Sunday

Hari Ke 23 (Jumaat 14/5)

Tak boleh tidur aku malam semalam mengenangkan yang aku mungkin akan lama di sini. Susah jugak bila dengar cerita orang nih, ada yang kata aku akan di sini lama, ada yang kata sekejap aje. Itulah yang membezakan Detention Center nih sama penjara. Kalau di penjara kita akan tahu selama mana kita ditahan tapi kat sini nobody knows berapa lama. Sebulan, 2 bulan, setahun. berpuluh tahun, seumur hidup? Nobody knows.
Itu yang buat tension tuh.

Cuba sambung tidur lepas breakfast tapi tetap tak lena. Cuba talipun DeLinn sebab nak kasi update, tapi the line was not connected after a few tries. Pundek betul. Iyalah, orang lain sibuk kan? Bukan macam aku yang kat tahanan nih yang tak ada kerja lain.
Parminder-India kata yang dia dapat news yang harinih Judge akan buat keputusan pasal kes dia. If everything goes well, dalam masa dua minggu dia akan bebas. Kalau tak, dia terpaksa di sini for a few more months sampai kes dia direview balik. Parminder-India nih cool aje, sebab dia tahu yang ini phase terakhir sebelum dia jadi legal citizen, lepas nih dia dah tak ada masalah dah.

Luis-Ecuador pulak kata yang yang dia punya Court date 26 May, seminggu lepas aku punya. Semalam Lawyer dia kata dia nak appeal untuk kurangkan bond dari $20,000 ke $5000, Luis-Ecuador punya wife akan bail him out. Dia kata yang mungkin dia akan keluar dalam beberapa minggu nih, dia akan fight his case from the outside.

Dengar cerita Parminder-India sama Luis-Ecuador, itu lagi buat aku jadi down. Iyalah, diaorang cerita pasal akan keluar dari sini aje kerjanya sedangkan aku punya kes mungkin berlarut-larutan, mungkin aku akan lebih lama di sini.

Jihad-Morocco sama Keita-Sierra Leone gaduh masa dah nak pergi Muslim Service, tah gaduh pasal apa aku pun tak tahu. Pedro-Congo yang leraikan, buat malu Islam aje diaorang nih.

Unit kitaorang, C1 yang paling besar kontigennya, 11 orang semuanya, 3 non-Muslims (Parminder-India, Espinoza-Guatemala dan satu gagak) So aku sembang-sembang dengan Espinoza-Guatemala aje lah. Then kenalkan dia dengan this one Brother yang aku ingat baru masuk Islam (sebab dia ikut-ikut orang sembahyang, baru belajar gamaknya), dia dari Spain, senanglah diaorang nak sembang in Spanish.

Baru sehari tapi dah nak habis dah jajan aku. Masalahnya, bila aku nak bukak aje jajan, nak makan senyap-senyap, ada aje orang yang nampak. So terpaksalah kasi kat dia sikit. Orang lain tuh, diaorang buat tak kisah aje, even ada yang jenis kemut gila, sesambil main games, walaupun duduk semeja, dia tak offer kat orang pun makanan dia, dia makan lah sorang-sorang. Ramai yang macam tuh.

Dah lewat malam, Pedro-Congo dihantar ke The Box (The Box nih tempat denda kalau orang ada kesalahan kat Unit, kalau gaduh, kalau buat apa-apa taik palat lah) pasal dia bertaki sama C.O. Aku tak tahu detail sangat sebab masa tuh aku dah tidur tapi dengar ceritanya, dia cuba nasihatkan orang jangan buat bising tapi C.O salah faham, ingatkan dia yang buat bising. Bangga jer dia kena dihantar ke The Box tuh, macam Jesus lah kononnya, itu yang dia kata, "Remember, Jesus died for our sins" So dia kira macam Jesus lah, orang punya salah tapi dia tanggung.