Monday

Hari ke 6 (Selasa 27/4)

Lepas breakfast biasanya sambung tidur tapi pagi nih hari tukar linen, cadar, sarung bantal dan tuala. Such an event lah pasal semuanya tuh kena direkodkan. Lepas tuh nak kena beratur untuk bercukur pulak.

Sedih jugak aku jadinya pasal Mamat Ecuador yang baru masuk semalam tuh ditukar ke Unit lain. Dengan aku sorang aje dia bersalam sebelum blah tuh sebab aku sorang aje yang tegur dan bersembang dengan dia sepanjang dia di sini.

Harinih genap seminggu aku ditangkap. Dalam seminggu nih bermacam-macam benda terjadi. I have no idea apa ceritanya kat luar sana, aku langsung tak fikir pasal King Mongkut dan David. Alah, diaorang dah tahu aku ditangkap, kan? Aku pun tak tahu apa yang AM sama NekRock buat since aku ditangkap. Harap-harap tak lah spoil sangat percutian diaorang. Besar kuasa Tuhan nih, tak ada siapa sangka benda sebegini akan terjadi. Aku terima aje, everything happens for a reason kan? Funny kan, masa aku kita ditimpa bencana, masa kita ada musibah, barulah kita akan kata yang everything happens for a reason. Kalau tak tuh, tak ada pun cakap dan fikir macam tuh.

Yousef-Somali signed me up for esok punya Muslim Service. Ada dua kali Services untuk Muslims, Rabu dan Jumaat.

Lepas lunch aku dipanggil untuk buat medical check-up. Aku di x-rayed, bukak fail kesihatan. Bagus jugak kat sini, ada kemudahan-kemudahan macam tuh. The rest of the day biasalah. Malaslah aku tulis panjang-panjang harinih pasal aku tak ada aktiviti lain sangat pun, Sejak lepas breakfast, after breakfast sampai lunch, (lepas lunch aku buat check-up kan?), lepas Asar sampai Maghrib, aku dok pulun sambung baca Quran/Terjemahan. Aku nak baca cepat-cepatlah sebab nak cuba khatam. Lagipun aku ada terfikir yang dalam seseminggu dua nanti aku sure dah ada aktiviti lain, sure aku dah dapat menyesuaikan diri, sure dah tak ada kesempatan sangat nak baca Quran/Terjemahan, kan?