco Mexico, dia akan kerja untuk masyarakat, he's going to give something back kepada masyarakat.